Keluarkan Rafizi Ramli Dan Timnya Dari Pilihanraya Apa Pelan Damai Selepas 100 Hari


 
AWAS TULISAN INI PANJANG: LEBIH 3200 PATAH PERKATAAN:







Oleh Iswardy Morni 


KELUARKAN Rafizi Ramli DAN TIMNYA DARI PILIHANRAYA – APA PELAN DAMAI SELEPAS 100 HARI?


Pilihanraya kali ini adalah pilihan raya TANPA Rafizi dan timnya. Bagi budak-budak baru nak up (BBNU) yang sebelum PKR jadi Kerajaan bersepah dari UMNO, Bersatu, Pejuang, PAS atau pun tidak berparti tetapi sekadar melihat dari tepi, ia semacam satu perkara yang tidak ada apa perlu di risaukan.


Namun bagi yang sudah bersama dengan parti dan pilihanraya, terutama mereka yang sudah bersama dengan PKR menghadapi pilihanraya Umum sejak 1999, 2004 (ini pertama kali saya mengikut secara terus sebagai pekerja pilihanraya parti), 2008, 2013, 2018 dan 2022. Pilihanraya negeri Sarawak 2001, 2006, 2011, 2016 dan 2021 dan 6 pilihanraya negeri pada 2023 pasti sudah dapat membaca rentak dan siapa penggerak sebenar pilihanraya pilihanraya ini. 


Anwar Ibrahim tidak menyertai pilihanraya 1999, 2004, 2008 dan 2018 kerana dipenjarakan. Rafizi mula aktif sejak 2008 setelah berkecimpung dalam dunia korporat sejak 2003 sehingga 2009 namun menjadi ahli secara rasmi pada 2003. (saya balik Malaysia tahun yang sama). 


Pada 2008, kita menyaksikan kita menang 5 negeri. Saya sendiri berkempen untuk calon di Selangor sehingga Selangor menang pada waktu itu. Pada 2009 Rafizi dilantik menjadi pengarah startegi dan akhirnya pada 2016 menubuhkan Invoke (asalnya Gerakan kempen bermula dari 2015) kerana melihat bagaimana Azmin setelah berjaya menjadi Menteri besar Selangor, sudah mula mengenepikan Presiden Wan Azizah dan mula cuba mahu menguasai parti dan mahu memanjat tangga sebagai presiden parti. 


LANGKAH KAJANG DAN KENAPA KITA KENA FAHAM SEJARAH INI SEHINGGA KEHARI INI


Langkah kajang adalah satu Langkah yang perlu kita faham untuk kita menilai apa yang berlaku hari ini. Bagi saya inilah titik bermula segala yang ada sekarang dari Langkah Sheraton sehingga la kepada penyingkiran Rafizi di peringkat pimpinan pada masa kini. 


Dia bermula setelah menang pada 2008. Tan Sri Khalid dilantik sebagai Menteri besar Selangor buat penggal ke dua oleh pimpinan Parti. Namun, terdapat ketidak puas hatian dalam pimpinan kerana banyak Keputusan Tan Sri Khalid tersasar dari kehendak parti, malah Keputusan besar tidak merujuk kepada parti, Malah ada Keputusan Tan Sri dilihat membelakangkan parti.


Maka, saya terlihat ada satu posting mengatakan Rafizilah yang bertanggungjawab menyingkirkan Tan Sri Khalid. Itu bagi saya pendapat orang yang tak berada dalam Sejarah tersebut. Kisah sebenarnya, walaupun kita tidak boleh menafikan Rafizilah arkitek dalam Langkah Kajang, namun arahan tersebut datang dari Pimpinan terutama Presiden pada waktu itu, Iaitu Wan Azizah dan Ketua Umum, Anwar Ibrahim dan biro politik yang mahu mencapai 2 objektif: Pertama menyingkirkan Tan sri Khalid sebagai Menteri besar dan Kedua meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri besar yang baru.


Saya ingat lagi pada waktu  itu, kempen untuk Langkah kajang ialah kita perlu menujukkan Anwar Ibrahim sebagai contoh bakal Perdana Menteri dengan memberikan peluang menjadi Menteri besar  dan membuktikan kredibilitinya (ini saya ingat dalam salah satu ucapan kempen Rafizi). Rafizi berkempen dan memberi justifikasi secara terbuka mengapa Anwar patut jadi calon PRK dan MB Selangor:


"Dengan kehadiran Anwar di Selangor, pentadbiran akan lebih kuat dan Selangor dapat menjadi model reformasi."


Namun, Najib menyedari perkara ini dia mempercepatkan kes Liwat 2 Anwar Ibrahim dan keputusannya pada Februari 214, Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan selama 5 tahun menyebakan beliau tidak layak bertanding pada Mac 2014. 


Akhirnya dengan Langkah terdesak, Wan Azizah dicalonkan sebagai calon DUN Kajang dan bertanding dan dinamakan sebagai calon Menteri besar Selangor.


Setelah kemenangan Wan Azizah  pada Mac 2014, Rafizi lantang mengkritik Khalid Ibrahim secara dalaman dan luar parti, termasuk menyuarakan:
• Kegagalan komunikasi Khalid dengan parti
• Ketidakpatuhan Khalid kepada keputusan parti pusat
• Isu perjanjian air dan KIDEX yang tidak dirundingkan dengan pimpinan


Beliau antara yang mendesak pemecatan Khalid, yang akhirnya berlaku pada 9 Ogos 2014 setelah tan Sri Khalid dipecat dari parti. Ini demi untuk memberi laluan kepada Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.


Namun usaha ini akhirnya dipatahkan dengan satu usaha pihak lain untuk menjadi MB Selangor – Azmin. Apabila berlaku krisis dalaman Dimana: 


• Khalid enggan letak jawatan
• PAS enggan menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal
• Istana Selangor menolak pencalonan tunggal dan meminta lebih banyak nama


Maka, Istana memohon beberapa nama. Pada masa itu berlegar di seantario politik yang Istana menolak calon Wanita. Sebenarnya tidak pernah ada kenyataan rasmi atau pun tidak rasmi dari Istana menolak calon wanita. Itu Cuma “fatwa” dari PAS yang mengatakan bahawa Haram Wanita menjadi pemimpin tertinggi. Apa yang berlaku, Istana Selangor menolak satu nama Sahaja dicalonkan dan mahukan lebih dari satu. Pas Menghantar beberapa nama dan salah satunya ialah Azmin Ali dan Istana Selangor menerima nama Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor. Akhirnya pada September 2014, Istana Selangor menolak pencalonan tunggal Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan sebaliknya memilih Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dengan alasan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti daripada pelbagai pihak serta dilihat sebagai calon yang lebih neutral dan tidak terikat dengan sebarang tekanan politik dalaman parti.


PENUBUHAN INVOKE


Semenjak dari peristiwa ini Azmin dan pasukannya sudah mendapat kuasa. Objektif Azmin mudah pada waktu itu selepas menang menjadi timbalan presiden dalam pemilihan 2014 – Mahu menjadi Presiden parti dan kekal menjadi Menteri besar Selangor. Kerana dia tahu, langkahnya pada 2014 akan pincang dan di akan dibuang menjadi Menteri besar sekiranya dia tidak menjadi presiden ataupun lebih teruk, kalah pemilihan parti seterusnya (2018). 


Pada waktu itu, by hook or by crook, arkitek Langkah kajang yang sedikit lagi mengangkat anwar dan Wan azizah menjadi Menteri besar perlu disingkirkan. Maka tekanan demi tekanan diberikan termasuk mengenepikan beliau dari sebarang Keputusan pilihanraya parti. Lebih parah lagi, awal tahun 2015, Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia dan PAS berpecah kepada 2 pasukan – Professional (yang dikenali anwarinas, jebon, Munafiq haraki dll) dan pasukan Ulama. Maka pasukan professional dikeluarkan dan berpecah dari PAS pada 2015. 


Pasukan yang keluar dari PAS ini terdiri dari Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dll pada mulanya tidak bercadang untuk menubuhkan apa-apa gerakan. Namun Rafizi meyakinkan mereka untuk menubuhkan Parti Amanah dan bergabung dengan gabungan baru TANPA PAS. Pada waktu itu, Rafizi ialah setiausaha Agong Parti Keadilan. Akhirnya Parti Amanah ditubuhkan dan Pakatan Harapan di bentuk. 


Pakatan Rakyat pada waktu itu berakhir dengan pertembungan ini, namun diselangor, Azmin masih lagi berkira-kira tidak mahu menolak PAS kerana hutang budinya dengan dengan PAS yang mengangkat Namanya menjadi MB Selangor. Sewaktu Cadangan penubuhan Pakatan Harapan diwujudkan oleh Rafizi selepas Mat Sabu dan rakan-rakan bekas PAS, Azmin dan pasukan Selangor antara yang menolak. 


Pengumuman penubuhan Pakatan harapan dilakukan pada 22 September, 2 hari sebelum Hari raya haji. Kenapa hai raya haji penting? Kerana surat bantahan dari 25 ahii PKR yang membantah penubuhan Pakatan Harapan dan mahu Wan Azizah selaku presiden dipecat, ditahan oleh Rafizi selaku Setiausaha Agong sehingga selepas Raya Haji. Namun, strateginya mereka mengumumkan Pakatan Harapan sebelum raya haji sehingga mereka tidak melakukan apa-apa. 


Itu Sejarah yang digulung kini oleh BBNU yang merasakan Rafizi Ramli tidak ada sumbangan dan tidak patut ada dalam perjuangan ini.


Selesai penubuhan Pakatah Harapan Rafizi merasakan perlu kepada usaha mewujudkan gelombang rakyat. Dia tahu parti tiada dana dan dana yang ada dari negeri kaya Selangor kini dipegang oleh Azmin yang sememangnya bukan sekadar memusuhi beliau, juga memusuhi Wan azizah selaku presiden. Maka dia perlu melakukan sesuatu dan pantas sebelum PRU ke 14 pada 2018. Maka, luar dari parti keadilan, dia mewujudkan Invoke Solution, satu badan yang bukan sekadar mengkaji malah pempengaruhi dan mencipta gelombang pilihanraya bagi PRU kali ini. Modal besar yang digunakan oleh Rafizi bagi mencipta gelombang kebencian rakyat ialah isu korupsi 1MDB, GST dan isu NFC (Lembu dalam Kondo) dan lain-lain. 


Rafizi menggerakkan invoke tanpa dana dari parti. Dia mengumpul dana sendiri, menggerakkan lori dan berceramah seluruh Malaysia dengan modal yang ada. Saya sendiri hadir di beberapa fundraisinig Invoke dengan membawa beberapa penyokong dari Sarawak dan Brunei dan kita nampak Gerakan rakyat membantu dengan wang tunai atau tenaga mereka. 


Dengan pendedahan yang dilakukan Rafizi terhadap korupsi ini, dia akhirnya telah didakwa di bawah akta BAFIA. Beliau dituduh pada April 2015 dan dijatuhkan hukuman 30 bulan pada 7 Februari 2018 sehingga menyebabkan dia tidak dapat bertanding pada PRU ke 14 yang menyaksikan Pakatan Harapan menang buat kali pertama. Dia tahu dia tidak boleh bertanding, namun meneruskan usaha memenangkan Pakatan Harapan. 


Pada tahun 2015, Rafizi Ramli telah ditahan oleh pihak polis sebanyak tiga kali, iaitu pada 7 Mac, 27 Mac, dan 2 Mei. Sepanjang tempoh 2015 hingga 2016, beliau turut berdepan dengan sekurang-kurangnya enam pertuduhan utama melibatkan pelbagai akta, termasuk Akta Hasutan, perhimpunan haram, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan pendedahan akaun NFC, Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung laporan 1MDB, serta beberapa kes fitnah dan penyalahgunaan di bawah Kanun Keseksaan. Pada waktu itu (2015) usianya baru mencecah 38 tahun. 


Namun masih ada BBNU yang tidak tahu dan tidak berada dalam Sejarah ini bercakap seolah-olah Rafizi langsung tiada sumbangan. Menarik. 


PEMILIHAN PARTI 2018 DAN PERANAN PEMBEBASAN ANWAR


Cerita ini belum habis. Selesai kemenangan pada PRU14, Mei 2018 dan Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, Rafizi tidak ditawarkan sebarang jawatan dan dia redha. Pada masa itu Azmin Ali dan pasukannya mengampu dan menghimpit Mahathir sehingga mendapat jawatan tinggi walaupun Wan azizah telah menyerahkan senarai pimpinan untuk menjadi Menteri. Kebanyakan Menteri kanan di berikan oleh Mahathir kepada team Azmin. Azmin yang pada mulanya tidak mahu naik ke peringkat Persekutuan menyerahkan nama “last minit” dan akhirnya dinaikkan menjadi Menteri ekonomi dan tempatnya di Ganti oleh orang kananya, Amiruddin. Ini kerana Mahathir nampak “ancaman” dari gabungan Anwar-Rafizi dan perlukan Azmin bagi mengimbangi kuasa duo ini. Oleh kerana itulah, Azmin dan pasukannya antara yang membela mahukan Mahathir kekal sebagai PM sehingga habis penggal.


Di sudut lain, apa yang Azmin tidak jangka ialah pembebasan Anwar dilakukan dengan pantas sekali. Seawal 2015 Rafizi telah melakukan edisi jelajah dengan hashtag #kitalawan menerangkan konspirasi liwat 2 dan usaha Kerajaan menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan. Ini menyebabkan beliau ditahan beberapa kali bawah akta hasutan namun usaha itu tidak berhenti. Saya sendiri antara yang terlibat di Sarawak menerangkan isu ini dan juga isu GST. 


Bila tiba 2018, atas desakan dari Rafizi dan Wan azizah, akhirnya Mahathir bersetuju membebaskan Anwar Ibrahim dengan pengampunan penuh dari YDP Agong pada Ketika itu, Sultan Kelantan. Sebenarnya, Mahathir tidak ada niat membebaskan Anwar Ibrahim, Ini kini jelas bila mana dia mempersoalkan pengampunan Anwar Ibrahim baru-baru ini. 


Pembebasan ini adalah dilemma kepada Azmin. Kenapa? Pemilihan parti berlangsung pada Julai 2018. Anwar di bebaskan pada 16 Mei 2018. Sekiranya Anwar tidak / belum dibebaskan, maka dia hendak bertanding melawat Wan Azizah dalam pemilihan 2018 dan saya sendiri pada waktu itu meramalkan kalau Azmin vs Wan Azizah, Azmin akan menang. 


Pada waktu ini, kami sendiri tahu pelan ini. Kami dari pasukan Rafizi/Wan Azizah bersedia melawan Azmin dan team yang kami gelar kartel. Dia tahu Anwar yang sepatutnya bebas selepas 5 tahun (2019) tidak akan dapat bertanding presiden atau ahli parlimen. Namun apa yang dia tidak jangka ialah Anwar dibebaskan secara PENGAMPUNAN PENUH dan semua rekod jenayah di hapuskan. Bermakna dia boleh bertanding Presiden dan juga ahli parlimen.


Dikhabarkan, selepas dibebaskan pada Mei 2018, Azmin ada berjumpa Anwar dan memohon Anwar supaya tidak bertanding presiden sewaktu Anwar mendapat rawatan di Turki. Disebabkan peristiwa tersebut, Anwar terus mengumumkan akan bertanding jawatan presiden pada 15 Julai 2018.


Pada waktu itu, dikhabarkan juga lineup untuk Azmin, sekiranya Anwar tidak bertanding, ialah Azmin vs Wan Azizah (presiden) dan Syamsul Iskandar Vs Rafizi Ramli (Timbalan Presiden). Namun akhirnya pelan ini diubah apabila Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding dan Azmin mengubah Langkah pada peringkat akhir dan akhirnya mencalonlan diri melawan Rafizi merebut jawatan timbalan Presiden. 


Mohamed Azmin Ali (seorang Menteri) memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Pemilihan 2018 dengan memperoleh 71,635 undi (51.03%), menewaskan Rafizi Ramli (banduan tanpa jawatan dan tanpa kerja dalam Kerajaan yang dia bantu menang) yang menerima 68,730 undi (48.96%). Ketua Wanita Haniza Talha mengalahkan Rodziah Ismail, Namun hanya ketua AMK yang dimenangi oleh team Rafizi, iaitu Akmal Nasir pada waktu itu. Naib presiden team Rafizi di menangi oleh Nurul Izzah. Sebaliknya Zuraidah, Xavier dan Tian Chua dari team Azmin Ali menang naib presiden. 


Maka Parti pada waktu itu sepenuhnya di kuasai oleh pasukan Azmin Ali dan Rafizi yang tidak memegang apa-apa jawatan parti atau ahli parlimen selepas itu merasakan banyak Tindakan Mahathir dan parti yang bercanggah dengan prinsip reformasi. Maka beliau mengambil Keputusan “bercuti” dari politik parti sehingga pada tahun 2022. Pada waktu itu, dia fokus dengan Invoke dan kes mahkamah yang dihadapinya. 


Seterusnya, amaran Rafizi bahawa pengkhianatan akan berlaku tidak diendahkan. Selepas itu berlaku peristiwa Langkah Sheraton. Langkah Sheraton saya tidak perlu ceritakan detail. Namun, satu yang saya nak bagitau BBNU, amaran Rafizi pada waktu itu tidak diendahkan. Sewaktu berkuasa, dan menjadi Kerajaan semua mata buta dengan kuasa dan kedudukan sampai tidak Nampak pelan khianat ini. 


KELESUAN POLITIK 


Cerita ni yang saya nak ceritakan. Selesai pengkhianatan, Rafizi terus mendiamkan diri. Saya mengambil peranan memulakan live dari 2019 (sebelum bermula kongres parti di Melaka). Saya cuba mengisi “kekosongan ini”. Namun kekosongan itu sangat besar. Ia dirasakan apabila berlaku pilihanraya Sabah, Melaka dan Johor. 


Saya dan sahabat saya Latip (sekarang menjadi pegawai YB Onn) menggerakkan Selkom atas arahan Rafizi. Malah saya boleh katakan, saya memulakan Live secara serius pun selepas mesyuarat kami di restoran belakang Istana bersama dengan Rafizi dan pasukan kami. Walaupun pada waktu itu Rafizi sudah bercadang untuk bercuti politik dia tetap mahu satu usaha diteruskan.  Antara yang menggerakkan pada waktu itu ialah YB Onn. 


Saya ingat lagi pesan Rafizi – teruskan perjuangan membawa agenda reformasi tulen. Insya-Allah suatu hari nanti dia akan kembali. Berpegang kepada kata-kata itu saya buat live setiap malam menunggu masa itu tiba. Nurul Izzah mungkin ingat sebab saya tahu, pada program itu dia juga ada. Ingat Nurul. Restoran belakang Istana negara. 


Saya teruskan perjuangan itu walaupun pada waktu itu saya keseorangan. Semua dalam mesyuarat itu tidak meneruskan apa yang Rafizi minta kecuali saya. Kelesuan politik mula terasa. 


PH kalah di banyak pilihanraya kecil sebelum Langah Sheraton. Selepas itu kalah di Sabah, Melaka dan Johor. Rakyat dan penyokong PH terutama ahli PKR mahu Rafizi kembali. Ramai menghubungi saya mahukan Rafizi kembali. Terakhir saya hubungi Rafizi ialah pada dinner saya pada 2021. Itu kali terakhir saya berbicara dengan dia melalui telefon. 


Akhirnya, 3 bulan sebelum PRU ke 15 Rafizi kembali dan dalam masa yang sama bertanding jawatan timbalan Presiden. Pada waktu itu, kempen Rafizi mudah – menangkan PRU dan jadikan Anwar sebagai perdana Menteri. Didedahkan segala skandal UMNO termasuk LCS, Sapura dan sebagainya. Dalam 3 bulan, kita rasakan laut politik yang sebelum ini lesu kembali menjadi gelombang yang bakal membentuk tsunami. Namun, pertembungan PRU dan pemilihan parti – Rafizi memilih fokus kepada PRU dan tetap menang pemilihan parti. Bukan itu Sahaja, dia juga meramalkan memenangi PRU 15 dengan hampir 100 kerusi Sahaja dan perlu bergabung dengan UMNO. Akhirnya itu berlaku. Ramalannya juga benar seperti berlaku 2018 di mana Invoke menjangkakan PH akan menang 114 kerusi (menang 116) sedangkan orang lain seperti Merdeka center Ilham dan Ide mengatakan akan kalah Pru 14. 


RAMALAN PRU 16 TANPA RAFIZI DAN TIMNYA – MAMPUKAH DAMAI?


Tahun-tahun mendatang bakal menjadi medan ujian besar kepada semua parti politik di Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, pelbagai peristiwa politik penting akan berlangsung, menuntut persediaan rapi, strategi jitu, dan naratif yang mampu menambat hati rakyat.


Segalanya bermula pada 2 September 2025, yang menandakan 100 hari Nurul Izzah Anwar memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) – satu detik simbolik yang bakal menjadi kayu ukur kepada gaya kepimpinannya dan hala tuju baharu dalam parti. Tarikh ini bukan sekadar angka, tetapi penentu sama ada reformasi generasi kedua mampu diteruskan dengan keyakinan rakyat.


Tidak lama selepas itu, pada 9 Oktober 2025, mandat Dewan Undangan Negeri Sabah akan tamat, menjadikan tarikh tersebut sebagai batas wajib untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sabah. Ini akan menjadi isyarat awal kepada kekuatan atau kelemahan parti pemerintah dalam mengemudi sentimen Borneo.


Kemudian, tumpuan beralih ke Semenanjung dengan Pilihan Raya Negeri Melaka yang perlu diadakan selewat-lewatnya 27 Disember 2026, diikuti Pilihan Raya Negeri Sarawak yang wajib berlangsung pada atau sebelum 14 Februari 2027. Kedua-dua negeri ini mempunyai keunikan politik tersendiri – dan keputusan di sana bakal membentuk momentum menjelang pertempuran yang lebih besar.


Johor, negeri yang dianggap sebagai barometer politik nasional, pula dijadualkan mengadakan pilihan raya negeri selewat-lewatnya pada 21 April 2027. Ia akan menjadi pentas penentuan, khususnya bagi parti-parti utama dalam menentukan kekuatan mereka di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.


Kemuncaknya adalah Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang perlu diadakan selewat-lewatnya 19 Disember 2027. Inilah gelanggang sebenar – "pasar politik" yang akan menentukan masa depan negara. Namun sebelum itu, dinamik dalaman parti sendiri juga akan diuji apabila Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dijangka berlangsung sekitar Mei 2028, melainkan terdapat keputusan untuk menangguhkannya sehingga 18 bulan.


Dengan semua tarikh ini di hadapan, satu persoalan yang perlu dijawab oleh setiap parti:


“Pasar kita ialah pilihan raya. Soalnya sekarang – kita nak jual apa?”


Soalan ini sepatutnya sudah dijawab sebelum atau pada 100 hari Nurul menjadi timbalan Presiden. 


2008 Kita jual Negara yang lebih baik
2013 kita jual Agenda rakyat
2018 kita jual melawan GST, 1MDB, NFC
2022 kita jual melawan LCS, korupsi 
2027 kita nak jual apa?


Mungkin ada yang bertanya – Kenapa Nurul perlu menjawab persoalan ini. Mudah kita nak rumuskan, kerana dia sekarang ini bertanggungjawab menjadi jeneral perang kita dalam menjual produk kita dalam pasaraya Pilihanraya kita. Dia dengan sedar memilih Langkah ini dan dengan yakin mengatakan dia mampu. Maka segala mata tertumpu kepada dirinya untuk memimpin kita ke jalan kemenangan membawa Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri untuk penggal kedua. Dia tidak dipaksa untuk memilih jawatan tersebut. Dia memilih untuk memikulnya!


Dari apa yang saya tulis ini kita nampak bagaimana watak Rafizi mendepani usaha membawa reformasi, kemenangan Parti Keadilan dan membebaskan Anwar Ibrahim, kini Nurul Izzah dengan kesedaran dan kemahuannya sendiri mahu mengambil tanggungjawab itu dari Rafizi dan kini Rafizi merelakan. Bila Rafizi dan timnya hendak ketepi memberi laluan kerana Nurul Izzah, kenapa mereka pula di salahkan?


Sistem menipu atau tidak atau Rafizi diketepikan secara penipuan atau tidak, itu tidak penting bagi saya kerana saya sudah kenal parti ini dan Anwar Ibrahi sejak dahulu lagi. Saya sudah faham lama. Namun, secara faktanya, Nurul sendiri mahu kedepan dan bertembung dengan Rafizi untuk jawatan tersebut. Maka TIDAK ada istilah – “aku sudah menang, tapi Rafizi masih kena pikul tanggungjawab ini – Jangan lari!”.  Tidak wujud istilah itu. Nurul kena pikul tugas berat ini. Nurul dan Pasukan Damainya. 


Rafizi selama 27 tahun ini sudah teruji. Dengan pelbagai mehnah dan ujian naik turun kehidupan politik. Rafizi berjaya banyak kali membawa agenda sehingga mengangkat Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. 2008, 2013, Langkah kajang, #bebasanwar, #Kitalawan, 2018 dan 2022.  Nurul belum lagi. Sebelum ini Nurul sentiasa dibelakang seseorang. DI belakang Wan Azizah, di belakang Azmin, di Belakang Rafizi. Kini Nurul kedepan dan boleh membuktikan kemampuan dan kebolehan dia dalam mebawa kemenangan PRU16 ini.


Kali ini kita mungkin akan menyaksikan bukan sekadar Rafizi tidak akan membantu pilihanraya. Berkemungkinan dia dan pasukannya juga tidak akan menyertai pilihanraya. Saya jangkakan nama-nama pro Rafizi akan berhenti dari menyertai pilihanraya seperti pernah berlaku pada 2004 sehingga kita hanya tinggal 1 kerusi parlimen. 


Mungkin PRU16 ini kita tidak tinggal 1 kerusi seperti pada 2004. Namun, kalau ditanyakan apakah predeksi saya, saya boleh katakan – tunggu 6 bulan sehingga Disember 2025 ini. Kalau Pakatan Harapan masih lesu tanpa Rafizi dan team nya dan Izzah gagal membawa gelombang yang sama atau lebih hebat, itulah  indikasi – Anwar tidak akan menjadi perdana Menteri buat penggal kedua, dan berakhir legasi politik Anwar Ibrahim anak beranak. 


Melainkan dan sehingga dia boleh membuktikan 6 bulan ini gelombang dapat dicipta, maka, itulah indikasi jawapan kepada PRN Melaka, Johor, Sarawak dan akhirnya PRU16.Percayalah….


Berehatla Rafizi. Seperti dulu, biar saya berjalan dulu dengan Gerakan Murba sebelum kamu kembali nanti. 


Sekian
Iswardy Morni
10/6/2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/keluarkan-rafizi-ramli-dan-timnya-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ramli Not Entitled To Just Walk Out

Rafizi Ramli Not Entitled To Just Walk Out

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 201 hits
He may have lost the fight in the party election but the economy minister and architect of the 13MP does not have the right to go back on his promise to help the nation face its economic challenges at such a crucial time Rafizi Ramli has be...
Rafizi Telah Serah Kunci Pejabat Selepas Dikosongkan

Rafizi Telah Serah Kunci Pejabat Selepas Dikosongkan

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 82 hits
Md Zulaimi KazimPMX ada menyampaikan hasrat supaya Rafizi dan Nik Nazmi kembali masuk kabinet Ada yg kata PMX benar2 mengharapkan mereka berdua itu kembali ke kabinet ada juga yg kata itu hanya kata2 manis depan wartawan untuk elakkan warta...
Bukankah Beberapa Hari Sebelum Pemilihan Pkr Tawaran Yang Sama Telah Dibuat Dan Rafizi Menolak

Bukankah Beberapa Hari Sebelum Pemilihan Pkr Tawaran Yang Sama Telah Dibuat Dan Rafizi Menolak

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 95 hits
Rafizi tolak Izzah tawar jawatan timb presiden PKR lantikanMalaysiakini nbsp Menteri ekonomi yang akan tamat perkhidmatannya Rafizi Ramli berpegang pada keputusannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam PKR Dia turut mendeda...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saham Dosa Bertambah Setelah Mati

Kelebihan Istighfar

Chelsea Pasukan Tidak Popular Punca Penonton Kurang Netizen

Vaksin Tdap Kini Percuma Untuk Semua Ibu Hamil Di Malaysia

Pro Player Balik Kafa Terus Tukar Baju Netizen Terkenang Zaman Nakal Dulu Dulu

5 App Terbaik Untuk Simpan Duit Melabur Secara Automatik