Keluang Man Mengecewa Penonton Kerana Hanya Sekadar Nostalgia


 

Aku masih ingat zaman aku duduk bersila depan TV, semata-mata nak tunggu Keluang Man kartun datang menyapa. 
Jadi bila filem live action Keluang Man pernah diumumkan tahun 2018 dulu, aku antara yang lompat gembira. Tapi malangnya sepi tanpa aksi Llma kot aku tunggu. Sampai dah kerja, dah rasa penat hidup, baru filem dia muncul tahun 2025. Dan bila akhirnya aku duduk dalam panggung, popcorn tangan kiri, harapan tangan kanan... aku keluar dengan rasa bercampur. Macam minum kopi sejuk – pahit pun ada, sedap pun ada, tapi rasa "boleh lagi ni".
 
ADA YANG BUAT AKU TERGELAK, TAPI JUGA MENGELUH
1. Reveal Hero Yang Anti-Klimaks
Aku tak harap efek Marvel, tapi at least bagilah moment hero keluar dengan gaya. Tapi Keluang Man diperkenalkan sangat hambar Macam… hilang angin. Sayang, sebab moment itu boleh jadi epik.
2. Pop Culture & Dialog Ulangan – Letih Dengar
Lawak memang ada. Kadang aku tergelak sebab unexpected. Tapi bila banyak sangat rujukan pop culture macam sekadar nak pandai-pandai ambil hati penonton Gen Y, terus jadi macam checklist. Tambah pula dialog yang diulang-ulang macam “Ini bukan Batman, ini cerita lain” – sekali dua boleh tahan, tapi bila dah ulang banyak kali, rasa insecure pula filem ni dengan identiti sendiri.
3. Product Placement Terlalu Jelas
Wonda Coffee muncul macam iklan raya. Aku faham penaja penting, tapi bila dah masuk scene macam iklan YouTube, ia ganggu pengalaman menonton. Terasa “hard sell” sangat.
4. CGI Masih Perlu Diperbaiki
Ada babak yang CGI dia okay, ada juga yang nampak “keras” – tak blend dengan dunia sebenar. Tapi aku tetap nak puji sebab kita makin berani cuba benda-benda macam ni. Tak sempurna, tapi tak kayu.
5. Skrip Ada Yang Mantap, Ada Yang Macam “Try Hard”
Ada moment skrip dia bersahaja dan kena, tapi ada juga babak kelakar yang rasa dipaksa sangat. Nas-T bawak watak Borhan dengan baik, dan Rosyam Nor serta Remy Ishak memang berikan yang terbaik. Tapi watak Shahrol Shiro dan beberapa pelakon lain macam tak digunakan sepenuhnya. Sedikit kecewa sebab potensi tu ada.

DAN INI PULA YANG AKU NAK TABIK
1. Pacing Cerita On Point
Tak meleret. Aku tak sempat bosan. Filem ni tahu bila nak bergerak, bila nak berhenti, dan bila nak hentam emosi. Setiap babak ada fungsi, ada “weight”.
2. Visual & Bunyi Yang Padu
Lighting cantik, tone warna dia ada gaya tersendiri. Cinematografi ada cita rasa. Background score pun sedap telinga, tak over.
3. Babak Aksi Mantap
Untuk filem Malaysia, ni antara scene lawan yang paling best. Tak shaky sangat, choreography pun kemas. Kamera tahu bila nak ikut, bila nak biar steady. Lagi adegan meletup
4. Watak borhan yang menjadi
Watak Borhan memang menjadi bukan “gila suka-suka”. Ada trauma, ada luka, ada beban. Dan filem ni berjaya tunjuk sisi tu. Kita bukan je tengok superhero, tapi juga struggle manusia yang hilang arah. Tapi satu je aku harap lebih baik – build-up dia dari “Borhan” ke “Keluang Man” terlalu cepat. Tiba-tiba je dah siap kostum, macam tempah dekat Shopee.

KESIMPULAN AKHIR – FILEM YANG JUJUR, TAPI MASIH BELUM CUKUP BERANI
Keluang Man (2025) bukan filem superhero biasa. Dia bukan nak jadi “blockbuster” penuh letupan. Dia filem yang nak kita ingat semula — siapa Borhan, apa yang dia perjuangkan, dan betapa “gila” itu bukan semestinya kelemahan.
Filem ni buat aku ketawa, buat aku terdiam, dan paling penting — buat aku terfikir. Tapi sebagai peminat, aku juga tak boleh nafikan: masih banyak ruang nak dibaiki. Dari segi ton cerita, skrip, continuity, sampai ke bab emosi.
Kalau ada Keluang Man 2, aku harap dia akan lebih yakin, lebih tajam, dan lebih fokus. Tak perlu ulang dialog, tak perlu terlalu nak pandai-pandai buat lawak. Just jadi diri sendiri — itu dah cukup.
Tapi aku juga tahu ini bukan penamat. Mungkin, ini permulaan. Versi pertama ni macam langkah pertama yang goyah. Kalau ada Keluang Man 2, aku harap diorang lebih yakin, lebih teliti, dan lebih berani untuk bercerita tanpa bersandar pada nostalgia semata.
Sebab bagi aku, Keluang Man bukan sekadar nostalgia. Dia lambang satu potensi. Dan potensi tu belum betul-betul digilap lagi.
Sebab bagi aku, Keluang Man ada satu kuasa yang tak semua hero ada:
Dia bukan datang dari langit. Tapi dari tempat yang kita selalu abaikan – kepala kita sendiri.
so rating aku 7/10.
 Mana yang cakap teruk sangat itu, janganlah macam itu bagi peluanglah, pada aku kepada mereka yang tak mengikut cerita versi kartun pun masih boleh layan lagi.  
 Satu hal yang paling sedih, di pawagan semakin sedikit tayangan Keluang Man, jumlah kutipan masih belum diketahui, adakah Keluang Man Gagal ? 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2025/06/keluang-man-mengecewa-penonton-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 306 hits
Filem Keluang Man memang tengah hangat sekarang Tapi pelik juga ada yang puji melambung ada yang kritik habis habisan Kenapa boleh jadi macam tu 1 Harapan tinggi sangat Ramai yang membesar dengan kartun Keluang Man dulu jadi bila dengar ada...
Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 1404 hits
Filem Keluang Man Superhero OG Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025 Assalamualaikum semua Siapa sangka dari siri animasi ke layar perak Keluang Man kini muncul semula dalam versi filem Kalau korang membesar dengan siri animasi...
Keluang Man Wonda Fun Run Menghimpunkan Lebih 7 000 Peminat

Keluang Man Wonda Fun Run Menghimpunkan Lebih 7 000 Peminat

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 199 hits
Assalammualaikum semua Pada 18 Mei 2025 telah berlangsung acara larian 5KM Keluang Man WONDA Fun Run di Datararan DBKL Acara ini julung kali diadakan di Kuala Lumpur bersama barisan pelakon filem Keluang Man Seawal 4 pagi kami sekeluarga be...
Hiburan Wanita Ini Mohon Nafkah Bulanan Rm8k Hakim Putuskan Hanya Layak Rm4 Sebulan

Hiburan Wanita Ini Mohon Nafkah Bulanan Rm8k Hakim Putuskan Hanya Layak Rm4 Sebulan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 230 hits
Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini baru baru ini telah menolak rayuan seorang wanita yang menuntut nafkah bulanan sebanyak 2 500 dolar Singapura daripada bekas suaminya Menurut laporan The Straits Times hakim berkenaan ba
Hiburan Dah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan Saya Hanya Fokus Dengan Karier

Hiburan Dah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan Saya Hanya Fokus Dengan Karier

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 282 hits
Penyanyi popular Hael Husaini tampil menafikan dakwaan yang dirinya sedang mengikat tali pertunangan dengan Dayang Nurfaizah seperti yang diperkatakan oleh orang ramai baru baru ini Memetik laporan Harian Metro Hael berkata segala spekulasi...
Setiap Orang Ada Jalan Ceritanya Jodohnya Ada Hanya Takdir Yang Berbeza

Setiap Orang Ada Jalan Ceritanya Jodohnya Ada Hanya Takdir Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 246 hits
ehsan google Setiap Orang Ada Jalan Ceritanya Jodohnya Ada Hanya Takdir Yang Berbeza Setiap daripada kita berjalan atas jalan yang berbeza Ada yang cepat sampai ke destinasinya ada yang masih merangkak perlahan ada juga yang terpaksa berhen...
Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 580 hits
Baru baru ini satu kes hibah takaful bernilai RM1 juta menjadi tular apabila keluarga mentua mencabar penamaan hibah tersebut di mahkamah Kes ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan hibah bersyarat dan bagaimana ia boleh dicabar di mahk...
Puteri Khareeza Feat Kai Deva Hanya Kamu Chord

Puteri Khareeza Feat Kai Deva Hanya Kamu Chord

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 183 hits
C m B A B C m B Pergi Dan Kembali A Tawar Kecewa B Luka Di Hati C m Makanan Jiwa B Pergi Dan Kembali A Langit Terbelah B Resah Di Hati A Tiada Terolah B Tanya Diri C m B Kemana Haluanku Pergi A B Tangan Ini F m Menjadi Penentu B Mengubah Ta...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih