Kelebihan Dan Keunikan Menternak Ayam Mutiara


Kita mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru, turkey), tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara, api-api atau unggas emas dan di negara Barat yang ia digelar Guinea Fowl misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi.


Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya, kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun, ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

Ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan tapi sekarang, harga induk ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Kalau beli terus dari ladang mungkin boleh dapat harga murah lagi.

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30-40 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.

Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual.

Ayam mutiara boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa. Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu.

Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur.

Keunikan lain ayam mutiara ini adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas. Ayam mutiara tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas.

Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati kerana faktor genetiknya yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.

Faktor itu juga turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

Daging ayam mutiara diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram.

Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang DitemuiAyam Dong Tao Hidangan Eksotik Paling Mahal di Dunia
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/01/ayam-mutiara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Aceh Pelihara Anak Orangutan Di Kandang Ayam

Warga Aceh Pelihara Anak Orangutan Di Kandang Ayam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 392 hits
Orangutan jantan yang diberi nama Sapto itu dievakuasi petugas Yayasan Orangutan Sumatera Lestari Orangutan Information Centre Evakuasi dilakukan setelah Balai Konservasi Sumber Daya Alam Aceh menginformasikan mengenai adanya orangutan yang...
Ayam Tandoori Dan Roti Nan Di Restoran Pak Putra Melaka

Ayam Tandoori Dan Roti Nan Di Restoran Pak Putra Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1325 hits
Restoran Pak Putra MelakaRestoran Pak Putra ni terletak di Jalan Kota Laksamana Melaka Tak jauh dari pusat bandar Melaka Dekat restoran ni orang datang nak makan roti nan ayam tandoori Restoran ni ala ala North Indian Pakistan Cuisine Antar...
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau

Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 831 hits
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau Singgah lunch jap on the way back Memang spesel Nasi ayam tu digoreng Ayam sambal dia memang pedas terangkat Marbeles Tetambah pulak dapat lemon ais Perghhhh Harga pun OK lepa...
Viral Mie Ayam Yang Dijual Seharga 2 Ribu Di Sragen Kini Pemiliknya Justru Banjir Rezeki

Viral Mie Ayam Yang Dijual Seharga 2 Ribu Di Sragen Kini Pemiliknya Justru Banjir Rezeki

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 320 hits
Ini kalau VA yang punya 80 juta jajan mie ayam di sini bisa dimakan orang satu kota deh kayanya Hehehe
Pak Chaa Char Kue Tiaw Satey Ayam Yang Patut Korang Cuba

Pak Chaa Char Kue Tiaw Satey Ayam Yang Patut Korang Cuba

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 493 hits
Hi Hari ahad lepas rasa macam nak makan Char Kue Tiaw pulak Memandangkan Mikhail pun jemu dah makan nasik jadi lepas fikir punya fikir kami pilih untuk makan di Pak Chaa Char Kue Tiaw je Dah lama kami tak makan kat sini sebab selalunya anAk...
Nasi Ayam Rm1 90 Sepinggan Masih Wujud Lagi Zaman Sekarang Dan Ianya Ada Di Besut

Nasi Ayam Rm1 90 Sepinggan Masih Wujud Lagi Zaman Sekarang Dan Ianya Ada Di Besut

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 825 hits
BESUT Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gon...
Resepi Ayam Masak Kurma Rupanya Semudah Abc Sahaja

Resepi Ayam Masak Kurma Rupanya Semudah Abc Sahaja

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1308 hits
Memasak tidak lah sesusah dan sesukar yang difikirkan oleh golongan lelaki apabila melihat gaya perempuan atau isteri bersilat di dapur untuk menyiapkan hidangan keluarga Resepi ayam masak kurma yang dikongsi oleh pengguna facebook ini namp...
Makan Ayam Goreng Setiap Hari Bikin Cepat Mati

Makan Ayam Goreng Setiap Hari Bikin Cepat Mati

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 365 hits
Menurut sebuah studi makan ayam goreng setiap hari bisa bikin cepat mati yaitu meningkatnya risiko kematian hingga 13 persen Temuan ini mungkin bisa bikin sebagian besar penduduk Indonesia stres mengingat ayam goreng adalah salah satu lauk ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat