Keluarga Mangsa Mh17 Boleh Beri Kenyataan Tuntut Kerugian Pada Perbicaraan


AMSTERDAM, 7 Mac (Bernama) — Ahli keluarga 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine, dibenar memberi kenyataan di mahkamah ketika perbicaraan dan boleh menuntut kerugian yang dihadapi akibat insiden tersebut.
Pegawai Kehakiman Media Mahkamah Daerah The Hague Yolande Winnobel berkata, ahli keluarga terbabit boleh memberikan kenyataan secara lisan ataupun menghantar penilaiaan impak secara bertulis.
“Ahli keluarga dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan, tetapi walaupun mereka tidak hadir, mereka masih lagi boleh terlibat. Mereka boleh menghantar tuntutan untuk ganti rugi dan nyatakan apa yang mereka tanggung, dan jumlah pampasan yang dikehendaki,” katanya kepada wartawan Malaysia di pusat media di Kompleks Kehakiman Schiphol (JCS) di sini.
Beliau berkata mahkamah akan mengkaji kenyataan mereka.
Wijnnobel berkata mengikut undang-undang Belanda, ahli keluarga biasanya diberi peluang untuk memberikan kenyataan mereka di mahkamah, hanya selepas mahkamah mendengar merit kes tersebut.
“Bagaimanapun, ia bukan satu mandatori, seorang hakim itu boleh pada budi bicaranya untuk lakukan satu perkara, sebelum perkara yang lain, atau untuk membenarkan sesuatu untuk dilakukan, pada awal perbicaraan,” katanya.
Tiga hakim akan mendengar perbicaraan berkenaan pada Isnin, yang akan berlangsung di Mahkamah Daerah The Hauge di Kompleks Kehakiman Schiphol (JCS) di sini, dengan dua lagi hakim bertindak sebagai hakim simpanan.
Menjelaskan mengenai perjalanan prosiding pada Isnin, beliau berkata hakim yang mempengerusikan perbicaraan akan memperkenalkan barisan hakim dan merekodkan pihak yang hadir ke mahkamah, termasuk para peguam atau tertuduh dan juga ahli keluarga mangsa.
Pasukan penyiasat bersama antarabangsa (JIT) yang diketuai Belanda telah merumuskan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia (terlibat dalam konflik dengan Ukraine) yang melancarkan peluru berpandu anti-pesawat BUK.
Pada Jun 2019, JIT yang terdiri daripada Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine, mengumumkan tiga warganegara Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, serta seorang warganegara Ukraine, Leonid Kharchenko akan didakwa atas perbuatan menembak jatuh MH17 itu.
Waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan terhadap suspek berkaitan perkara ini.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, apabila ditembak jatuh sebelum terhempas berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 kilomter dari sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Insiden itu mengorbankan 298 orang, termasuk 15 anak kapal.
Sumber: BERNAMA
The post Keluarga Mangsa MH17 Boleh Beri Kenyataan, Tuntut Kerugian Pada Perbicaraan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/07/keluarga-mangsa-mh17-boleh-beri-kenyataan-tuntut-kerugian-pada-perbicaraan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh17 Ahli Keluarga Wartawan Bersedia Ikuti Perbicaraan Bermula Esok

Mh17 Ahli Keluarga Wartawan Bersedia Ikuti Perbicaraan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 240 hits
AMSTERDAM 8 MAC Ratusan ahli keluarga mangsa pesawat MH17 Malaysia Airlines dan wartawan telah berdaftar untuk menghadiri perbicaraan yang ditunggu tunggu dan dengan kawalan keselamatan ketat di Mahkamah Daerah The Hague di Kompleks Kehakim...
Isteri Yang Terancam Kesihatan Kerana Tabiat Merokok Suami Boleh Tuntut Fasakh Mufti Perlis

Isteri Yang Terancam Kesihatan Kerana Tabiat Merokok Suami Boleh Tuntut Fasakh Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 381 hits
Asap rokok merupakan antara medium pelbagai penyakit seperti kanser paru paru asma keguguran janin dan lain lain Menurut laman individu yang berada di sekeliling perokok atau dikenali sebagai perokok pasif boleh mendapat peningkatan risiko ...
Fatwa Isteri Rasa Mudarat Terganggu Suami Merokok Boleh Tuntut Fasakh

Fatwa Isteri Rasa Mudarat Terganggu Suami Merokok Boleh Tuntut Fasakh

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 411 hits
Meskipun tahu mengenai fatwa pengharaman rokok dimana ada menyebut Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan namun ramai yang seolah mengambil remeh tentang perkara itu Seperti kita tahu merokok membahay...
Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 328 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri ketika ini Ketika berceramah di Program Solidariti Adly Zahari di luar peka...
Perbicaraan Insiden Mh17 Ditembak Bermula Isnin Ini

Perbicaraan Insiden Mh17 Ditembak Bermula Isnin Ini

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 148 hits
AMSTERDAM 7 MAC Hampir enam tahun selepas pesawat MH17 Malaysia Airlines berkecai di ruang udara timur Ukraine prosiding jenayah terhadap empat lelaki yang didakwa menembak jatuh pesawat itu akhirnya akan bermula di sini pada Isnin Menjadi ...
Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 433 hits
UMNO sedang menunggu kenyataan rasmi Istana Negara selepas Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di Pertuan Agong tidak menemui mana mana Ahli Parlimen yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Pe...
Lelaki Ada Super Sperm Boleh Hamilkan Perempuan Di Kolam Renang Tanpa Bersentuhan Profesor Sitti Hikmawatty

Lelaki Ada Super Sperm Boleh Hamilkan Perempuan Di Kolam Renang Tanpa Bersentuhan Profesor Sitti Hikmawatty

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 775 hits
Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak Kanak Indonesia Sitti Hikmawatty memberi peringatan kepada golongan perempuan untuk berhati hati ketika berada di kolam renang awam nbsp Ini kerana kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berena...
Boleh Memprorog 9799

Boleh Memprorog 9799

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 484 hits
1 20 petang Pimpinan utama PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya Sebelum itu difahamkan wakil rakyat PKR berkumpul lebih awal dan mengadakan mesyuarat dalaman Antara yang dilihat tiba di hotel itu ialah Presiden PKR Anwar...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi