Apa Itu Thermomix Serta Kelebihan Dan Kekurangan Thermomix
Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA ITU THERMOMIX SERTA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN THERMOMIX Dua tiga hati ni kan lalu lalang di di laman sosial media facebook tentang "thermomix" . Apa itu Thermomix ? Adakah ia sebuah filem ? Hahhh korang jangan salah sangka yer Thermomix ini bukan sebuah filem ianya berkenaan sebuah alatan dapur yang semakin viral dan menyebabkan para wanita dan isteri gusar dan tidak senang duduk, iaitu Thermomix TM6 atau digelar bibik atau pembantu dari Jerman.
Viralnya thermomix ini sebenarnya mungkin kerana pengaruh social media influencer, bila dilihat di media sosial, artis seperti Anis Nabilah, Permaisuri Agung dan beberapa artis terkenal lain yang turut mempunyai thermomix, ramai yang kagum dan takjub dengan kebolehan alatan dapur ini.
Carian ilmiah berkenaan Thermomix sebenarnya kalau korang nak tahu Thermomix ini telah dihasilkan di Jerman sejak tahun 1950-an. Ya, begitu lama sebenarnya. Ketika itu, Thermomix, airfryer, bread maker agak terkenal di sana, tetapi tidak di Malaysia. Itu adalah tahun 2008. Kini, segala alatan yang disebutkan itu menjadi idaman para suri rumah.
Thermomix yang dibangunkan dan dipatenkan oleh syarikat Vorwerk yang berpusat di Jerman dijual dengan harga RM 7188 seunit. Apa yang membuatkan ia mahal? Teknologinya yang mahal sebenarnya. Thermomix menggabungkan pelbagai alat dalam satu, alatan seperti pengisar, dapur gas, menyiapkan smoothies dan lain-lain. Pendek kata, semua alatan dapur dalam satu alat sahaja.
CARA PENGUNAAN THERMOMIX
jika korang mahu menyediakan mayonis, korang hanya perlu masukkan semua ramuan dan tinggalkan. Setelah 10 minit, mayonis akan siap. Jika korang mahu menyediakan mayonis sendiri, mungkin perlu memukul mayonis berkenaan dan meletakkan ramuan satu per satu. Senang kata, thermomix ni menjimatkan masa dan mengurangkan stress para wanita
KELEBIHAN YANG ADA PADA THERMOMIX
Thermomix juga boleh mengekalkan suhu. Berdasarkan pembacaan CCL, thermomix ini juga boleh digunakan untuk pelbagai suhu, panas dan sejuk atau memasak biasa. Memudahkan urusan memasak, hanya pilih resepi di skrin, kemudian masukkan bahan-bahan dan tinggalkan sehingga menu tersebut masakDapur tak bersepahAda function self cleaning yang memang heaven sangat
Nah, banyaknya kelebihan thermomix, mari kita lihat apa yang Thermomix tidak dapat lakukan.
KEKURANGAN YANG ADA PADA THERMOMIX
Thermomix TM6 fungsinya pengisar,pengukus,pengadun dan multipurpose cooker. Bakar tak boleh. Perlu dibakar asing dalam oventidak boleh menggoreng sehingga tumisan pecah minyak atau menghasilkan kerangupan ayam goreng seperti menggunakan dapur gas biasanya disebabkan amaun minyak yang digunakan adalah lebih sedikit.Pastinya makanan lebih sihat dengan Thermomix. Sama konsep dengan air fryer.tidak boleh digunakan untuk memasak dengan tekanan tinggi seperti periuk N.Walaupun Thermomix boleh digunakan untuk menguli bahan adunan roti dan pastry tapi, ia tidak dapat membakar.thermomix juga sebenarnya agak kecil, jadi untuk keluarga besar, rasanya ia agak kurang praktikal. Thermomix ini juga menggunakan elektrik, jadi apabila blackout, pastikan ada gas memasak ya!Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik. Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap .
Jadi, tepuk dada, tanyalah poket jika korang memerlukan pembantu rumah dari Jerman ini. CCL masih setia menggunakan dapur gas biasa dan bangga dengan dapur yang masih teguh bekerja keras .
So korang ada duit lebih, Thermomix hanyalah salah satu dari jenama yang mempunyai alatan sebegini, korang juga boleh melihat alat yang sama dari Tefal, Bellini dan Kitchen Aid. CCL masih gemar melihat percikan minyak di dapur, percikan dan warna cili sambal serta mengisar menggunakan blender biasa.
Orang biasa, alatan biasa. Orang luar biasa, alatan pun luar biasa. Jika memutuskan korang mahu membelinya, pastikan ia worth every penny!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2020/04/apa-itu-thermomix-serta-kelebihan-dan.html