Keluar Umno Bersih Tuntut Pilihan Raya Semula



(MG) – Pilihan raya perlu dilakukan semula susulan tindakan besar-besaran wakil rakyat UMNO sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen meninggalkan parti itu.
Sekretariat Bersih Sabah berkata, pilihan raya harus dibuat semula bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan calon yang tepat bagi kerusi tersebut yang lebih berprinsip dan jujur kepada perjuangan membela rakyat.
Menurutnya, tindakan wakil-wakil rakyat yang keluar parti secara beramai-ramai itu disifatkan sebagai perbuatan curang dan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Ini kerana, rakyat memilih wakil-wakil rakyat berdasarkan manifesto serta platform parti politik yang mereka wakili.
Lantaran itu, Bersih Sabah mengingatkan Pakatan Harapan supaya menolak wakil-wakil rakyat yang bertindak demikian dan menyatakan sokongan kepada parti pemerintah.
“Sebelum ini kami pernah memberi amaran budaya lompat parti pada kenyataan media bertajuk ‘Hormat Suara Rakyat, Hentikan Budaya Melompat, Utamakan Prinsip’ pada 12 Mei 2018 sejurus selepas pembentukan Kerajaan Negeri Sabah.
“Gesaan yang serupa dilaungkan oleh Bersih 2.0 pada 1 November 2018 apabila pendedahan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berikutan 40 Ahli Parlimen UMNO yang katanya akan menyertai parti tersebut.
“Hari ini 5 Ahli Parlimen dan 9 ADUN UMNO Sabah telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Mahathir,” kata Sekretariat Bersih Sabah dalam satu kenyataan di sini.

Bersih Sabah berkata, sekiranya Pakatan Harapan mahupun Warisan menerima wakil-wakil rakyat tersebut maka terbukti Pakatan Harapan tidak mahu negara ini mempunyai demokrasi yang berkesan serta pihak yang dapat memberi teguran kepada sebarang polisi mahupun tindakan kerajaan.
Ini akan membuka ‘kotak pandora’ (membuka atau terbukanya aib) yang akan mengabsahkan segala tindak-tanduk kerajaan walaupun ianya salah.
Tegasnya, wakil rakyat harus tahu bahawa platform bagi memperjuangkan hak rakyat tidak terhad hanya menjadi penyokong kepada kerajaan sahaja.
“Menjadi pembangkang yang baik juga adalah satu bentuk perjuangan bagi menegur segala tindak-tanduk kerajaan yang dirasakan tidak absah serta perkara ini akan memperbaiki dengan lebih baik segala polisi-polisi yang bakal dibentuk kelak.
“Menjadi pembangkang bukanlah satu penghinaan malah ianya adalah platform yang berbeza bagi mengisi kemenangan dan berkhidmat kepada rakyat,” kata Bersih Sabah.
Malah, ia mengulangi gesaan agar pihak parti pemerintah menolak wakil rakyat yang melompat parti ini demi memastikan demokrasi dalam negara berjalan sebagaimana yang sewajarnya dengan mempunyai pembangkang yang kuat dan berpengalaman memerintah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/15/keluar-umno-bersih-tuntut-pilihan-raya-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Sahkan Pemimpin Umno Sabah Jumpa Beliau Sebelum Umum Keluar Parti

Dr Mahathir Sahkan Pemimpin Umno Sabah Jumpa Beliau Sebelum Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 573 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemimpin Umno Sabah yang umum keluar parti hari ini telah menemui beliau minggu lalu Ya mereka bertemu dengan saya dan memberi tahu saya mereka mahu meninggalkan Umno kata pengerusi Pakatan Harapan itu Be...
Selepas Tumbang Di Sabah Umno Berdepan Gelombang Kedua Keluar Parti

Selepas Tumbang Di Sabah Umno Berdepan Gelombang Kedua Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 520 hits
Minderjeet Kaur PETALING JAYA Sekurang kurangnya 32 ahli Parlimen Umno di Semenanjung sudah menukar taat setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad FMT difahamkan 5 daripada mereka sedia mengisytihar keluar parti yang sedang merawat daripada peng...
Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk S...
Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 696 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ada golongan bangsawan yang menjadi pendorong hampir kesemua pemimpin utama Umno Sabah bertindak keluar parti Dakwaan Khairy itu dibuat bagi menjawab soalan pengikutn...
Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 543 hits
Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangk...
Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 483 hits
Sekumpulan besar Anggota Parlimen Umno Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri keluar parti dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mereka termasuk Anggota Parlimen Beluran Ronald Kiandee Anggota Parlimen Kudat...
Ketua Penerangan Umno Sahkan 6 Lagi Mp Keluar Parti

Ketua Penerangan Umno Sahkan 6 Lagi Mp Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin Shamsul Anuar yang juga ahli Parlimen Lenggo...
Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO B...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi

Hey Dap Ketegangan Akmal Vs Dap Memuncak Di Jasin Menjelang Prn Melaka