Keluar Pekeliling Penjawat Awam Perlu Simpan Telefon Bimbit Sewaktu Bekerja Mpmmk



KUALA LUMPUR - Isu penggunaan telefon bimbit membabitkan penjawat awam bukan perkara baharu sebaliknya isu itu terus menjadi bualan dan rungutan orang ramai di negara ini.

Rata-rata orang ramai berasa tidak berpuas hati dengan sikap segelintir penjawat awam yang 'mengutamakan' telefon bimbit berbanding pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, sudah sampai masanya Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan pekeliling bagi melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan penjawat awam ketika waktu kerja terutama bagi mereka yang sentiasa berurusan dengan pelanggan.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana penggunaan teknologi itu ketika ini semakin disalahgunakan dan boleh dikatakan hampir 24 jam setiap hari berdamping dengan pemiliknya.

Menurutnya, akibat penggunaan telefon bimbit tanpa had masa, ia boleh menjejaskan produktiviti sekali gus membentuk satu tanggapan negatif dalam kalangan orang yang berurusan dengan pekerja berkenaan.

"Pekerja merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi yang berperanan menentukan hala tuju serta matlamat organisasi itu terlaksana dan tercapai.

"Apabila seseorang pekerja menyertai sesebuah organisasi, individu itu secara automatik bersetuju taat setia dan menyumbang keringat demi mencapai matlamat organisasi.

"Oleh itu, pekerja perlu memberi sepenuh komitmen terhadap organisasi, seterusnya meningkatkan produktiviti menerusi tanggungjawab dipikul, jika sewaktu bekerja pun menggunakan telefon bimbit, ia pastinya boleh menjejaskan produktiviti mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Mohammad Faiz berkata, kebiasaannya, penggunaan telefon bimbit di tempat kerja bukan untuk hal-hal yang berkaitan kerja tetapi lebih kepada bermain permainan atau memeriksa mesej peribadi.

Beliau berkata, tabiat 'melekat' dengan telefon bimbit boleh memberi kesan tidak baik dan membahayakan kesihatan.

"Paparan radiasi telefon bimbit terbukti memiliki kaitan dengan gangguan tidur, masalah jumlah sperma yang rendah sehinggalah tumor.

"Itu dinyatakan oleh Pengarah Kaji Selidik Alam Sekitar dan Toksikologi di Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat, Devra Lee Davis bahawa radiasi alat elektronik atau khususnya gajet mampu menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan," jelasnya.

Beliau dalam pada itu mempersoalkan bagaimana seseorang penjawat awam ingin membuat kerja yang produktif jika sentiasa membawa dan menggunakan telefon bimbit bersama semasa waktu berkerja.

"Jadi, MPMMK berharap cadangan ini diberikan penekanan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Jika ada urusan kecemasan pun, mereka boleh menggunakan telefon pejabat untuk berurusan.

"Mereka (penjawat awam) boleh menggunakan telefon bimbit pada waktu rehat bukan langsung tidak boleh menggunakannya. Apabila sambung kerja, simpan semula gajet itu," katanya.  #PDOhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/12/keluar-pekeliling-penjawat-awam-perlu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Undi Ph Penjawat Awam Lantikan Baru Bakal Digelar Kontraktor

Akibat Undi Ph Penjawat Awam Lantikan Baru Bakal Digelar Kontraktor

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 677 hits
Tahniah kepada pengundi muda yang bercita cita untuk menjadi salah seorang penjawat awam tiada lagi lantikan tetap bermula tahun 2020 Pastinya inilah yang mereka bangga bila memilih PH pada PRU 14 yang lalu bila bergelar sebagai kontraktor ...
Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR 9 Dis Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan Ini kerana telefon yang disambung...
Cuepacs Tiada Penjawat Awam Sabotaj Kerajaan Ph Hanya Masalah Komunikasi

Cuepacs Tiada Penjawat Awam Sabotaj Kerajaan Ph Hanya Masalah Komunikasi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 519 hits
Setiausaha agung Cuepacs Adnan Mat KUALA LUMPUR Insiden daulah terpendam atau rasa tidak puas dalam kalangan penjawat awam hati yang menyebabkan mereka mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan tidak berlaku Setiausaha agung Kongres K...
Selepas Bn Umno Kerajaan Ph Salahkan Penjawat Awam Pula

Selepas Bn Umno Kerajaan Ph Salahkan Penjawat Awam Pula

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 376 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 455 hits
KETAHUI HAK ANDA Sekiranya anda adalah penjawat awam tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan tajaan insuran perjalanan ke luar negara sekali setahun Jadi tuntutlah hak anda dan melanconglah setiap tahun Langkah langkahnya 1 Isi permohon...
Budak 3 Tahun Disahkan Rabun Kerana Kerap Menonton Kartun Di Telefon Bimbit

Budak 3 Tahun Disahkan Rabun Kerana Kerap Menonton Kartun Di Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 663 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari Tong Tong hanya...
18 Disember Ini Penjawat Awam Terima Bayaran Rm500

18 Disember Ini Penjawat Awam Terima Bayaran Rm500

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 438 hits
The ReporterBantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Dis ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebany...
Lima Peratus Bakal Dikurangkan Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan Ph

Lima Peratus Bakal Dikurangkan Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 638 hits
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional dahulu sentiasa menjaga kepentingan penjawat awam tetapi kini kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan bakal menyebabkan penjawat awam kehilangan punca rezeki Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 846 hits
Untuk mengundi sesiapa pun itu adalah hak anda yang dijaga oleh perlembagaan Anda berkerja dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan tidak bermakna anda wajib menyokong mereka Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab tidak akan sesekali...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri