Kelopak Mata Bengkak Ini Antara Penyebab Utama Mata Bengkak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah harapannya semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baur-baru ini berlaku pada diri aku sendiri iaitu secara tiba-tiba kelopak mata di sebelah kanan menjadi bengkak. Situasi ini menjadikan penglihatan di sebelah kanan agak terbatas dan rupa wajah kelihatan kelakar.
Lama jugak aku memikirkan apa yang berlaku, mengapa berlaku dan sampai bila kelopak mata itu akan bengkak. Alhamdulillah, melalui beberapa pembacaan di laman web tentang situasi itu, akhirnya aku sendiri memahami apa yang terjadi.
KELOPAK MATA BENGKAK? INI ANTARA PENYEBAB UTAMA MATA BENGKAK
Melalui pembacaan aku, ada beberapa sebab dan punca mengapa terjadinya mata bengkak. Alhamdulillah apa yang aku alami tidaklah teruk kerana selepas beberapa jam, kelopak mata kembali ke rupa asal. Oh ya, situasi itu terjadi di waktu malam, di mana aku tidak perlu berjumpa sesiapa jadi ia tidaklah serius. Jom lihat antara punca mata bengkak
#1 MENANGIS PUNCA MATA BENGKAK SECARA TIBA-TIBA
Tangisan menyebabkan cecair terkumpul di sekitar mata anda, yang kemudiannya menyebabkan bengkak dalam waktu yang singkat. Pembengkakan bawah mata yang berlaku sekali-sekala disebabkan tangisan mungkin akan hilang dengan sendirinya
#2 MEROKOK MENYEBABKAN MATA BENGKAK SECARA TIBA-TIBA
Menghisap rokok, shisha, atau cerut boleh menyebabkan iritasi pada mata anda. Anda juga mungkin akan mengalami reaksi alahan jika anda merupakan perokok pasif. Ini boleh menjadikan air mata anda menjadi punca pembengkakan pada bawah mata
#3 TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI
Kajian mendapati bahawa tidak cukup tidur boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata. Ia juga boleh menyebabkan kelopak mata terkulai, mata yang merah, dan lingkaran hitam di bawah mata. Tanda-tanda lain adalah kulit yang pucat dan mulut terkulai. Kurang tidur boleh melemahkan otot di sekitar mata anda. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan kolagen iaitu tisu elastik yang terletak pada bawah mata. Ini menyebabkan cecair terkumpul di kawasan tersebut lalu menjadikan kawasan pada bawah mata anda membengkak
Baca Juga : Petua Hilangkan Selesema Dengan Cepat & Senang
#4 KECEDERAAN PADA MATA Goresan atau lekukan kecil di sekitar mata boleh berlaku disebabkan oleh kuku jari anda sendiri atau berus solek. Kecederaan pada mata boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata kerana badan anda menyembuhkan kulit yang nipis dan lembut di kawasan mata. Terkena sesuatu pada atau sekitar mata anda juga boleh menyebabkan bengkak pada mata. Hentakan daripada objek-objek tumpul boleh menyebabkan mata bergerak sedikit ke bawah dan kemudiannya kembali ke kedudukan asalnya. Ini membuatkan darah mengalir ke kawasan tersebut. Darah dan cecair akan memicu pembengkakan atau lebam di bawah mata anda
#5 ALAHAN PUNCA MATA BENGKAK SECARA TIBA-TIBA
Alahan boleh menyebabkan cairan berkumpul dalam sinus dan di sekitar mata anda. Ini boleh menyebabkan pembengkakan di bawah mata. Reaksi alahan juga boleh menjadikan mata anda menjadi merah, gatal, dan berair. Alahan adalah penyebab biasa mata bengkak. Ia berlaku kerana sel pelindung yang berada pada mata anda, yang disebut sel mast, mengeluarkan protein imun yang disebut histamin untuk melawan alergen. Ini menjadikan mata anda menjadi sensitif dan berair. Mata anda juga akan mengeluarkan air mata untuk membersihkannya daripada sebarang habuk atau alergen lain
#6 PENYAKIT GRAVE Penyakit Graves juga disebut sebagai penyakit mata tiroid. Ia berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak dapat menyeimbangkan hormon tiroid dalam tubuh anda. Penyakit Graves kadangkala boleh berlaku jika anda mengambil terlalu banyak ubat tiroid. Anda akan memerlukan rawatan dengan segera. Doktor anda mungkin mengesyorkan beberapa jenis ubat-ubatan atau rawatan lain
#7 PENGAMBILAN GARAM TERLALU BANYAK
Terlalu banyak kandungan garam atau natrium dalam makanan sememangnya tidak elok untuk tubuh atau penampilan anda. Garam tambahan boleh menjadikan badan anda mengekalkan kandungan air. Lebihan air dalam tubuh ini kemudiannya menyebabkan bengkak pada wajah dan badan anda. Ini biasa berlaku pada waktu pagi selepas anda makan makanan yang masin pada malam harinya
Baca Juga : Cara-Cara Untuk Hilangkan Sedu dengan Cepat
#8 JANGKITAN PADA MATA Jangkitan pada mata boleh menyebabkan mata bengkak pada satu atau kedua-dua belah mata. Anda juga boleh mengalami jangkitan pada bebola mata atau kelopak mata. Jangkitan dan pembengkakan biasanya akan terjadi pada sebelah mata terlebih dahulu, tetapi boleh merebak dengan cepat ke sebelah mata yang lain. Elakkan daripada menyentuh atau menggosok mata anda jika mengalami jangkitan. Jangkitan mata biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu. Anda mungkin memerlukan rawatan antibiotik untuk merawat jangkitan pada mata anda
#9 KELENJAR AIR MATA TERSEKAT
Kelenjar air mata anda berfungsi mengalirkan air mata dan cecair semula jadi dalam mata anda. Sekiranya kelenjar ini tersumbat, cecair mungkin terkumpul di sekitar mata. Ini boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata. Kelenjar air mata yang tersekat adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi, tetapi ia turut boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Penyumbatan kelenjar ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor jangkitan, alat solek, atau kecederaan pada mata. Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh setelah beberapa hari
#10 MONONUKLEOSIS Mononukleosis berpunca daripada serangan virus. Perubahan pada mata dan penglihatan, termasuk pembengkakan di bawah mata, mungkin merupakan tanda anda sedang mengalami mononukleosis. Jangkitan ini kadangkala disebut sebagai ‘penyakit ciuman’, tetapi anda juga boleh dijangkiti daripada bersin dan batuk individu lain
SEKIAN
RUJUKAN :HELLO DOKTORhttps://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lain/sebab-mata-bengkak/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/08/kelopak-mata-bengkak-ini-antara.html