Rafizi Ramli
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧:
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗥𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗜𝗠𝗜𝗗𝗔𝗦𝗜
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 yang baru berlaku mengundang pelbagai pandangan dan reaksi dari banyak pihak, termasuklah dari kalangan anggota dan bukan anggota. Perkara ini sudah dijangka, memandangkan KEADILAN adalah parti utama di dalam Kerajaan Persekutuan.
Jika pun perbezaan pendapat mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025 dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ia adalah satu cabaran yang wajar ditangani dengan berhemah. Sebarang bentuk tekanan atau intimidasi akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa pentadbiran sekarang cepat menggunakan kuasa dan tidak mempertahankan hak rakyat untuk berbeza pandangan.
Sejak seminggu lepas, saya telah menerima aduan-aduan dari orang biasa yang telah diambil tindakan yang berbeza-beza. Tindakan-tindakan ini termasuklah:
i. Aduan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada platform X bahawa kandungan telah melanggar undang-undang Malaysia;
ii. Pegawai SKMM dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi Orang Kena Adu (OKA) dengan alasan ingin berjumpa, tanpa sebarang dokumen rasmi;
iii. Pegawai SKMM mengeluarkan notis kepada OKA untuk siasatan; dan/atau
iv. Telefon pintar dan kad SIM OKA dirampas untuk siasatan.
Kandungan di platform X yang disiasat selalunya adalah pandangan peribadi seorang rakyat biasa mengenai perjalanan atau keputusan pemilihan KEADILAN 2025 yang tidak melanggar apa-apa undang-undang.
Sebab itu, setelah saya meneliti aduan-aduan ini, saya berpendapat kaedah ini hanyalah satu bentuk intimidasi untuk menekan orang awam dari tidak lagi buat kandungan mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025.
Seorang dari mereka yang telah dipanggil SKMM dikenali di platform X dengan akaun 𝗔𝗺𝗲𝗿 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 @𝗮𝗺𝗲𝗿𝟳𝟮𝟭𝟭
Saya kemukakan dokumen laporan polis oleh isteri beliau setelah diganggu pegawai SKMM dan polis, serta notis siasatan SKMM dan senarai rampasan oleh pihak polis berhubung satu kandungan (rujuk lampiran):
i. Lampiran A – kandungan yang diadu. Kandungan hanyalah pandangan peribadi beliau mengenai pemilihan KEADILAN 2025
ii. Lampiran B – laporan polis oleh isteri mengenai intimidasi
iii. Lampiran C – notis siasatan oleh SKMM
iv. Lampiran D – senarai rampasan oleh PDRM
Perkara ini turut berlaku kepada orang awam lain yang banyak mengulas mengenai pemilihan KEADILAN 2025. Saya dimaklumkan bahawa antara akaun-akaun di platform X yang diadu termasuklah 𝗽𝗮𝗵𝗯𝗲𝗱𝗮𝗵𝟰𝟭, 𝗺𝘀𝗶𝗮𝗻𝗮𝗳𝗳𝗮𝗶𝗿𝘀, 𝗺𝗮𝗿𝗶𝗼𝘀𝗸𝘆𝗷𝘂𝗶𝗰𝗲, 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿, 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗣𝗛, 𝗼𝗿𝗲𝗼_𝗸𝗼𝘀𝗵𝗸𝗮𝟯𝟯𝟬, 𝗳𝗲𝗺𝘁𝗼𝟱𝟱𝟱, 𝗔𝗾𝗶𝗺𝗡𝗶𝘇𝗮𝗿, 𝗿𝗼𝘄𝗮𝗻𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗼, 𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺𝟭𝟮𝗸, 𝗔𝗳𝗿𝗮𝗹𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗺𝘄𝗱𝗵𝗵𝗻𝗶, 𝗠𝗮𝘁_𝗝𝗮𝗸𝗲𝘁, 𝘀𝗶𝗿𝘀𝗮𝘇𝗹𝘆, 𝗟𝗲𝗵𝗺𝗮𝗻𝗜𝘀𝗛𝗲𝗿𝗲, 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗹𝗿𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴, 𝘁𝗿𝗶𝗰𝗸𝘆𝘄𝗶𝗹𝗹𝘆𝟭, 𝘀𝗿𝘂𝗹𝗶𝗮𝗺 dan 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗸𝘂𝗱𝘂_𝗺𝘆.
Saya percaya YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi tidak memberikan arahan agar orang awam seperti ini dikenakan tindakan.
Kemungkinannya, ada watak-watak tertentu yang berselindung di belakang nama-nama menteri mereka, yang memberi arahan kepada SKMM atau PDRM untuk menekan orang awam, hanya kerana pandangan mereka mengenai pemilihan KEADILAN 2025 tidak sealiran dengan pandangan watak-watak ini.
Oleh itu, saya menasihatkan supaya perkara ini dihentikan serta-merta.
Saya telah pun berbincang dengan peguam-peguam sukarela yang akan mewakili orang awam yang dikenakan intimidasi seperti ini. Jika ada pelanggaran peraturan atau undang-undang, orang awam yang menjadi mangsa intimidasi seperti ini akan dinasihati untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
Saya menasihati pimpinan politik yang diberi amanah untuk mentadbir kementerian masing-masing supaya tidak mencampur aduk pandangan politik dengan urusan rasmi kerajaan.
Saya juga menasihati penjawat-penjawat awam supaya tidak terheret dan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang mencampur aduk tanggungjawab harian sebagai penjawat awam, dengan tindakan politik seperti ini.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
9 Jun 2025
WPS Office: Complete office suite with PDF editor
Here's the link to the file:
https://sg.docworkspace.com/d/sIDj9seeKAvTTmsIG
Get WPS Office for Free:
https://go.wps.com/a8GGuD1vfLDu
𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔
https://drive.google.com/file/d/1wmJHUkEz8NZL5PI448DJkG1m-pQrRSE5/view?usp=sharing
𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕
https://drive.google.com/file/d/1LQPXYkX8BQ2RjUtQKs8Ajn8yQKqsYdyp/view?usp=sharing
𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗖
https://drive.google.com/file/d/11Tgkx_o-JzS0RID3UvuLFLVKlbBkNg0-/view?usp=sharing
𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗
https://drive.google.com/file/d/1LIGA3fJ0rw3TqB6tbPRMDTbyyQjgaepX/view?usp=sharing
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/rafizi-ramli.html