Ph Kembali Sepakat Mahathir Dan Warisan Perlu Dirapat Oleh Muhammad Hafez Darwis



Parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan sudah pun kembali merapatkan barisan mereka. PKR, AMANAH dan DAP kini nampak lebih kemas dan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya mengejut setelah selesai mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Sesudah melalui fasa hubungan yang "panas" berpunca daripada persoalan siapakah calon PM Malaysia, kepimpinan utama PH kini kembali sepakat memperkemaskan rumah yang telah dibina bersama itu.

Mereka sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Anwar juga diberi mandat untuk berbincang dengan semua pihak bagi mendapatkan kembali mandat PRU14 yang dirampas oleh PN melalui pintu belakang. Ini adalah langkah tepat. Untuk mendapatkan kembali mandat yang dirampas itu kawan perlu diramaikan, musuh perlu dikurangkan.

Setelah rumah sendiri kembali kukuh, maka usaha-usaha untuk memeluk mereka yang di luar rumah tetapi punya aspirasi yang sama perlu dijalankan dengan giat dan cermat.

Plus yang terdiri daripada Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan di Sabah bukanlah musuh. Mereka harus dianggap sebagai rakan seperjuangan yang sama-sama mahukan kerajaan pintu belakang pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.

Dari sudut sejarahnya juga Parti Bersatu adalah sebahagian daripada komponen parti-parti yang membentuk PH. Bersatu ditubuhkan untuk melawan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO pada PRU-14 yang lalu. Namun, akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin, beliau kemudiannya membawa Parti Bersatu kumpulan beliau untuk keluar daripada PH.

Begitu juga dengan Parti Warisan Sabah yang turut menjadi sekutu utama kepada PH dalam PRU-14 yang lepas. Kerjasama antara parti-parti komponen PH bersama Warisan di PRU-14 yang lepas telah membolehkan UMNO dan Barisan Nasional di Sabah akhirnya tumbang.

Walau pun Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan di Sabah sekarang berada di luar kerangka rasmi PH tetapi mereka adalah kawan seperjuangan yang perlu dirapati, diperkukuhkan hubungan dan diajak bersama-sama di dalam usaha untuk mendapatkan kembali mandat PRU14 yang dirampas oleh PN.

Dan buat Mahathir pula, jika sekiranya beliau benar-benar ikhlas untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin, maka seharusnyalah beliau memberi sokongan dan dukungan beliau kepada PH dan bersama-sama membantu PH mendapatkan seramai mungkin anggota parlimen bagi mengemukakan undi tidak percaya buat Muhyiddin Yassin.

Apakah Mahathir ikhlas atau tidak, ini boleh ditentukan melalui keputusan beliau sama ada mahu bersama PH atau menolak kerjasama dengan PH.

Kalau sekiranya Mahathir memilih untuk tidak berkerjasama dengan PH maka kita semua akan tahu bahawa yang sebenar-benarnya tujuan Mahathir bukanlah mahu menjatuhkan kerajaan PN untuk mendapatkan kembali mandat rakyat tetapi cuma sekadar mahu menghalang Anwar daripada menjadi PM Malaysia.

Walau bagaimana pun jika Mahathir memutuskan untuk bersama-sama PH, maka beliau harus menerima dengan ikhlas dan komited menghormati keputusan PH mencalonkan Anwar sebagai PM dan tidak lagi membuat keputusan secara sendirian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden PH sebagai rakan bersama.

Ini adalah antara syarat yang perlu dirundingkan oleh PH dengan Mahathir supaya episod hubungan "panas" antara parti-parti komponen di dalam PH tidak berulang kembali.

Manakala Warisan pula sebagai sebuah parti yang telah bersama-sama PH sejak PRU14 dan merupakan kerajaan yang memerintah negeri Sabah adalah kawan yang sangat diperlukan. Sokongan dan dukungan Warisan adalah sangat penting bukan sahaja di dalam konteks undi tidak percaya kepada Muhyiddin tetapi sebagai suatu jambatan penghubung antara Semenanjung dan Sabah. Tanpa Sabah tiada Malaysia. Tanpa Warisan, PH takkan mungkin mampu untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas oleh PN sama ada melalui undi tidak percaya atau pilihan raya mengejut.

Justeru, Plus yang diwakili oleh Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal perlu dirangkul dan dipeluk oleh PH sebagai rakan seperjuangan khususnya dalam usaha untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin di sidang parlimen pada 13 Julai 2020 nanti.

Malahan kerjasama dengan mereka yang di luar kerangka PH dan PH Plus juga patut diteroka asalkan mereka yang ingin bersama itu bersetuju dengan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan, pro-kebajikan rakyat dan anti-rasuah dijadikan dasar bersama.

Oleh kerana itu, kerja-kerja menyambung kembali dan memperkukuhkan jambatan antara PH dan Plus serta mereka yang berkongsi aspirasi bersama perlu dilakukan dengan segera, giat dan cermat demi mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas oleh PN melalui pengkhianatan "Langkah Sheraton".

Meramaikan kawan, mengurangkan musuh, membina jambatan baru dan memastikan jambatan lama kemas terurus serta rumah bersama terus diperkukuh adalah jalan yang lebih strategik buat PH untuk kembali ke Putrajaya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/ph-kembali-sepakat-mahathir-dan-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafsu Besar Apa Lagi Yang Di Cari Oleh Mahathir

Nafsu Besar Apa Lagi Yang Di Cari Oleh Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 342 hits
Barangkali ramai yang terfikir fikir mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati matian untuk memegang jawatan tersebut ...
Isu Nenek Moyang Marina Mahathir Dihentam Oleh Warga Tweeter

Isu Nenek Moyang Marina Mahathir Dihentam Oleh Warga Tweeter

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 354 hits
Puteri Sulung kepada Mantan Perdana Menteri 2 Kali Marina Mahathir memuat naik tweet berkaitan isu berapa ramai nenek moyang yang tiba disini tanpa dokumen rasmi Tidak dapat dipastikan apakah maksud sebenar Marina di dalam tweet berkenaan k...
Dr Mahathir Declares Independent Bloc With Warisan

Dr Mahathir Declares Independent Bloc With Warisan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 2392 hits
KUALA LUMPUR Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said yesterday that he and five other members of Parliament will be an independent bloc inside and outside of Parliament together with Parti Warisan Sabah In a statement issued join...
Kem Mahathir Umum Blok Bebas Bersama Warisan

Kem Mahathir Umum Blok Bebas Bersama Warisan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 383 hits
Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai ol...
Dr Mahathir Kini Bukan Sahaja Di Tolak Oleh Rakyat Dan Pakatan Harapan Malah Ppbm Juga Menolak Dr Mahathir

Dr Mahathir Kini Bukan Sahaja Di Tolak Oleh Rakyat Dan Pakatan Harapan Malah Ppbm Juga Menolak Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 556 hits
22 tahun 22 bulan dan 2 1 kali menjadi Perdana Menteri belum cukup memuaskan hati Dr Mahathir 4 orang Perdana Menteri beliau jatuhkan Al Marhum Tengku Abdul Rahman Allahyarham Tun Hussien Onn Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Razak jug...
Jangan Fikir Tanpa Mahathir Sahaja

Jangan Fikir Tanpa Mahathir Sahaja

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 406 hits
Shahbudin HusseinJangan hanya fikir tanpa Mahathir saja Anwar masih di penjara tapi fikirkan juga tanpa adanya asas yang telah dibina Anwar bukan saja menang PRU14 mustahil bahkan mungkin lebih ramai sudah masuk penjara sekarang ini
Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai Rm248 Juta Diusia 33 Tahun

Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai Rm248 Juta Diusia 33 Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 382 hits
Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa anak anaknya tidak pernah menjalankan perniagaan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Najib melalui laman Facebook...
Mahathir Pembelit Nombor Satu

Mahathir Pembelit Nombor Satu

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 231 hits
Baca dulu petikan apa yg beliau kata apabila ditanya tentang peralihan kuasa PM kepada Anwar sewaktu beliau menjadi PM bawah PH Bekas perdana menteri itu memberitahu Asia Times dalam wawancara bahawa sama ada Anwar menjadi perdana menteri a...
Saya Tak Nak Jadi Pm Tapi Ramai Orang Minta Saya Jadi Pm Semula Mahathir

Saya Tak Nak Jadi Pm Tapi Ramai Orang Minta Saya Jadi Pm Semula Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri buat kali ke 3 walaupun ingin membantu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat Saya Tak Nak Jadi PM Tapi Ramai Orang Mint...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner