Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Kedah Menurun




Tanah Rizab Melayu (TRM) didapati meningkat di banyak negeri di Semenanjung kecuali di 3 negeri.
Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (PH – Setiawangsa), tanah TRM yang telah berkurangan sama ada diambil kerajaan atau sebagainya telah aktif digantikan oleh Kerajaan Negeri.
“Pada masa ini keluasan perwartaan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Dis 2022 adalah 4,996,406.42 hektar. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.67% berbanding 2021. Kementerian merekodkan data keluasan ini berdasarkan kutipan data pihak berkuasa negeri Semenanjung Malaysia
“Secara keseluruhannya semua negeri catat peningkatan TRM.
“Bagi maklumat perincian mengenai pembatalan (TRM) bagi negeri, ianya direkodkan oleh pihak berkuasa negeri masing masing selaras peruntukan Perkara 89 Perlembagaan yang melindungi Tanah Rizab Melayu yang tidak akan berkurang apabila berlaku pembatalan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN – Maran).
Bagaimanapun, kata Nik Nazmi, Kedah didapati mengalami pengurangan TRM kerana Kerajaan Negeri masih belum menggantikannya.
“Kalau kita lihat secara terperinci butiran 2021 dan 2022, setiap negeri mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu kecuali Kedah yang menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, Kuala Lumpur daripada 1,003 hektar kepada 999.4 hektar dan Perak 95,342 hektar kepada 95,342,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Maran bahawa kaum Melayu dirugikan dalam isu TRM tersebut dan perlu dikeluarkan satu kertas putih mengenainya, Nik Nazmi tidak bersetuju kerana berdasarkan fakta jumlah keluasan TRM meningkat dari tahun ke tahun.
“Tidak ada kerugian dari sudut itu dan peningkatan yang diambil daripada pihak Kerajaan Negeri pada waktu ini ada dua pendekatan, sama ada ganti sama luas atau nilai strategik. Iaitu keluasan berbeza, nilai sama.
“Tidak perlu ada kertas putih dalam hal ini. Tanah Rizab Melayu terletak dalam bidang kuasa negeri selaras bidang pembahagian kuasa dalam Perlembagaan,” katanya lagi.
The post Keluasan Tanah Rizab Melayu di Kedah menurun first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36284?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keluasan-tanah-rizab-melayu-di-kedah-menurun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Nazmi Hanya Cipta Fakta Salah Sandiwara Isu Tanah Rizab Di Kedah

Nik Nazmi Hanya Cipta Fakta Salah Sandiwara Isu Tanah Rizab Di Kedah

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 215 hits
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Pokok Sena Datuk Ahmad Yahaya menempelak Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkaitan Tanah Rizab Melayu di Kedah Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Ni...
Data On Malay Reserve Land Meant To Discredit Kedah Govt Says Sanusi

Data On Malay Reserve Land Meant To Discredit Kedah Govt Says Sanusi

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 412 hits
Kedah menteri besar Sanusi Nor said the recent revelation in Parliament on Malay reserved land was meant to give the impression that his administration had shirked its responsibility ALOR SETAR Kedah menteri besar Sanusi Nor says the data o...
Nestl Malaysia Bawa Kembali Nescaf Classic Kopi Kedah

Nestl Malaysia Bawa Kembali Nescaf Classic Kopi Kedah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 622 hits
NESTL MALAYSIA BAWA KEMBALI NESCAF CLASSIC KOPI KEDAH Assalammualaikum semua Pilihan kopi tempatan dirancakkan lagi dengan kopi tanaman Malaysia Demi terus menggembirakan penggemar kopi Malaysia Nestl Malaysia kembali lagi dengan melancarka...
9k Tonnes Of Solid Waste In 1st Week Of Ramadan In Kedah

9k Tonnes Of Solid Waste In 1st Week Of Ramadan In Kedah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 181 hits
A total of 9 000 tonnes of solid waste was collected on the first week of Ramadan this year compared to 8 800 tonnes in the same period last year in Kedah E Idaman Sdn Bhd CEO Zaki Abdul Aziz Daud said the three percent increase was due to ...
Kedah Mb I Ll Sit By Runway With Binoculars Eat Laksa At Lima

Kedah Mb I Ll Sit By Runway With Binoculars Eat Laksa At Lima

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 329 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor said he will continue to attend federal government events despite allegedly being barred from them This includes the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 next month which h...
Nik Nazmi Maintains Kedah Malay Reserve Land On Decline Under Sanusi

Nik Nazmi Maintains Kedah Malay Reserve Land On Decline Under Sanusi

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 619 hits
Natural Resources Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad has defended himself against claims that he had lied in Parliament about Malay reserve land being on the decline in Kedah Taking to Twitter Nik Nazmi said he had ...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Buli Mesti Ditegah Sepenuhnya Di Sekolah Ppim Harian Metro 23 09 2025

Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

Kopi Bagel

Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga