Keluang Man Wonda Fun Run Menghimpunkan Lebih 7 000 Peminat


Assalammualaikum semua! Pada 18 Mei 2025 telah berlangsung acara larian 5KM Keluang Man WONDA Fun Run di Datararan DBKL. Acara ini julung kali diadakan di Kuala Lumpur bersama barisan pelakon filem Keluang Man. Seawal 4 pagi kami sekeluarga bersiap dan terus memandu ke lokasi acara.
Sejak pengumuman tentang Keluang Man WONDA Fun Run pada 23 April 2025, pendaftaran dari para peserta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara Larian sejauh 5 kilometer ini bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan bersama program Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran DBKL. 
Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man. Nak lagi best, 1,000 peserta terawal yang telah mendaftar akan menerima jersi eksklusif dan merchandise Keluang Man secara PERCUMA! 
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Acara larian ini adalah PERCUMA sepenuhnya. Walaupun percuma, acara dilaksanakan secara terkawal seperti acara larian berbayar. Booth untuk pemberian pakaian jersey ditambah kepada 2000 peserta terawal. Seawal 3 pagi peserta sudah mula beratur. Selain jersey, kami menerima lapel pin Keluang Man Wonda, topeng kertas dan borang cabutan bertuah. Persediaan lokasi yang luas dan selesa. Ada ruang untuk bergambar bersama backdrop Keluang Man.  
Sepanjang 5KM larian, kami sekeluarga sangat gembira berlari di kawasan Kuala Lumpur. Walaupun ini merupakan tahun ke-12 penganjuran Car Free Morning oleh DBKL. Ini adalah kali pertama Ruby hadir bersama seisi keluarga. Bila lagi nak berlari di Kuala Lumpur kan? Semasa Flag-Off, kami dihiburkan oleh Pancaragam DBKL, siap ada gendang! Kemudian kami dapat tengok Unit Berkuda DBKL juga! Teruja betul! 

Gaya hidup aktif perlu diteruskan agar kesihatan kita lebih terjaga. Laluan Jalan Raja Laut. laluan kami ulang alik pergi kerja dan laluan meriah dengan kesesakan trafik semasa bulan Ramadan. Hari ini, kami boleh berjalan dan berlari dengan tenang. 5KM ni agak mencabar untuk pelari pasif macam kami. Bawa anak-anak sebagai pembakar semangat untuk terus berlari. Hehehe. 
KELUANG MAN WONDA FUN RUN



Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Acara itu menandakan kerjasama pertama Keluang Man dan Wonda Kopi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Car Free Morning.

‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Dataran DBKL dengan penyertaan lebih 7000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur. Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe, dan wakil dari DBKL, YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Bersempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) edisi 18 Mei 2025, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa bagi melepaskan peserta-peserta KLCFM pada pagi ini

Pelepasan telah dilaksanakan melibatkan penyertaan daripada peserta Keluang Man Wonda Fun Run. Penganjuran edisi kali ini turut menyerlahkan semangat kolaborasi antara pelbagai pihak merangkumi sektor awam, pihak swasta, masyarakat sivil dan komuniti tempatan. Pendekatan 4P – Public, Private, People, Partnership yang diterapkan membuktikan bahawa kejayaan sesuatu inisiatif bandar raya bergantung kepada penglibatan menyeluruh semua pihak

KLCFM bukan sekadar aktiviti riadah dan fizikal, malah menjadi medium advokasi penting ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang sihat, mesra alam, lestari dan berdaya huni untuk semua

Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ hari ini. Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian.”

Terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio nombor 1 paling legit di Malaysia, ERA dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.

Dalam pada itu, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.

Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan semalam selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. Keluang Man mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari. 
Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. 

Terima kasih Astro Shaw, Keluang Man, Wonda dan Decathlon


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/keluang-man-wonda-fun-run-menghimpunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 145 hits
Sebanyak 142 535 kes kehilangan kad pengenalan direkodkan tahun lalu membabitkan 50 peratus daripada keseluruhan 285 568 kes dan majoritinya melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun Memetik laporan Berita Harian Menteri B...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 247 hits
NOR AINNA HAMZAHKeadaan kebakaran membabitkan ladang ternakan ayam telur berkeluasan lebih kurang 10 ekar di Ladang Bukit Bertam Jalan Linggi Lubuk Cina di sini pagi tadi IHSAN POLISREMBAU Sebanyak 11 kandang ayam telur yang diperbuat darip...
Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 185 hits
Filem Keluang Man memang tengah hangat sekarang Tapi pelik juga ada yang puji melambung ada yang kritik habis habisan Kenapa boleh jadi macam tu 1 Harapan tinggi sangat Ramai yang membesar dengan kartun Keluang Man dulu jadi bila dengar ada...
Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 207 hits
Keluang Man Bakal Terima Tentangan Hebat dari Ejen Ali Jika ia Mahu Bersaing Dalam Genre Adiwira yang Serius dan Dark Setelah bertahun menunggu dan berharap diacah dengan pelbagai poster dan gambaran tak jadi akhirnya kita bakal menerima na...
Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 240 hits
Filem Keluang Man Superhero OG Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025 Assalamualaikum semua Siapa sangka dari siri animasi ke layar perak Keluang Man kini muncul semula dalam versi filem Kalau korang membesar dengan siri animasi...
Perak Provides Rm5 000 Aid To Families Of Fru Officers Killed In Accident

Perak Provides Rm5 000 Aid To Families Of Fru Officers Killed In Accident

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 112 hits
IPOH The Perak government has announced a RM5 000 financial aid package for each family of the nine Federal Reserve Unit personnel who died in a road accident on May 13 Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad noted that similar aid had bee...
Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 123 hits
KUALA LIPIS Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is
Sami Curi Dana Kuil Lebih Rm38 7 Juta Untuk Berjudi

Sami Curi Dana Kuil Lebih Rm38 7 Juta Untuk Berjudi

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 149 hits
AgensiBangkok Polis Thailand menahan seorang sami disyaki menyeleweng lebih 300 juta baht daripada dana derma kuil terkenal yang dipimpinnya Phra Thammachiranuwat dari kuil Wat Rai Khing di pinggir barat Bangkok dituduh memindahkan wang dar...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan