Keliru Harga Lantai Getah Presiden Pugbm Ph Lintah Darat



Seorang penoreh, Mat Dali Saad memeriksa susu getah hasil torehannya di sebuah kebun getah di Kampung Katong, Arau, Perlis. Pekebun-pekebun kecil getah keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang akan berkuatkuasa Januari ini. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Pekebun kecil keliru dengan harga lantai getah

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Segelintir pekebun-pekebun kecil getah ketika ini didapati keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang akan berkuatkuasa Januari ini.Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab Rahman berkata, terdapat pekebun kecil getah yang beranggapan harga lantai tersebut adalah harga minimum yang perlu dibayar oleh pembeli-pembeli berlesan.Sedangkan jelasnya, maksud harga lantai yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2019 itu adalah kadar pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.20 kepada RM2.50.Tambahnya, ketika ini pekebun-pekebun getah mula membantah pembeli-pembeli getah berlesen yang tidak membuat bayaran mengikut harga lantai iaitu RM2.20 sekilogram."Mereka juga beranggapan mulai Januari 2019 setiap pembeli getah dikehendaki membeli getah dengan harga minimum RM2.50. Keadaan ini mengundang ketegangan di antara pekebun kecil getah dengan pihak pembeli-pembeli getah berlesen."Keadaan lebih merumitkan apabila di sesetengah kawasan terdapat pembeli-pembeli getah tanpa lesen membuat pembelian dengan harga lebih tinggi sedangkan mereka tidak menanggung apa-apa kos dan tidak terikat dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM), "katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, kerajaan akan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari ini.Langkah itu jelasnya, bagi mengelak pekebun getah terus terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi itu serta memastikan harga sekerap kembali stabil selepas mengalami kejatuhan kepada hanya RM1.90 sekilogram ketika ini.Dalam pada itu, untuk memberi penerangan lanjut, Kameruzaman turut memberi contoh harga lantai untuk IPG.Kata beliau, jika purata harga bulan Januari 2019 adalah RM1.80 sekilogram, bermakna tuntutan IPG yang akan dibayar adalah 70 sen bagi setiap kilogram jualan getah pekebun kecil yang seterusnya akan dibayar pada bulan Februari 2019."Jika purata harga bulan Februari adalah RM2.00, maka bayaran IPG yang akan dibayar atau tambah adalah 50 sen sekilogram yang akan dibayar dalam bulan Mac 2019."Pihak PUGBM bersedia untuk berkerjasama dengan agensi berkaitan seperti LGM dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengadakan majlis penerangan kepada masyarakat pekebun kecil getah di peringkat lapangan," katanya. - UTUSAN ONLINEKomen Weblog Ibnu Hasyim: "Keadaan lebih merumitkan apabila di sesetengah kawasan terdapat pembeli-pembeli getah tanpa lesen membuat pembelian dengan harga lebih tinggi sedangkan mereka tidak menanggung apa-apa kos dan tidak terikat dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM), "Kerajaan PH, sila selesaikan segera, jangan sampai kamu dianggap sebahagian dari lintah darat!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/keliru-harga-lantai-getah-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Getah Ini Realiti Akar Umbi

Harga Getah Ini Realiti Akar Umbi

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 310 hits
Harga getah terus menunjukkan trend kejatuhan Pekebun kecil getah merupakan kumpulan yang terus terhimpit apabila pendapatan harian mereka terjejas teruk akibat masalah ini Ada daripada mereka kehilangan hampir 60 hasil pendapatan mereka Ke...
Kaleidoskop 2018 Maju Mundur Kebijakan Presiden Jokowi Bikin Ramai Negeri

Kaleidoskop 2018 Maju Mundur Kebijakan Presiden Jokowi Bikin Ramai Negeri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 256 hits
Tahun 2018 menyimpan begitu banyak kejadian yang memantik diskusi dan polemik Pemerintah Jokowi JK pun tak lepas dari sorotan terkait beberapa kebijakan Tak hanya kebijakan yang berjalan pemerintah juga disoroti terkait beberapa kebijakan y...
Isu Logo Ciplak Adinda Ultras Perlis Beri Surat Terbuka Kepada Kekanda Presiden Pfa

Isu Logo Ciplak Adinda Ultras Perlis Beri Surat Terbuka Kepada Kekanda Presiden Pfa

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 346 hits
FOTO Perlis Northern Lions LOGO baharu Perlis Northern Lions yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Perlis baru baru ini menerima kecaman segelintir penyokong Singa Utara selepas tersebarnya pendedahan gambar singa pada logo itu sebenarnya dic...
Usul Pm Sepenggal Perlu Di Bawa Ke Majlis Presiden Ph

Usul Pm Sepenggal Perlu Di Bawa Ke Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 330 hits
Diterbitkan Hari ini 3 21 petangAGM Bersatu Cadangan untuk membolehkan Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal perlu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibincangkan Menurut Ketua Pemuda Parti Pribumi ...
Inayah Wahid Kita Mau Milih Presiden Bukan Pilih Nabi Jangan Bawa Agama

Inayah Wahid Kita Mau Milih Presiden Bukan Pilih Nabi Jangan Bawa Agama

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 393 hits
Putri bungsu Presiden keempat Abdurrahman Wahid atau yang akrab disapa Gus Dur Inayah Wulandari Wahid berharap Pemilu 2019 tidak lagi memainkan isu agama Dia menilai tidak seharusnya agama disangkutpautkan dengan politik
Hak Presiden Untuk Lantik Rafizi Kata Wan Azizah

Hak Presiden Untuk Lantik Rafizi Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 439 hits
p pPengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru baru ini
Lantikan Rafizi Adalah Prerogatif Presiden Parti Dr Wan Azizah

Lantikan Rafizi Adalah Prerogatif Presiden Parti Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 486 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azi...
Naib Presiden Bersatu Bodoh Kalau Tidak Guna Sumber Kerajaan

Naib Presiden Bersatu Bodoh Kalau Tidak Guna Sumber Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 404 hits
AGM BERSATU Pandangan bodoh kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa Rashid berkata demikian ketika se...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden