Keluarga Temenggong 9755





Friday, July 19, 2019
KESULTANAN JOHOR RIAU

 👉SIPNOPSIS

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran ke arah kegemilangan. Kegemilangan dicapai dari aspek perdagangan dan persuratan Melayu. 

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah empayar yang unggul di Alam Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda 1824. 

1.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau 

👉 Pengenalan 

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.

1. Pengasasan Kerajaan 

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor. 

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara Pekan Tua 

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar. 

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang 

Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana
kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.
4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama 
Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategik di Sungai
Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
1.2 Cabaran Ke Arah Kegemilangan 
Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis, Perang Johor-Jambi, konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil. 
1. Persaingan Johor-Acheh-PortugisKredit: https://maluapebossku777.blogspot.com/2019/07/kesultanan-johor-riau.html

Temenggong Daeng Ibrahim Bin Temenggong Daeng Abdul RahmanTemenggong Daeng Ibrahim Bin Temenggong Daeng Abdul Rahman
Also Known As :"Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim (Sultan Johor ke- 20. 1855- 1862- (Wangsa temenggung keturunan bangsawan)"
Birthdate: December 08, 1810
Birthplace: Island of Bulan, Riau, Indonesia 
January 31, 1862 (51)Teluk Belanga, Singapore
Immediate Family: 
- Son of Dato Temenggong Abdul Rahman and [1] Cik Yah binti Moffar - Bugis Lady- Husband of Enche Ngah Binti Zulkaedah; Enche Aisha @ Che Moi @ Neng Teoh Binti Abdullah; Tengku Andak binti Sultan Abd Rahman Muazzam Shah and Engku Long Muda- Father of Sultan Sir Abu Bakar [Sultan Johor ke-21 1862-1895]; Ungku Muhammad Khalid Temenggong Ibrahim; [5] Che’ Ungku Pah binti Dato’ Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim; Ungku Nong Hawa bt Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim; Ungku Chik Zahrah bt Temenggong Daeng Ibrahim and 8 others- Brother of Tun Haji Abdullah bin Temenggong Abdul Rahman; u.long muda (1776-1816) B2001; u.c.zainon (17788-1833) B2002; u.long tua (1782-1825) B2003; Encik Wan Aisha (Tengku Ampuan Besar) and 3 others- Half brother of Encik Ungku Puan Aisha/ 'Isah binti [Dato' Temenggong] Tun 'Abdul Rahman; [3] Y.M. Encik Ungku Puan Sulung binti Dato' Temenggong Tun 'Abdul Rahman; Encik Engku Puan Andak binti Dato’ Temenggong Sri Maharaja Daing ‘Abdu’l Rahman; Encik Wan Amina [Engku Daing Amina] Temenggong Abd Rahman and Wan Abu Talib Bin Temenggong Abdul Rahman
Occupation: Temenggong 1841-1862, Sultan Johor ke 20, 19th Johor Sultan (1855 - 1862)
Managed by: Private User
Last Updated: December 2, 2019
Kredit: https://www.geni.com/people/Temenggong-Daeng-Ibrahim-Temenggong-Daeng-Abdul-Rahman/6000000000071471571
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman ialah Maharaja Johor/Sultan de facto Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. WikipediaLahir: 8 Disember 1810, Provinsi Kepulauan Riau, IndonesiaMeninggal dunia: 18 Februari 1862, SingapuraIbu bapa: Temenggung Abdul RahmanDatuk/Nenek: Tun Abdul HamidAnak: Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng IbrahimCucu: Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
kredit:
Google Search
SEJARAH KESULTANAN JOHOR.
Pengenalan
Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan). 
Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.
Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura. 
Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. 
Perlantikan Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada 10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. 
Setelah mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.
Kerajaan Johor Dibawah Pemerintahan Dinasti TemenggongTemenggong Daeng Ibrahim 
Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor. Dengan kebijaksanaan Baginda di samping mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris, pemerintahan Johor diserah kepada Temenggong Daeng Ibrahim daripada Sultan Ali melalui Persetiaan 10 Mac 1855. Dengan ini bermulalah Kesultanan Johor moden dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong. 
Hasrat British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.
Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim membuka Iskandar Puteri sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai polis, mahkamah dan jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan Johor bermula dengan mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan pelanunan dan memajukan pelajaran anak-anak Melayu.
Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan dimakamkan di Makam Temenggong di Teluk Belanga, Singapura.Sultan Abu Bakar 
Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833. Apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda dikalangan antarabangsa. 
Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran Sultan Johor. 
Berikutan Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Terdahulu dari itu pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.
Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama berbuat demikian.Sultan Ibrahim 
Sultan Ibrahim diputerakan pada 17 September 1873 bersamaan 25 Rejab 1290 di Istana Bidadari Singapura. Sejak kecil Baginda telah diberi penuh asuhan dan pimpinan sebagai bakal raja. Ketika berusia 17 tahun, Baginda mula didedahkan dengan pengetahuan dunia luar oleh ayahanda Baginda Sultan Abu Bakar dan menitahkan Baginda berangkat ke Eropah pada Jun 1890. Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan Johor pada 7 September 1895. Untuk meluaskan pengetahuannya sebagai pemerintah Johor, baginda berulang kali berangkat ke Eropah, Jepun, China dan Amerika Syarikat.
Pada tahun 1908 ketika pemerintahan Baginda, jalan kereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan, sementara Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura, telah siap dibina pada tahun 1924. Baginda Sultan Ibrahim sangat mengambil berat hal pendidikan dengan menitahkan pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak melalui Enakmen Pelajaran Wajib 1902. Baginda Sultan juga sangat mengambil berat terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Baginda telah berkenan menjadi penaung kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku DiRaja (P.B.M.P.B Di-Raja) Johor. Pendidikan Agama Islam dimajukan dengan membina sekolah agama dan masjid. Pada 2 Februari 1900, Masjid Abu Bakar dirasmikan pembukaannya. Lagu ‘Bangsa Johor’ dijadikan lagu rasmi negeri yang dinyanyikan dalam majlis rasmi dan di sekolah.
Walaupun Baginda menerima tekanan Inggeris melantik D.G Campbell pada tahun 1910 sebagai Penasihat, Baginda menetapkan diberi gelaran Penasihat Am dan bukan ‘Resident Adviser‘ sebagaimana negeri-negeri lain, dan dipersyaratkan pegawai-pegawai melayu diberikan sama taraf dengan pegawai Inggeris, dan bahasa Melayu dijadika bahasa rasmi kerajaan dengan penekanan kepada tulisan jawi. Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan siap dibina pada tahun 1941. Pada 17 September 1955, telah diadakan sambutan Jubli Intan bagi memperingati 60 tahun Baginda memerintah Negeri Johor. Baginda mangkat di London pada hari Jumaat, 8 Mei 1959 dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah Johor Bahru.Sultan Ismail 
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor Bahru. Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor, dan dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka Ayahandanya mangkat di London pada 8 Mei 1959. Baginda telah dimahkotakan pada 10 Februari 1960. Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan Baginda di England bersama dua orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904. Pada tahun 1910 Baginda kembali ke Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.
Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Negeri Johor menjadi maju dan makmur. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, Baginda telah beberapa kali dilantik menjadi Pemangku Raja dan berupaya melaksanakan pemerintahan dan tugas penting . Baginda telah merasmikan Kongres Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru yang membawa kepada penubuhan UMNO. Sultan Ismail telah menerima tabik hormat perarakan raksasa menyambut kemenangan Inggeris memerintah semula Tanah Melayu pada 8 Jun 1946 di Jalan Ibrahim, Johor Bahru, setelah Jepun menyerah kalah.
Ketika menjadi Sultan, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor, antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Lapangan Terbang di Senai, mula beroperasi pada tahun 1973. Bagi memajukan Agama Islam, Majlis Agama Islam juga ditubuhkan ketika pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada 10 Mei 1981 bersamaan 6 Rejab 1401 H dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah Johor Bahru.Sultan Iskandar
Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1952, Baginda berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat persekolahan menengah Baginda meneruskan pelajaran tinggi di Isle of Wight, United Kingdom. Pada Mei 1959 Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor.
Sultan Iskandar dimasyhurkan menjadi Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 12 Disember 1981, Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Pada 9 Februari 1984 hingga 1989, Baginda dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kelapan. Dibawah pemerintahan Baginda, Johor terus maju. Pelbagai pembangunan prasarana, perumahan, ekonomi, pelajaran, agama berkembang dengan pesat. Pembangunan Wilayah Selatan Johor dikenali sebagai Iskandar Malaysia telah dirasmikan oleh Baginda. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor dikenali sebagai Kota Iskandar di Nusajaya telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 April 2009 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1430 H.
Baginda mangkat pada 22 Januari 2010 dan dimakamkan pada 23 Januari 2010 di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.Sultan Ibrahim 
Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor dan dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat.
Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
Semangat juang dan kecenderungan aktiviti laut yang diwarisi dari keturunan Temenggong menjadikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat gemar dengan sukan lasak. Semasa berusia lima tahun Tuanku memandu bot laju dalam satu pertandingan bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah memandu kapal laut, kapalterbang jet dan helikopter dan merupakan Raja Melayu yang pertama yang mempunyai lesen memandu keretapi. Tuanku cekap menunggang kuda dan bermain sukan polo. Tuanku merupakan Raja Melayu yang menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat melaui Kembara Mahkota semenjak tahun 2001.










http://kesultananjohor.blogspot.com/2016/10/sejarah-istana-temenggong-dan-masjid.html

Ringkasan blogger: [Kesempatan penjajah Inggeris melakarkan sistem pecah perintah dan menakluk.]

29 Januari 1819 - Singapura [Kg Melayu - Muara Sungai Singapura]

- Stamford Raffles tiba. Kg Melayu dikepalai Temenggung Johor [Temenggung Abdul Rahman]
- Waktu itu Tengku Abdul Rahman [abang sulungnya Tengku Hussein] menjadi Sultan Johor dibawah pengaruh Belanda dan Bugis. 

30 Januari 1819 - Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamforf Raffles ditanda tangani. 

06 Februari 1819 - Stamford Raffles [dengan memanipulasikan keadaan politik Kerajaan Johor masa itu, terutama sekali mengenai Kedudukan Kesultanannya yang sedang dipertikaikan] telah mengangkat Tengku Long menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Hussain Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Johor dalam satu istiadat di Padang Singapura.

06 Februari 1819 - Tengku Hussein/Tengku Long menurunkan tanda tangan dan menjadi titik tolak pengesahan Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamforf Raffles sebelumnya. 

07 Jun 1823 – Satu lagi perjanjian telah dibuat oleh Raffles dengan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman yang menjadikan kuasa Inggeris di Singapura lebih kukuh daripada tahun 1819, tetapi kekuasaan dan hak-hak Inggeris di pulau itu masih dalam keadaan yang kurang baik.

- Apabila John Crawfurd menjadi Residen Singapura beliau telah mencadangkan pula supaya Singapura diambil langsung oleh Kompeni Inggeris dari tangan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman.

17 Mac 1824 - Perjanjian Inggeris- Belanda telah memisahkan Politik Kenegaraan Rumpun Bangsa Melayu, maka Residen Crawfurd pun berusaha menjadikan Singapura hak milik Inggeris.

02 Ogos 1824 - Perjanjian Persahabatan E.I.C-Johor telah ditandatangani di antara John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura bagi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (E.I.C) dengan Sultan Hussain Shah dan Temenggung Abdul Rahman.

- Akibat dari perjanjian ini Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatannya ke atas Singapura.

- Peristiwa ini telah mengubah perjalanan sejarah Kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Singapura, Pahang dan pulau-pulau di sekitarnya.

- Bendahara Tun Ali di Pahang menyifatkan perbuatan orang-orang Inggeris di Singapura itu sebagai “suatu perbuatan yang telah menceraikan orang adik-beradik, anak beranak dan sahabat handai…….

