Malaysia Ada Kelebihan Ekonomi Berbanding Negara Lain Bank Dunia



KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mendepani impak negatif penularan COVID-19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global, demikian kata Bank Dunia

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Richard Record mengakui sememangnya negara ini akan terjejas dengan impak penularan virus itu, namun Malaysia mempunyai beberapa faktor yang menjadikannya lebih utuh berbanding kebanyakan negara lain dalam mengekang impak berkenaan

Beliau berkata, Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang utuh dan pengalaman lalu dalam menangani krisis

“Walaupun cabaran semasa ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dengan sebab ini (kelebihan yang ada) Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan cabaran,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam berdepan impak penularan COVID-19, semalam

Mengulas lanjut Record berkata, impak COVID-19 terhadap ekonomi sebahagian besarnya akan bergantung kepada kaedah Malaysia diuruskan dalam menangani wabak pandemik itu, dan pada masa sama melindungi isi rumah yang mudah terjejas, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan struktur meluas ekonomi daripada impak kejutan dicetuskan virus itu dan langkah yang dilaksanakan untuk mengekang pandemik

Beliau berkata, seperti kebanyakan negara, Malaysia juga berdepan prospek penguncupan ekonomi, dan sebagai tindakan balas, kerajaan membuat pelarasan tepat pada masanya terhadap dasar fiskal dan monetari


“Berbanding dengan ekonomi lain, pakej rangsangan RM260 bilion adalah besar (kira-kira 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK), tetapi lebih banyak bergantung kepada langkah bukan fiskal terutama penangguhan pembayaran balik pinjaman dan pengeluaran daripada caruman dana persaraan

“Rangsangan komponen fiskal agak sederhana, mencerminkan paras ruang fiskal yang ada di negara ini serta kesan harga minyak yang lebih rendah ke atas hasil kerajaan

“Suntikan langsung fiskal adalah RM35 bilion (kira-kira 2.3 peratus daripada KDNK) dan keutamaan lebih ke arah pemindahan langsung (bantuan) kepada rakyat,” katanya

Mengulas sama ada Malaysia mempunyai ruang fiskal jika krisis COVID-19 bertambah buruk, Record berkata, pihaknya melihat tiga kemungkinan untuk negara ini mewujudkan lebih banyak ruang fiskal

Beliau berkata, yang pertama, terdapat pilihan untuk membuat penyesuaian yang lebih mendalam terhadap item perbelanjaan operasi semasa bagi menyediakan sumber tambahan untuk tindak balas krisis bidang yang diutamakan

Walau bagaimanapun, jelasnya, penjimatan mungkin tidak mencukupi untuk membiayai langkah rangsangan yang besar

“Kedua ialah pendapatan tambahan bukan cukai boleh ditingkatkan untuk membiayai perbelanjaan rangsangan tambahan seperti dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau penjualan aset fizikal

“Ketiga ialah campur tangan Parlimen dapat menghapuskan sementara sekatan kepada paras dan penggunaan tadbir urus pengurusan hutang awam

“Dalam semua ini, kerajaan harus berhati-hati menyeimbangkan peruntukan sumber tambahan untuk keperluan perbelanjaan keutamaan dengan menjaga kredibiliti jangka sederhana institusi negara dalam pengurusan fiskal,” katanya

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3agg09c
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/malaysia-ada-kelebihan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inti Pati Laporan 2019 Oleh Bank Negara Malaysia

Inti Pati Laporan 2019 Oleh Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 3 April Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan tiga laporan iaitu Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019 Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 serta Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 BNM mengambil pendekatan b...
Malaysia Ranking Pertama Penggunaan Google Classroom Di Dunia Era Covid 19

Malaysia Ranking Pertama Penggunaan Google Classroom Di Dunia Era Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1102 hits
Virus Covid 19 ni sebetulnya banyak merubah tatacara kehidupan kita hari ini Asbab PKP virus Covid 19 cara mengajar dan belajar juga turut terkena tempias perubahan Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk mem...
Anda Tentu Nak Tahu Berapa Banyak Sebenarnya Jumlah Negara Di Seluruh Dunia Ini

Anda Tentu Nak Tahu Berapa Banyak Sebenarnya Jumlah Negara Di Seluruh Dunia Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 573 hits
Artikel ini tentu tak akan anda cari buka dan baca jika tidak melihat video pendek perbualan dua orang terkenal di Malaysia Sama macam saya juga Artikel ni tentu tak akan saya cari maklumat buat kepastian dan mula menulis untuk dikongsikan ...
Covid 19 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Yang Ingin Pulang Ke Tanahair

Covid 19 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Yang Ingin Pulang Ke Tanahair

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 368 hits
Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan SOP yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile bekerja di Singapura Dia membuat panggilan ke MyGC...
Kemerosotan Ekonomi Malaysia Dijangka

Kemerosotan Ekonomi Malaysia Dijangka

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 221 hits
Ibrahim Mat IsaMalaysia dijangka mencatatkan kemerosotan permintaan penumpang sebanyak 39 tahun ini dengan kerugian perolehan mencecah RM14 46 bilion sekiranya sekatan perjalanan lebih ketat berikutan Covid 19 sejak tiga bulan lepas menurut...
Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di India Akibat Komplikasi Kesihatan

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di India Akibat Komplikasi Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 346 hits
NEW DELHI 2 April Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara India pada Rabu akibat komplikasi kesihatan Lelaki berusia 61 tahun itu menghidap penyakit kencing manis dan masalah jantung dirawat di Hospital Paka...
Wira Tak Didendang Frontliner Kkm Sempat Tabur Bakti Untuk Negara Meninggal Dunia

Wira Tak Didendang Frontliner Kkm Sempat Tabur Bakti Untuk Negara Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 629 hits
Seorang lagi wira negara kini pergi meninggalkan kita Ahmad Shah Haji Abdul Karim seorang Pembantu Pegawai Kesihatan di sebuah klinik kesihatan Johor telah meninggal dunia semalam 18 April 2020 Khabar duka itu telah dikongsikan anak dan sah...
Harap Dunia Arab Tak Segan Silu Bantu Malaysia

Harap Dunia Arab Tak Segan Silu Bantu Malaysia

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 260 hits
Mat Zulaimi KazinSaya harap Kenyataan Media ini adalah benar dan bukan palsu TAHNIAH kepada Ayah Chik DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah Ini adalah jawatan baru da...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Called For Justice For The Excluded And A Globalisation Of Hope

Nine New Definitions About Meekin365 You Do Not Usually Want To Hear

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Build A Strong Brand Identity Startup

Jamuan Raya Di Pejabat

Duri Cinta Bisu