Kelebihan Berzikir


Kelebihan Berzikir | Zikir berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah SubhanAllahi Wabihamdi. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullullah, "Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah?"(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya


Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan. Banyak kelebihan zikir antaranya;
1. Zikir boleh menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya

2. Zikir boleh melahirkan cinta sejati kepada Allah SWT kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya

3. Zikir mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seorang kepada martabat Ihsan. Dengan Ihsan, manusia dapat beribadah kepada Allah SWT dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi setiap perjalanan para sufi)

4. Zikir membawa seorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah SWT. Dengan ini, lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah SWT menjadi pelindung dan pembantunya

5. Zikir membawa seorang kepada taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah SWT dan sebaliknya, jika ia bertambah lalai daripada berzikir, maka dengan sendirinya ia makin bertambah jauh daripda Allah SWT

6. Zikir adalah membuka pintu makrifat (mengenal) Allah SWT

7. Zikir boleh menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang ibarat ikan dengan air. Ingatlah, apakah halnya ikan itu kalau ia tidak berada di dalam air

8. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya, maka adalah sama seperti badan yang tidak mendapat makanan

9. Zikir boleh membersihkan hati daripada kekaratan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis, bahawa tiap-tiap sesuatu mempunyai daki dan kotoran baginya. Daki dan kotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir

10. Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama di dunia ini atau di dalam kubur

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia beragama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang. Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang-orang yang berada di dalam keadaan gelap gelita yang tidak dapat keluar daripadanya.”(Surah Al-An’am ayat 122)
Demikianlah beberapa kelebihan amalan zikir. Sesungguhnya kepentingan zikrullah tidak boleh dipertikaikan. Ia adalah jalan para Anbiya dan Auliya yang terbukti berjaya melahirkan hamba Allah yang bertakwa dan bersih jiwa dan nuraninya, yang memancarkan cahaya ketenangan kepada seluruh makhluk dan alam. Jadilah hamba Allah yang hidup hati nuraninya dengan cahaya yang akan menerangi kita di dunia dan akhirat

Sumber : Amalan Doa Dan Zikir Bonda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/04/kelebihan-berzikir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ada Kelebihan Rezeki Bantulah Guru Ngaji Yang Kesusahan

Jika Ada Kelebihan Rezeki Bantulah Guru Ngaji Yang Kesusahan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 172 hits
Di tengah pandemi corona banyak masyarakat yang terdampak secara ekonomi Termasuk para guru ngaji dai ustadz hingga marbot Mereka tak bisa beraktivitas maksimal dalam perjuangannya Wakil Ketua Majelis Dakwah dan Pendidikan Islam Ustadz Ainu...
Malaysia Ada Kelebihan Ekonomi Berbanding Negara Lain Bank Dunia

Malaysia Ada Kelebihan Ekonomi Berbanding Negara Lain Bank Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mendepani impak negatif penularan COVID 19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global demikian kata Bank Dunia Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Richard Record...
Apa Itu Thermomix Serta Kelebihan Dan Kekurangan Thermomix

Apa Itu Thermomix Serta Kelebihan Dan Kekurangan Thermomix

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1471 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dua tiga hati ni kan lalu lalang di di laman sosial media facebook tentang thermomix Apa itu Thermomix Adakah ia sebuah filem Hahhh korang jangan salah sangka yer Thermomix ini bukan sebuah filem ianya be...
Dolar Australia Mempunyai Kelebihan Keseimbangan Antara Penurunan Dan Kenaikan

Dolar Australia Mempunyai Kelebihan Keseimbangan Antara Penurunan Dan Kenaikan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 199 hits
Mata wang Benua Hijau berada dalam keadaan tertekan akibat penyebaran global dari jangkitan koronavirus sedang mengimbangi titik jatuh Walau bagaimanapun mata wang Australia cuba mengatasi mata wang AS dari semasa ke semasa walaupun paling ...
Rebut Peluang Untuk 4 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Belajar Bahasa Baru Sekarang

Rebut Peluang Untuk 4 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Belajar Bahasa Baru Sekarang

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 272 hits
Ini dipanggil roti Baguette Roti yang sangat terkenal dan banyak dimakan di negara Perancis Ada 4 kelebihan belajar bahasa baru Ada masa seminggu dua lagi PKP ni boleh pertimbangkan untuk belajar satu bahasa baru dan mendapat 4 faedah yang ...
Profil Covid 19 Kelebihan Dan Kelemahan Virus Corona

Profil Covid 19 Kelebihan Dan Kelemahan Virus Corona

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 317 hits
Virus Corona atau Corona Virus Disease 2019 adalah virus paling cerdas dibandingkan virus penyakit lainnya Demikian menurut para ahli Faktanya memang begitu Kita baca beritanya di media resmi juga info resmi pemerintah virus ini luar biasa ...
Kelebihan Iphone Se 2020 Dan Kekuranganya

Kelebihan Iphone Se 2020 Dan Kekuranganya

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1366 hits
Kelebihan Iphone SE 2020 dan Kekuranganya Kita di gemparkan dengan pengumuman dari Apple tentang produknya Iphone akan melancarkan baru iaitu Iphone SE Dikatakan harga pun murah dari harga Iphone 8 mula mula dilancarkan Nak lihat harga teng...
16 Kelebihan Susu Kolostrum C2joy

16 Kelebihan Susu Kolostrum C2joy

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 893 hits
Kolostrum adalah susu yang dihasilkan oleh lembu betina dalam tempoh 48 jam pertama selepas melahirkan Kolostrum mengandung faktor kekebalan tubuh faktor pertumbuhan dan faktor nutrisi yang sangat diperlukan oleh manusia Kolostrum lembu pal...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk