Nestl Malaysia Bawa Kembali Nescaf Classic Kopi Kedah
NESTLÉ MALAYSIA BAWA KEMBALI NESCAFÉ CLASSIC KOPI KEDAH | Assalammualaikum semua. Pilihan kopi tempatan dirancakkan lagi dengan kopi tanaman Malaysia. Demi terus menggembirakan penggemar kopi Malaysia, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 berwajah baharu!
Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.
NESTLÉ MALAYSIA BAWA KEMBALI NESCAFÉ CLASSIC KOPI KEDAH
Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan punca pendapatan komuniti peladang tempatan, program tersebut dimulakan pada 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA), untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil.
Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.
Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, para peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia.
Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.
En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Sejak 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan.
Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”
“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini dengan para pengguna,” tambah Aranols
En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”
Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati
NESCAFÉ | FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/04/nestle-malaysia-bawa-kembali-nescafe.html