Kelebihan Membaca Ayat Kursi
Kelebihan Membaca Ayat Kursi. hi there, siapa mau sentiasa dalam jagaan ALLAH? Lepas tu diutus 70 ribu malaikat untuk mendoakan kebaikan untuk kita? ayat yang banyak kebaikannya sehinggakan ketika ayat ni diturunkan, para malaikat beramai ramai bersama sama membawa ayat ni kepada kekasih ALLAH, nabi kita nabi Muhammad SAW ...
Dalam kita sedang busy busy buat kerja tu, apa kata kita baca ayat kursi ... sambil busy busy mau drive pigi tempat kerja, kita baca ayat kursi ... sambil mak mak suri semua jemur kain di ampaian, kita baca ayat kursi ....
Tak perlu susah2 kan otak mau baca berapa banyak, kita baca ja dalam hati sebanyak mana yang kita mampu, dan niat yang kita mencari keredhaan Allah SWT ... T_T ...
Daripada busy layan gosip berwhatsapp berfacebook, elok kita busy kan juga hati mulut kita ni bergosip baca ayat kursi, kot kot disenangkan urusan oleh Allah hendaknya ... xoxo.
Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana perkataan KURSI yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat, iaitu syiar atas kebesaran ALLAH yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi
Ayat Kursi (Ayat 255 daripada Surah Al-Baqarah)
Kelebihan Membaca Ayat Kursi1. Orang yang selalu membaca ayat kursi dicintai & dipelihara ALLAH sebagaimana dia memelihara Nabi Muhammad SAW
2. Sesiapa berwhuduk lalu membaca ayat Kursi sekali, nescaya ALLAH akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan ALLAH akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari kiamat
Baca Ayat Kursi Sebelum Keluar Rumah:3. Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka ALLAH mengutuskan 70 ribu malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
Kita ni hari hari keluar rumah, tinggalkan anak isteri, ibu bapa, keluarga semata - mata untuk bekerja, jadi ambillah peluang yang ALLAH berikan dengan membaca ayat kursi, insya allah kita dirahmatiNYA dan siap dihantar malaikat lagi untuk melindungi kita ....
4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Kursi, nescaya ALLAH akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH akan memberikan pertolongn kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya
7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, ALLAH hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Baca Juga : Amalan mudah ketika Tidur ; semoga tidur kita bernilai IBADAH
Baca Ayat Kursi 12x Pada Pagi Jumaat: 8. " sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat 2 rakaat, ALLAH memelihara daripadanya kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar"
9. Sesiapa membaca ayat Kursi, nescaya ALLAH mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaallah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Baca Ayat Kursi 170x : 11. Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali:
a) di tengah malam atau diikuti solat Hajat, insyaallah berhasil hajatnya (hajat yang baik2 saja tau!) b) memperolehi hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT c) meningkatkan kecerdikan dan terang hati d) terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita
Kelebihan Baca Ayat Kursi Setiap Kali Habis Solat Fardhu: 12. Sesiapa membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu,
a) berada dalam lindungan ALLAH hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan b) ALLAH menganugerahkan hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat c) ALLAH akan mengambil rohnya seprti orang yang berperang bersama para nabi sehingga syahid d) terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para MUJAHID yang berjihad berserta para ANBIYA e) ALLAH tidak menegah akan dia daripada masuk syurga f) dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu masuk syurga
Baca Juga: Doa Redha Ibu Kepada Anak Sebelum Tidur
Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur: 13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
a) ALLAH mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh. b) ALLAH akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya c) terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. d) ALLAH mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya. e) jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
a) mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. b) terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. c) ALLAH akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Allahu akbar ... sungguh banyak kebaikan membaca ayat Kursi kan ...
Korang pun jangan setakat baca entri ni tau, tapi sila la hafal dan amalkan ayat Kursi ..
Sama2 kita mencari keredhaan ALLAH ...
thanks for reading.
cheers.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
(sumber asal https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/01/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2016/01/70-ribu-malaikat-mendoakan-kebaikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)