- Dengan itu Singapura telah diambil langsung oleh Inggeris daripada raja-raja Melayu yang telah turun temurun mempunyai hak kuasa pertuanan di pulau itu, bukan dengan perang, melainkan dengan kepandaian tipu daya menggunakan wang ringgit pada ketika orang-orang yang diperdayakan itu benar-benar dalam kesempitan dan hendak menjaga taraf kedudukan mereka pula sebagai raja dalam negeri.

19 November 1824 - Perjanjian Persahabatan E.I.C-Johor yang dibuat di Singapura telah disahkan oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India.

Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid. - Pengasas Keturunan Temenggong sebagai Sultan Johor. 
Dato Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim ibni al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman (1810-1862)
Teluk Belanga, Singapura. 

1815 - Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid [restu Sultan Mahmud lll] belayar dari Riau dan membuka petempatan (perkampungan) Kampong Temenggong di tebing Sungai Singapura. 

1819 - British melantik Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid sebagai Pemerintah Singapura dan Tengku Husain Ibni Sultan Mahmud sebagai Sultan Husain Muazam Shah Sultan Johor. 

Atas alasan Kampong Temenggung tidak sesuai dari segi kesihatan (nasihat British) Sultan Husain telah berpindah ke Kampong Gelam.

Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid melewatkan perpindahan/enggan meninggalkan Kampong Temenggong sehingga British membayar ganti rugi.  

14 Mac 1824 (Jumaat) Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid telah berpindah ke Telok Belanga. Telok Belanga adalah tanah pajakan dan dikenakan syarat sekiranya Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid atau waris penggantinya berpindah dan bermastautin di Tanah Besar Johor, British akan membayar 15k Dolar Sepanyol kepada Baginda Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid atau waris penggantinya. British enggan menerima hakikat diperintah Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid. 
Temenggong Abdul Rahmans Residence - Istana Lama.
(Istana Temenggong Telok Belanga.)

Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid telah membina sebuah Istana yang dikenali sebagai Istana Temenggong di Bukit Aur dan sebuah Balai Rong Seri berbentuk 8 segi sebagai Balai Mengadap dan mesyuarah. Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman ibni Dato' Abdul Hamid telah  menjadikan Balai Rong Seri sebagai Masjid. 

19 Ogos 1841 - Temenggong Ibrahim ditabalkan di Istana Temenggong sebagai Dato' Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim ibni al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja 'Abdu'l Rahman. 

3 Februari 1833 - Tun Abu Bakar dilahirkan di Istana Temenggong dan Menaiki Tahta Kerajaan Johor pada 1862.

15 Ogos 1864 - Maharaja Abu Bakar melalui perundingan telah berjaya membatalkan syarat tanah Teluk Belanga dari Tanah Pajakan kepada Hak Milik Kekal dari British. Dengan itu Hak Ketuanan Teluk Belanga terjamin sebagai Tanah Jajahan Johor hingga ke hari ini. (Johor dalam Singapura) Bendera Johor kekal dikibarkan, Imam, Bilal dan Kakitangan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim adalah Kakitangan Kerajaan Johor. Teks Khutubah Jumaat dan Doa Sultan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim disediakan oleh Jabatan Mufti Johor sebagai mana lain-lain Masjid didalam Jajahan Johor.

1989 Almarhum Sultan Iskandar menitahkan pembinaan semula Masjid dengan pengekalan ciri-ciri reka bentuk asalnya dan dinamakan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim. 
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim. Temenggong Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ibrahim dan 34 orang kerabat dimakamkan di Makam Temenggong yang terletak bersebelahan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim. Johor Royal Mausoleum at Telok Blangah.
Kesultanan Johor menziarahi Makam Temenggong di setiap Ramadhan dan di setiap Sambutan Ulangtahun Hari Keputraan Raja.

Telok Belanga diabadikan dalam Sejarah Sebagai Tempat Lahirnya Birokrasi Kerajaan yang ditubuhkan oleh Temenggong Ibrahim. Maharaja Abu Bakar mencipta Ikon Johor Baju Melayu Telok Belanga.

Dikhabarkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahim bin Ramli.
Yang DiPertua
Jumaah DiRaja Johor.

Rujukan:
http://kesultananjohor.blogspot.com/2013/04/telok-belangah-jajahan-johor.html

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim photoRef:
http://kesultananjohor.blogspot.com/2013/04/telok-belangah-jajahan-johor.html
Sejarah Istana Tyersall



Ref:
http://kesultananjohor.blogspot.com/2016/12/sejarah-istana-tyersall.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/keluarga-temenggong-9755.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutup Kongres V Pan Zulkifli Hasan Minta Maaf Ke Amien Rais Dan Keluarga

Tutup Kongres V Pan Zulkifli Hasan Minta Maaf Ke Amien Rais Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 213 hits
Dalam sambutannya Zulkifli Hasan atau yang akrab disapa Zulhas mengenang bagaimana Amien Rais selalu memberikan dukungan dalam berbagai hal Salah satunya saat maju menjadi Ketua MPR
Pemandu Mabuk Diyat Untuk Keluarga Mangsa

Pemandu Mabuk Diyat Untuk Keluarga Mangsa

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 214 hits
YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIMTIDAK henti henti laporan di dada akhbar melaporkan mengenai kemalangan maut yang membabitkan pemandu mabuk Dalam hal ini saya berpandangan insiden pemandu mabuk yang menjadi penyebab kemalangan maut adalah terlalu...
Pemandu Mabuk Perlu Bayar Pampasan Kepada Keluarga Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan

Pemandu Mabuk Perlu Bayar Pampasan Kepada Keluarga Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 264 hits
Sebentar tadi Ohmedia ada naikkan satu artikel di mana Mneteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ada mencadangkan mengenai hukuman penjara 20 tahun dari 10 tahun sebelum ini bagi individu yang didapati bersalah memandu kendera...
Mengulik Gaya Hijab Keluarga Halilintar Yang Banyak Diperbincangkan Menurutmu Gimana

Mengulik Gaya Hijab Keluarga Halilintar Yang Banyak Diperbincangkan Menurutmu Gimana

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 283 hits
Dimulai dari sang ibu sampai anak anaknya yang kecil mana yang paling unik menurutmu
Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 363 hits
Al fatihah Hari ini kita dikhabarkan dengan berita sedih pemergian seorang insan seni Abam Bocey yang telah menghadap illahi pagi tadi Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang baru sahaja berusia 5 bulan Semoga rohnya di tempatkan be...
Sembilan Anggota Keluarga Di Hong Kong Terjangkit Virus Corona Setelah Makan Hotpot

Sembilan Anggota Keluarga Di Hong Kong Terjangkit Virus Corona Setelah Makan Hotpot

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 176 hits
Sembilan anggota keluarga di Hong Kong terjangkit virus corona setelah memakan hidangan hotpot
Israel Paksa Keluarga Palestina Di Yerusalem Bongkar Rumah Sendiri

Israel Paksa Keluarga Palestina Di Yerusalem Bongkar Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 223 hits
Sebuah keluarga Palestina di Yerusalem Timur yang diduduki dipaksa untuk membongkar rumah mereka setelah menerima perintah pembongkaran dari Israel
Keluarga Wni Yang Dikarantina Di Natuna Mulai Datangi Halim Perdanakusuma

Keluarga Wni Yang Dikarantina Di Natuna Mulai Datangi Halim Perdanakusuma

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 134 hits
Terpantau di Bandara Halim Perdanakusuma Jakarta salah satu keluarga sudah hadir Dia pun merasa senang mengetahui anaknya akan kembali
Intip Momen Umrah Keluarga Raffi Ahmad Cantiknya Nagita Bikin Pangling

Intip Momen Umrah Keluarga Raffi Ahmad Cantiknya Nagita Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 213 hits
Pasangan Raffi Ahmad dan Nagita kini melanjutkan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game