Keluarga Harap Momentum Bebaskan Najib Akan Berterusan


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Jun 8, 2023 6:14 PM
Keluarga Najib Razak berharap momentum bagi membebaskan bekas perdana menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara tidak akan berhenti.

Hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2023, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini, anaknya, Mohd Nizar berkata bahawa ada penyokong parti melahirkan rasa merasa risau dengan keadaan ayahnya yang masih meringkuk di Penjara Kajang.

"Saya yakin Umno masih memperjuangkan pembebasan ayanda. Tapi, selaku ahli keluarga saya tidak mahu momentum itu jadi perlahan atau dihentikan ataupun orang mudah lupa.

"Jadi, kita kena sentiasa memperingati bahawasanya beliau masih di dalam (penjara) dan saya harap usaha-usaha untuk membebaskan dan membela beliau akan terus diadakan," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, pagi tadi Pergerakan Pemuda Umno memberikan anugerah Tokoh Pemuda Umno Malaysia kepada bekas presiden parti itu bagi menghargai pengorbanannya. Najib juga pernah memimpin Pemuda Umno bermula Mei 1988 sehingga 1993.

Trofi anugerah disampaikan oleh Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh kepada Najib yang diwakili oleh anaknya, Nizar dan adiknya Nazifuddi bagi pihak keluarga.

Pada majlis itu, kedua-dua mereka tidak dapat menahan diri daripada sebak dan menitiskan air mata.

Sebuah video turut ditayangkan kepada perwakilan Pemuda Umno yang menceritakan sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang berkecimpung dalam politik.

Dewan Tun Razak kemudiannya bergema dengan laungan Bossku yang sinonim dengan nama Najib.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Nizar berkata bahawa ahli keluarganya menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha membebaskan bekas ahli parlimen Pekan itu.

Katanya, ia termasuk membentangkan sebarang usul pada perhimpunan agung tahun ini atau menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dijangka menghadiri perhimpunan itu esok.
"Saya serah kepada kepimpinan parti melaksanakan kebijaksanaan mereka menentukan apakah langkah-langkah sewajarnya membantu ayanda dibebaskan.

"Sudah tentu selaku ahli keluarga saya sangat berharap suatu akan dilakukan agar beliau dapat pembelaan yang secukupnya dan dibebaskan dalam masa yang terdekat," katanya.

Pada 31 Mac lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-1, menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan terhadap kes rasuah SRC International.

Keputusan itu selari dengan keputusan pada 23 Ogos tahun lepas oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengekalkan keputusan bersalah Najib serta hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan.
Umno yang kini menjadi parti penting dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan terhadap Najib.

Tindakan itu memberi tekanan kepada Anwar yang turut berada dalam Lembaga Pengampunan - atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan - yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung permohonan itu.

Najib juga mempunyai tiga lagi kes mahkamah jenayah yang belum selesai - iaitu perbicaraan rasuah 1MDB , membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion, kes pengubahan wang haram SRC International berasingan melibatkan RM27 juta, dan kes pecah amanah International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM6.6 bilion.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/keluarga-harap-momentum-bebaskan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harap Najib Dibawa Keluar Secepat Mungkin Kata Rosmah

Harap Najib Dibawa Keluar Secepat Mungkin Kata Rosmah

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com 10 Jun 2023Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti itu akan memberi keadilan kepada Najib Razak KUALA LUMPUR Rosmah Mansor berharap ikrar yang dibuat seluruh ahli Umno di Dewan Merdeka semalam supaya suaminya Najib Ra...
Hak Umno Rayu Pembebasan Najib Belum Setahun Dalam Penjara Anwar Tak Harus Layan Desakan Umno Bebaskan Najib

Hak Umno Rayu Pembebasan Najib Belum Setahun Dalam Penjara Anwar Tak Harus Layan Desakan Umno Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 163 hits
Menjaga hati rakyat yang benci rasuah jauh lebih penting daripada menjaga hati UMNO yang tak sabar2 mahu Najib Razak dibebaskan BELUM SETAHUN DALAM PENJARA ANWAR TAK HARUS LAYAN DESAKAN UMNO BEBASKAN NAJIB Di depan Anwar Ibrahim yang dimuli...
Bebaskan Najib Segera Untuk Menang Prn Zaid Ibrahim

Bebaskan Najib Segera Untuk Menang Prn Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 185 hits
Ketika isu Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi membuat kunjungan terhadap Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di penjara belum lagi reda bekas Menteri undang undang Datuk Zaid Ibrahim pula menyeru agar DSNR dibebaskan segera Za...
Hollow Demands From Najib S Family For His Freedom

Hollow Demands From Najib S Family For His Freedom

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 227 hits
Last year it was the son Mohd Nizar Najib who compared his father s imprisonment to that of Nelson Mandela s experience He said his father would like what the South African anti apartheid leader did How do you compare a statesperson who sto...
Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 217 hits
Pemimpin akar umbi juga mengadu bahawa parti itu tidak mempunyai strategi yang jelas untuk menghadapi PRN di enam negeri akan datang Keputusan pemilihan parti yang diadakan pada Mac mungkin membayangkan bahawa presiden Umno Zahid Hamidi mem...
No Pardon For Najib Hints Anwar

No Pardon For Najib Hints Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 171 hits
The prime minister says those who plunder the people s wealth will be put in jail regardless of party or status Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday called for a stop to the plundering of the people s wealth saying those who steal will be...
Zahid As Najib Remains Jailed Many More Najibs Will Emerge

Zahid As Najib Remains Jailed Many More Najibs Will Emerge

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 214 hits
Former Umno leader Najib Abdul Razak may be in jail but his struggle will be carried out by many more party members said his successor Ahmad Zahid Hamidi In his closing speech at the Umno annual delegates assembly today Zahid said Najib s t...
Berita Zahid Kunjung Najib Hancurkan Naratif Yang Di Cipta Oleh Musuh Umno

Berita Zahid Kunjung Najib Hancurkan Naratif Yang Di Cipta Oleh Musuh Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 172 hits
Untuk permulaan apakah naratif yang dicipta oleh musuh UMNO Naratif mereka ada lah bahawa kepimpinan UMNO sudah tidak pedulikan Nasib Datuk Seri Najib Razak didalam penjara Mereka cuba menghasut orang UMNO bahawa kepimpinan UMNO sudah seron...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal