Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee Optimus Prime Terus Hilang Rasa Berdebar


Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee, Optimus Prime, Terus Hilang Rasa Berdebar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Murid-murid SK Kuala Perai bergambar bersama maskot Sang Kancil, Bumblebee dan Optimus Prime yang berada di hadapan sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin. Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
Dua murid teruja apabila dapat bersalaman dengan maskot robot sebelum memasuki pekarangan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan. “Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel. Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
Zan Azriani. “Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
Saforah. “Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Baca artikel lain juga: Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan, Persiapkan 3 Perkara Ni!
Mulakan Dari Darjah 1 Guru Kongsi Cara Mudah Hafal Sifir Jadikan Anak Power Matematik
Kena Semak Senarai Sedia Anak Sebelum Dia Masuk Darjah 1! Penting Untuk Persiapan Mental Anak
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee, Optimus Prime, Terus Hilang Rasa Berdebar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/murid-tahun-1-dirai-dengan-maskot-bumblebee-optimus-prime-terus-hilang-rasa-berdebar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anzalna Nasir Dedah Rakan Hilang Selepas Diberi Pinjam Duit Dah 5 Tahun Dah Meninggal Kot Senyap Je

Anzalna Nasir Dedah Rakan Hilang Selepas Diberi Pinjam Duit Dah 5 Tahun Dah Meninggal Kot Senyap Je

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 193 hits
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia terpaksa berdepan dengan rakan rakan yang enggan membayar hutang sejak 5 tahun yang lalu Menurut Anzalna dia berasa segan dan malu untuk meminta wang miliknya itu var currentUrlTwo window location hostn...
Murid Tahun 4 Kritikal Rebah Depan Ustazah Akibat Tercekik Gummy

Murid Tahun 4 Kritikal Rebah Depan Ustazah Akibat Tercekik Gummy

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 129 hits
Mangsa dikatakan membeli dua biji gula gula gummy di luar kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan Kafa di Butterworth PETALING JAYA Murid Tahun Empat sempat menuju ke arah ustazah dengan wajah kebiruan sebelum rebah dipercayai tercekik gu...
Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 145 hits
AFPPOLIS dirakam berada di sebuah sekolah di Daejeon lokasi seorang guru menikam murid perempuan sehingga maut pada Isnin Foto Yonhap AFPSeoul Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di ...
Wanita Berusia 34 Tahun Yang Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Pantai Remis

Wanita Berusia 34 Tahun Yang Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Pantai Remis

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 156 hits
FMT ReportersYong Jia Yein kali terakhir dikesan meninggalkan rumahnya di Kondominium Pelangi Utama Rabu minggu lalu Keluarga Yong Jia Yein kali telah dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya di Pantai Remis PETALING JAYA Seorang wanita hilan...
Malaysia Terus Bebas Dari Sekatan Visa Mev

Malaysia Terus Bebas Dari Sekatan Visa Mev

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Malaysia tetap selamat daripada sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan yang dikenakan kepada 14 negara jelas menunjukkan keyakinan tinggi terhadap pengurusan Tabung Haji kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mo...
Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 122 hits
Di Malaysia kebanyakan marshmallow di pasaran adalah import dari luar negara dan status Halal mereka belum terbukti Namun seorang lelaki tempatan Nur Ikhmal Danial Zakaria sedang membina empayar dalam dunia marshmallow yang lembut dan manis...
Warga Emas Hilang Selepas Masuk Gua

Warga Emas Hilang Selepas Masuk Gua

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 123 hits
FMT ReportersKamardin Pin 61 dilapor tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas ke Gua Beringin yang terletak di belakang rumahnya Usaha mencari dan menyelamat Kamardin Pin 61 sedang dilakukan pihak berkuasa dengan bantuan penduduk setempat...
Hanya 2 Pesanan Sehari Song Jihyo Risau Perniagaan Jual Pakaian Dalam Tak Laku Luah Akan Terus Kerja Keras

Hanya 2 Pesanan Sehari Song Jihyo Risau Perniagaan Jual Pakaian Dalam Tak Laku Luah Akan Terus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 96 hits
Meskipun dibuka dengan penuh kesungguhan perniagaan Song Ji hyo nampaknya bermula kurang baik Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu Song Ji hyo telah melancarkan jenama terbarunya Nina Ssong yang memfokuskan kepada produk seperti pakaian d...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey