Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


Gula-gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik!
Insiden tercekik gula-gula ‘gummy eyeball’ yang mengorbankan nyawa seorang budak sekolah berusia 10 tahun di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini telah mengejutkan seluruh negara.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin telah disahkan meninggalkan pada pukul 11 malam, 20 Februari 2025 setelah bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang.
Gula-gula Gummy Punca Tercekik – ‘Gummy Eyeball’ Gummy eyeball itu sebenarnya apa?
Mungkin ramai ibubapa yang kurang tahu apa itu ‘gummy eyeball’ yang menjadi punca kes tercekik baru-baru ini. 
‘Gummy eyeball’ adalah sejenis gula-gula kenyal berbentuk mata yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ada macam-macam lagi bentuk lain gula-gula ini selain bentuk mata.
Gula-gula ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan seperti gelatin atau pektin, gula dan perisa buah-buahan. 
Gula-gula ini mempunyai tekstur yang licin dan kenyal serta bentuk yang bulat dan besar. Ini menjadikannya berisiko tinggi untuk menyebabkan tercekik terutamanya bagi kanak-kanak.
Kenapa Gula-gula Gummy sangat berbahaya?  Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.
 Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.
 Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.
 Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.
Kronologi Kejadian Kes Tercekik Kes tragik yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang pada 18 Februari 2025 baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak tentang bahaya gula-gula ini.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10 tahun, meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy eyeball ini.
Menurut laporan, Mohamad Fahmi dipercayai membeli dua biji gula-gula gummy di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah kebangsaan di Butterworth.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang, di mana mangsa dikatakan tercekik coklat tersebut dan mengalami kesukaran bernafas. 
Saksi kejadian, iaitu rakan mangsa, memaklumkan bahawa mereka berdua dalam perjalanan ke tandas ketika insiden berlaku. Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum saksi meminta bantuan guru kelas untuk membantu.
Pihak sekolah memberikan bantuan pernafasan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Seberang Jaya.
Tindakan Pihak Berkuasa Susulan kejadian ini, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, memaklumkan bahawa sepasukan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah turun padang untuk menyiasat kes berkenaan. 
Produk yang dikenali sebagai ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ itu berjaya dijumpai di sebuah premis di Jalan Sungai Dua, Butterworth sebelum disita sehari selepas kejadian. 
Siasatan lanjut berkaitan keselamatan produk makanan itu sedang dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM). 
Insiden ini telah meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya gula-gula jenis gummy, terutamanya yang berbentuk dan bersaiz yang boleh menyebabkan tercekik. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak kini lebih berwaspada dalam pemilihan makanan untuk anak-anak mereka.
Apa Perlu Dilakukan Apabila Tercekik? Apabila seseorang tercekik, tindakan pantas dan tepat boleh menyelamatkan nyawa. Salah satu teknik yang perlu dipelajari ialah teknik ‘Heimlich Maneuver’.
Teknik Heimlich Maneuver adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah tercekik, terutamanya bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari setahun.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila terjadi kes tercekik:
1. Langkah pertama adalah menilai tahap keterukan keadaan sambil kekal tenang. Jika mangsa masih boleh batuk atau bercakap, galakkan mereka untuk terus batuk dengan kuat kerana ini adalah mekanisme semulajadi badan untuk mengeluarkan objek tersangkut.
2. Sekiranya batuk tidak berkesan, teknik tepukan belakang boleh digunakan. Berdiri di belakang mangsa, condongkan badan mereka ke hadapan sedikit, dan tepuk bahagian belakang dengan kuat menggunakan tapak tangan sebanyak 5 kali. 
3. Jika ini tidak berjaya, lakukan teknik Heimlich Maneuver dengan melingkarkan tangan di pinggang mangsa, meletakkan kepalan tangan di atas pusat mereka, dan menekan ke dalam dan ke atas dengan kuat sebanyak 5 kali.
4. Ulangi kedua-dua teknik ini secara berselang-seli sehingga objek tersangkut keluar. 
5. Jika mangsa hilang kesedaran, mulakan CPR dengan segera dan hubungi perkhidmatan kecemasan. 
@afrocestor 🚨 Life-saving tip alert! 🚨 Did you know that knowing the Heimlich maneuver could save a child’s life if they’re choking? It’s a simple yet effective technique that every parent, caregiver, and anyone who spends time around kids should know. 👉🏽 Check out this quick video tutorial on our Instagram and TikTok channels to learn how to perform the Heimlich maneuver on a child. We want to give a huge shoutout to the original creators of this content for sharing such vital information. We’re simply using this video to educate and empower African immigrants in Canada and across the global diaspora, in line with the Canadian Fair Use Act. Remember, knowledge is power, and being prepared could make all the difference in an emergency situation. Let’s spread awareness and keep our little ones safe! #HeimlichManeuver #ChildSafety #FirstAid #FairUse 🌟#afrocestor #lagos #calgary #toronto #newyork
♬ original sound – AFROCESTOR Untuk bayi di bawah 1 tahun, letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas pangkuan anda dengan kepala lebih rendah dari badan, dan tepuk bahagian belakang di antara tulang belikat.
Jika Anda Sendiri Tercekik: Tumbuk perut sendiri dengan teknik sama, atau Tolak perut ke atas tepi meja Perkara Perlu Dielakkan Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk – ini boleh menyebabkan objek lebih masuk ke dalam Jangan beri air atau makanan untuk menelan benda yang tersangkut. Jangan biarkan tanpa tindakan! Jika mangsa tidak boleh bercakap atau batuk, bertindak segera. Ingatlah bahawa tindakan segera dan tepat adalah kritikal dalam situasi tercekik. Jika keadaan tidak bertambah baik atau mangsa hilang kesedaran, hubungi talian kecemasan dengan segera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gula-gula-gummy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gula-gula-gummy

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Mata Fahmi Bertakung Ketika Saat Terakhir Kanak Kanak Tercekik Gula Gula Gummy Eye Meninggal Dunia

Air Mata Fahmi Bertakung Ketika Saat Terakhir Kanak Kanak Tercekik Gula Gula Gummy Eye Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 139 hits
Ibu bapa kepada kanak kanak yang tercekik gula gula kenyal Fahmi Faiz reda dengan dengan pemergian anak mereka itu setelah beberapa hari bertarung nyawa di hospital Lapor Harian Metro Mohammad Fakhruddin berkongsi saat saat terakhir Fahmi d...
Pelajar Maut Akibat Tercekik Gula Gula Viral Gummy Eyeball

Pelajar Maut Akibat Tercekik Gula Gula Viral Gummy Eyeball

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 150 hits
Seorang kanak kanak di Pulau Pinang meninggal dunia selepas tercekik gula gula gummy eyeball Gula gula ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak k...
Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat buat semua Semalam LM dengar kisah seorang kanak kanak kritikal kerana tercekik setelah makan gula gula gummy mata setelah LM buat satu posting di FB tentang kisah Aish yang bawa balik gula gula ni ke rumah Kawa...
Tercekik Gummy Mata Kanak Kanak Lelaki 10 Tahun Masih Tak Sedarkan Diri

Tercekik Gummy Mata Kanak Kanak Lelaki 10 Tahun Masih Tak Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 120 hits
Tercekik gummy mata kanak kanak lelaki 10 tahun masih tak sedarkan diri Seorang kanak kanak dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula gula kenyal atau gummy berbentuk mata Tercekik Gummy Mata Kanak kanak ...
Murid Tahun 4 Kritikal Rebah Depan Ustazah Akibat Tercekik Gummy

Murid Tahun 4 Kritikal Rebah Depan Ustazah Akibat Tercekik Gummy

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 126 hits
Mangsa dikatakan membeli dua biji gula gula gummy di luar kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan Kafa di Butterworth PETALING JAYA Murid Tahun Empat sempat menuju ke arah ustazah dengan wajah kebiruan sebelum rebah dipercayai tercekik gu...
Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum Selamat Petang ISU BUDAK MENINGGAL AKIBAT TERCEKIK GUMMY Sehari dua ni kecoh pasal isu berkaitan dengan keselamatan anak anak terutamanya tentang seorang budak meninggal gara gara tercekik gummy Salam takziah buat ahli kelua...
Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 204 hits
Pemergian seorang kanak kanak yang tercekik gula gula gummy mata Allahyarham Mohamad Fahmi membuatkan hati kecil seorang insan bergelar ibu dan ayah turut terkesan dan bersedih Ibu dan ayah antara yang paling berang kerana gula gula dari Ch...
Govt Bans Gummy Candy That Pupil Choked To Death On

Govt Bans Gummy Candy That Pupil Choked To Death On

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 162 hits
Year 4 pupil Fahmi Hafiz Fakhruddin died in hospital on Thursday night after he choked on gummy candy similar to these on Tuesday PETALING JAYA The health ministry has banned the sale of a gummy candy that 10 year old Fahmi Hafiz Fakhruddin...
Tercekik Boleh Berlaku Tanpa Amaran Sama Ada Ketika Makan Atau Pada Kanak Kanak

Tercekik Boleh Berlaku Tanpa Amaran Sama Ada Ketika Makan Atau Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 135 hits
Tercekik boleh berlaku tanpa amaran sama ada semasa makan atau pada kanak kanak yang tertelan objek kecil JANGAN LAKUKAN INI Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk ini boleh menyebabkan objek lebih masuk ke dalam Jangan ...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini

Juadah Pagi Hari Raya 2025