Kelompok Tak Cukup Jumelohh Pasti Akan Terus Menyalak
HarapandailyFebruary 11, 2025Oleh JAMZURI ARDANI
Setelah lebih dua tahun Anwar Ibrahim jadi PM, saya nampak ada dua pencapaian penting beliau; pertama ialah kestabilan politik dan kedua ialah kestabilan ekonomi.
Ketika Anwar mula menjadi PM, negara kita baharu berhadapan dengan dua melapetaka besar; Langkah Sheraton dan Covid-19.
Langkah Sheraton adalah ibarat gemba bumi buat politik Malaysia. Ia telah menyebabkan politik negara hilang serinya. Kecurangan dan pembohongan para aktor politik negara telah menyebabkan rakyat terus hilang percaya kepada orang politik.
Kerajaan ‘Tebuk Atap’ pun gagal membina politik yang stabil akibat prasangka dan perebutan kuasa. Kestabilan politik negara telah menjadi mangsa besar Langkah Sheraton. Tanpa kestabilan politik negara tidak akan mampu bergerak ke hadapan.
Keputusan PRU-15 adalah titik baharu politik negara. Tidak ada blok politik yang berupaya membentuk kerajaan. Anwar cepat menghadam dan merangkul realiti dan keperluan politik baharu. Beliau segera tahu, masa untuk terus beretorik dengan politik lampau sudah tamat.

PMX di College of Europe di Brugge, Belgium pada 20 Januari lalu.
Keupayaan ini yang tidak ada pada pemimpin PN. Upaya politik mereka kerdil. Rangkulan politik mereka pendek. Jangkauan politik mereka bebal. Akhirnya, mereka terpaksa berpuas hati berdiri di pentas ‘tak cukup jumelohh’.
Kerajaan Perpaduan bermula dengan pelbagai asakan dan cubaan untuk merungkai ikatannya. Namun, semakin lama ia semakin padu dan utuh. Hari ini politik Malaysia sudah semakin stabil. Igauan Langkah Sheraton semakin memudar dan kelam .. dan kabur!
Ini satu pencapaian penting PMX.
Dari sudut ekonomi, nampak jelas kedudukan ekonomi negara juga semakin stabil. Seluruh petanda ekonomi makro negara menunjuk ke angka yang positif. Masih tidak sempurna, tapi sangat stabil.
Ini satu pencapaian besar setelah ekonomi dunia dilanda kejatuhan besar akibat Covid-19 dan Perang Rusia Ukraine.
Ini juga satu pencapaian penting PMX.

PMX hadir pada Mesyuarat Perpaduan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2023. Foto Afiq Hambali.Saya sedar, PMX punya ‘hutang besar’ buat rakyat yang mendukung perjuangannya selama ini iaitu ‘perjuangan reformasi’. Namun, kita perlu berada di atas dunia nyata.
Reformasi institusi negara hanya boleh berlaku secara bermakna setelah kestabilan politik dan ekonomi direalisasikan.
Saya harap dan berdoa, kestabilan politik dan ekonomi ini kekal bagi membolehkan PMX melangkah ke fasa seterusnya yang pastinya lebih sukar dan mencabar.
Kelompok ‘tak cukup jumelohh’ pasti akan terus menyalak dan cuba mengambil apa sahaja kesempatan untuk menggugat apa yang dicapai oleh PMX.
Mereka akan terus mengocak emosi perkauman dan kebencian antara penganut pelbagai agama untuk menimbulkan kegawatan politik.
Mereka akan terus memetik angka-angka karut untuk menghasut rakyat agar marah dengan situasi ekonomi negara. Mereka akan gagal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/kelompok-tak-cukup-jumelohh-pasti-akan.html