Kelebihan Surah Yasin Dan Fadhilat Membaca Ayat Suci Ini Setiap Pagi




Surah Yasin (سورة يس) adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.

Sepertimana huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, begitulah juga Yassin yang terdapat pada permulaan ayat Surah Yasin ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Menurut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya dalam kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Surah Yassin juga dikenali sebagai 'Rafi'ah Khafidah' iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Sebaik-baiknya kita digalakkan membaca Surah Yasin selepas solat Dhuha. Insya Allah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki melimpah ruah tanpa disangka.

Kelebihan Membaca Surah Yasin Setiap Pagi


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."

Iaitu:

Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.Jika terpenjara akan dibebaskan.Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Keberkatan dan Fadhilat Surah Yasin

Antara kelebihan-kelebihan surah Yassin yang turut disebutkan di dalam banyak hadis adalah seperti yang dikongsikan di laman Facebook, antaranya :

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

6. Sesiapa membaca Surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.

Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.

7. Maqri rahmatullah 'alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

8. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

9. Sesiapa yang solat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

10. Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.

11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

12. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin dibacakan pada orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat rohnya dicabut, menghantarkan jenazahnya, berselawat untuknya, menyaksikan waktu penguburannya.

13. Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yasin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

14. Imam Ja’far Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki.

Surah Yasin ini juga amat baik dibacakan selalu ketika orang sakit, sedang nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.

Baca juga : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Video Surah Yasin Ayat 76 - 80

Surah Yasin ayat 76 dibaca untuk mententeramkan diri apabila kita difitnah, apabila kita rasa sedih, merasa sebak atau kecewa hati terluka. Cara untuk menenangkan diri dengan menggunakan bacaan ayat suci ini adalah dengan membaca sambil mengurut dada. Insya Allah hasilnya lega.


Video Kelebihan Surah Yasin Ayat 82

Surah Yasin ayat 82 adalah untuk dibaca kepada anak-anak yang degil, tak mahu dengar cakap atau kuat melawan. Ini salah satu ayat untuk melembutkan hati anak-anak. Sila tengok video bagaimana Ustaz Kazim ajar cara-cara untuk membacanya.


Video Surah Yasin Ayat 9


Bacalah surah Yasin ayat 9 ini setiap kali selepas solat, ditiup di tapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk jadikan sebagai benteng pertahanan diri dari segala gangguan. Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis sekeliling rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahu pun manusia.

Terjemahan Surah Yassin Ayat 9

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(9)

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar, janganlah meletakkan kebergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran.

Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. Jadikanlah ayat suci ini sebagai amalan harian dalam kehidupan kita agar diri kita sekeluarga dipermudahkan rezeki yang penuh keberkatan. Insya Allah. - ilmualam.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/01/kelebihan-surah-yasin-dan-fadhilat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Surah Yasin Ayat 58 Untuk Hajat Dimakbulkan Allah

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58 Untuk Hajat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 4786 hits
Ramai yang tahu kelebihan dan fadhilat surah Yassin yang sememangnya sangat baik diamalkan malah ia bukan sahaja untuk dibaca ketika ada orang yang meninggal dunia Adalah sebaiknya kita jadikan surah ini sebagai amalan harian dan surah Yasi...
Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 9492

Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 9492

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 3532 hits
Ruginya Kalau Anda Tak Tahu Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 Ini Surah Yasin adalah surah ke 36 dalam Al Quran Surah ini terdiri atas 83 ayat termasuk golongan surah surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al Jinn Dinamai Yasin karana di...
Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 9556

Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 9556

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 3121 hits
Keutamsan baca 2 ayatTerakhir Surah Al BaqarahPada waktu malam Para ulama menyebutkan bahwa siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al Baqarah maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya juga ia akan di...
Baca Surah Al Insyirah Tiup Pada Ubun Anak Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi

Baca Surah Al Insyirah Tiup Pada Ubun Anak Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 731 hits
Esok sesi persekolahan baru akan bermula tapi bagi yang berada di negeri negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ada yang sudah pun memulakan sesi persekolahan baru untuk tahun 2020 Pasti banyak drama yang akan berlaku terutamanya untuk...
Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 576 hits
Gambar HiasanBagi pasangan yang baru berumah tangga pastinya kemanisan merasai cinta itu sentiasa hangat dan membara Tetapi macam mana pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin Adakah rasa cinta sudah makin pupus dek kerana pelbagai fakt...
Hukum Makmum Berzikir Ketika Imam Membaca Surah

Hukum Makmum Berzikir Ketika Imam Membaca Surah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 313 hits
SOALAN Kalau saya tak faham surah yang imam baca ketika solat saya boleh berzikir tak JAWAPAN Solat dari sudut bahasa bermaksud doa Manakala dari segi istilah ia membawa maksud perkataan perkataan dan perbuatan perbuatan yang khusus yang di...
Surah Yasin Sebagai Jantung Al Qur An Ini Rahasia Dan Khasiatnya

Surah Yasin Sebagai Jantung Al Qur An Ini Rahasia Dan Khasiatnya

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 410 hits
Zaman sekarang rasanya tidak mungkin setiap muslim dapat mengkhatamkan al Quran dalam satu hari Oleh sebab itu kita bisa membaca jantungya yaitu surah Yasin Husin Naparin dalam karyanya Memahami Kandungan Surah Yasin mengatakan bahwa surah ...
Amal 7 Konsep Sedekah Ini Paling Mudah Baca Al Fatihah Setiap Pagi Jika Mahu Rezeki Kekal Mencurah Curah

Amal 7 Konsep Sedekah Ini Paling Mudah Baca Al Fatihah Setiap Pagi Jika Mahu Rezeki Kekal Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 566 hits
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau memberi kepada orang lain Tidak kisah banyak atau sedikit apa yang penting adalah keikhlasan Seperti contoh kisah Nabil yang memberi sedekah pada seorang pakcik ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik