Keluarga Hairan Pusara Abam Tak Putus Putus Dikunjungi Orang


Muhammad Azizul Osman Reaksi ibu kepada Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Sabariah Arshad bercakap semasa temubual di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK 
GOMBAK – Walaupun selepas lima hari kematian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam namun masih ramai orang menziarahi pusaranya di sini hari ini.

Malah keluarganya juga tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai terutama peminat Abam bagi menzahirkan rasa sedih mereka.

Ibunya, Sabariah Arshad walaupun terharu dengan kunjungan orang ramai itu namun timbul kehairanan apa yang telah dilakukan oleh arwah anaknya itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak sejak ‘pemergiannya’ Isnin lalu.

Setahu beliau, arwah anaknya itu hanya memberi sumbangan berupa wang ringgit kepada beberapa rumah anak yatim di sekitar Gombak sahaja.

“Dia (Abam) tidak pernah cerita tapi adalah dua tiga rumah anak yatim di bawah naungan arwah. Perbelanjaan semua dia tanggung.

“Itu sahaja yang saya tahu, yang lain tidak ada maklumat. Sebab dia tidak pernah bercerita kepada saya. Tapi kalau dia bagi sumbangan kepada anak yatim dia ada bawa saya sekali,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum itu, ramai pihak melahirkan rasa bangga dan terharu apabila ribuan umat Islam hadir ke Masjid Gombak Utara di sini dan Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu bagi proses pengkebumian Abam baru-baru ini.

Justeru itu, menurut Sabariah, arwah terlalu berahsia orangnya dan enggan menceritakan apa-apa butiran mengenai segala yang beliau buat di luar rumah.

“Dia tidak pernah cerita pun kepada kami apa amalan dia selama dia hidup, dia balik rumah buat hal sendiri. Langsung dia tak pernah cerita kepada kami. Tapi kalau kampung ini nak buat gelanggang badminton, mereka akan datang jumpa Abam. Berapa nak, dia tanya?

“Abam bagi sumbangan kepada siapa, kami tidak dimaklumkan. Jadi, apa yang kita buat kami tidak tahu, cumanya sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, kami tahu,” katanya dengan mata yang berkaca.

Sabariah turut berkata, anaknya itu suka membantu rumah anak yatim yang memerlukan.

Baginya, anak-anak yatim itu lebih kepada adik-beradik beliau yang sangat memerlukan bantuan pada masa itu.

“Dia marah kalau kita sebut anak yatim,” katanya dalam nada sebak.

Reda dengan pemergian Abam, Sabariah berkata, arwah merupakan seorang anak yang baik, patuh kepada ibu bapa dan tidak pernah meninggikan suara kepadanya.

Malah Abam merupakan anak yang sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.

“Dia memang anak yang patuh kepada ibu bapa. Saya dulu kahwin lain dia tahu bapa tiri dia yang bela dia. Dia memang terpilih anak saya seorang ini, dia baik hati.

“Kalau dia nak pergi luar kawasan, dia akan tinggalkan duit belanja siap-siap pada saya. Dia memang baik hati, tidak pernah melawan saya,” katanya lagi.

Ahli kumpulan pelawak Bocey itu meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi Isnin dipercayai akibat demam panas.

Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Abam tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh. -MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/keluarga-hairan-pusara-abam-tak-putus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 385 hits
Al fatihah Hari ini kita dikhabarkan dengan berita sedih pemergian seorang insan seni Abam Bocey yang telah menghadap illahi pagi tadi Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang baru sahaja berusia 5 bulan Semoga rohnya di tempatkan be...
Saya Hairan Fikirkan Amalan Apa Yang Abam Lakukan Hingga Begini Allah Muliakan Hari Akhirnya

Saya Hairan Fikirkan Amalan Apa Yang Abam Lakukan Hingga Begini Allah Muliakan Hari Akhirnya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 399 hits
Kita telah dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal yang tidak disangka sangka pada awal pagi semalam Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey telah pergi meninggalkan isteri dan ...
Hilang Ayah Anak Abam Tak Putus Dapat Kasih Sayang Daripada Sahabat2 Baik Arwah

Hilang Ayah Anak Abam Tak Putus Dapat Kasih Sayang Daripada Sahabat2 Baik Arwah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 364 hits
Baru berusia lima bulan anak kepada Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey Syed Umar Mokhtar Al Juffrey masih tidak mengenal apa itu erti kehilangan Perit untuk diterima namun itulah hakikatnya bahawa anak kecil ini bakal memb...
Mb Pengorbanan Keluarga Abam Bocey Dihargai

Mb Pengorbanan Keluarga Abam Bocey Dihargai

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 497 hits
GOMBAK 21 FEB Pengorbanan Allahyarham Abam Bocey dan keluarganya yang banyak membantu pada sebelum dan selepas pilihan raya umum lalu amat dihargai kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri Besar berkata beliau merakamkan takziah kepada ke...
Ada Wanita Merayu Rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam Penjaga Kubur

Ada Wanita Merayu Rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam Penjaga Kubur

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 551 hits
Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau Dalam satu vi...
Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 659 hits
Ali puteh diuji sekali lagi dengan pemergian abang tersayang iaitu Abam Bocey dan sebelum ini Ali juga telah kehilangan anak perempuannya tiga bulan lalu Terlalu perit seseorang itu untuk melalui dugaan macam ini tambah tambah lagi orang ya...
Achey Minta Semua Bantu Naikkan View Nyanyian Abam Berjudul Si Kasih Di Youtube

Achey Minta Semua Bantu Naikkan View Nyanyian Abam Berjudul Si Kasih Di Youtube

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 687 hits
Semalam seluruh rakyat Malaysia turut merasai pemergian Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang meninggal dunia di rumah kediamannya pada usia 32 tahun Arwah Abam juga telah selamat dikebumikan semalam dan kita dapat m...
3 Amalan Ini Buatkan Jenazah Allahyarham Abam Bocey Dimuliakan Allah Lebih 2000 Orang Hadir Solatkan Jenazahnya

3 Amalan Ini Buatkan Jenazah Allahyarham Abam Bocey Dimuliakan Allah Lebih 2000 Orang Hadir Solatkan Jenazahnya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1006 hits
Alhamdulillah Walaupun sudah sehari masih ramai yang memperkatakan tentang Allahyarham Abam Bocey Baru MF tahu yang Abam ni muda dari MF rupanya Untung dia Muda lagi Allah dah angkat dia Kita Hmmm muhasabahdiri Dan macam macam berita yang b...
Tuhan Merahmati Perjalanan Abam

Tuhan Merahmati Perjalanan Abam

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 325 hits
sumber gambar cempedak cheesesemalam mendung sedari pagi emak ada whatsapp aku sidai baju dekat luar ke mendung kan aku tak sangka mendung sebab langit akan memayungi kepergian abam langit seolah mengerti kita akan kehilangan orang orang ba...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law