Kelemahan Penguatkuasaan Covid Bertambah Kenapa Orang Ramai Di Hukum
Sehari dua penyibaran covid 19 bertambah parah khasnya di Kuala Lumpur dan melibatkan kawasan pembinaan.
2. Kenapa jadi begitu? Kerana Penguatkuasa lemah khasnya di War Room Majlis Keselamatan Negara. Yang dia tahu mengutip data.
3. Maka nanti akan ada pengumumannya. Macam-macam angka diberikan sampai orang ramai pun tidak faham.
5. Perkaranya mudah, bukan terletak kepada Polis sahaja. Yang buat SJR-Sekatan Jalan Raya. Mengeluarkan surat izin lintas negeri dan menyaman mereka yang tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP.
6. PDRM tidak boleh mengurangkan Covid dan PDRM bukan perlaksana frontline penguatkuasaan Akta Penyakit Berjangkit. PDRM hanya pasukan sokongan.
7. Siapa yang sebenarnya? Kementerian Kesihatan dan MKN. Kedua agensi sangat penting dan pemain utama memutuskan rangkaian Covid 19.
8. Tetapi apa dia buat bagi pencegahan? Selain daripada memberi data dan juga mengistiharkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan. Di sana, disini dan di situ.
9. Jawab tidak ada. Jika ada MKN melakukan sudah tubuhkan Pasukan Pertugas Khas atau task force dengan melibatkan agensi lain.
10. Contuhnya ialah Adakah mereka telah pergi melawat di kawasan pekerja asing berkerja khas dikawasan tapak pembinaan?.
11. Adakah CIDB telah memberikan butir jumlah perkerja asing, Adakah salepas itu Jabatan Imigresen mengesahkan nama perkerja itu mempunya permit yang sah?.
12. Kemudian Adakah secara bersama DBKL, Jabatan Kesihatan. Jabatan Keselamatan Perkerja dan Agensi berkaitan telah melawat asrama mereka tinggal. Adakah benar, asrama pekerja untuk 50 orang, dikenal pasti jumlah yang sama.
12. Apa pun khabarnya sebelum satu operasi dimulakan.. Rahsia sudah pecah. Kontrektor telah menyediakan mengikut kehendak SOP.
13. Dalam kes Damanlela. Sepatut SPRM menyiasat bagaimana laporan sebelumnya semua baik. Tindakan mendakwa pegawai bertanggungjawab kerana telah menyibarkan penyakit berjangkit tetapi tidak dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.
14. Apa yang malang sekarang. Yang di hukum orang ramai. Rakyat di minta mematuhi berbagai SOP. Sebaliknya yang menyibarkan boleh terlepas.
15. Jika sudah wujud Kluster, saperti kluster Damanlela.. Ini bermakna pihak pemaju tidak mematuhi SOP. Dimana perkerja di saring suhu setiap masa.
16. Adakah CIDB tidak ada kaitan dalam perlaksanaan Akta Penyakit Berjangkit? Adalah satu pertanyaan?
Maka dalam keadaan Covid 19.. rasuah masih juga berjalan. Jadi soalan orang awam sekarang Adakah SPRM tidor dan tidak analisa apa susulan dan penyebab masih merebak virus pembunuh ini
Sang Kelembai
Nov 18, 2020
Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/11/kelemahan-penguatkuasaan-covid.html