Kelebihan Dan Cara Minum Air Ikut Sunnah
Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.
Kelebihan & Cara Minum Air Ikut Sunnah
Secara ringkasnya:
Cara:
-Membaca “Basmallah” sebelum. -“memuji Allah”(Alhamdulillah) selepas
-Dalam keadaan duduk.
-Minum dengan tangan kanan.
-Minum dengan 3 nafas.
‘Abra’ (Melepaskan penyakit)
‘Arwa’ (Menghilangkan kehausan)
‘Amra’ (kuatkan sistem pencernaan)
-Minum air kosong selepas minum susu atau minuman berlemak.
-Membaca doa selepas minum
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا
Allhamdulillah hillazi jaalahu azban furaatan birahmatihi walam yajalhu milhan ujaajan bizunubinaa
Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami”
Kelebihan Minum Air Ikut Sunnah Nabi dengan keadaan Duduk & 3 kali teguk:1. Ginjal sentiasa dalam keadaan baik.
2. Lutut berfungsi dengan baik.
3. Tulang punggung sentiasa kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran sentiasa aktif
Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.
Rasulullah suka minuman manis yang sejuk. Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang. Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk. Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan
Perkara yang dibenciMeniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.Bernafas dalam bekas minuman ketika minum
Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)
Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
Dengan demikian mari biasakan minum air putih dan meminum cara Nabi agar tubuh kita tetap sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit, dan InsyaAllah lebih barakah. Wallahu a’lam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://islamtunes.blogspot.com/2019/01/kelebihan-dan-cara-minum-air-ikut-sunnah.html