Kelebihan Bermain Cak Dengan Bayi Rangsang Anak Jadi Bijak


Kelebihan bermain ‘cak’ dengan bayi, rangsang anak jadi bijak. Bermain dengan bayi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan mental dan emosi mereka. Salah satu permainan yang paling mudah tetapi sangat bermanfaat adalah permainan ‘cak’.
Kelebihan Bermain ‘Cak’ Dengan Bayi, Rangsang Anak Jadi Bijak Permainan ini melibatkan menyorokkan muka dengan tangan atau objek lain dan kemudian menunjukkan muka semula sambil berkata “Cak!” atau “Peekaboo!” dalam bahasa Inggeris. Meskipun ia nampak sederhana, permainan ini mempunyai banyak kelebihan dalam merangsang perkembangan bayi.

LIMA KELEBIHAN BERMAIN ‘CAK’ DENGAN BAYI 1. Melatih Komunikasi Terawal
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri. Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa. Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita. Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bayi merupakan asas utama baginya dalam membentuk corak komunikasi yang positif. Selain berbual dan bernyanyi untuknya, bermain “cak” juga adalah medium untuk bayi belajar untuk mewujudkan hubungan sosial dengan orang lain.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’. Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut. Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik. Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.

3. Mengajar Bayi Mengenal Diri & Persekitaran
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama. Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya; contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya. Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. Merangsang Deria Bayi
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya. Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”. Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka. Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.

5. Meningkatkan Kecerdasan Memori
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan. Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang. Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
Permainan ‘cak’ bukan sahaja mudah dan menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada perkembangan mental, emosi, dan sosial bayi anda. Dengan hanya beberapa minit bermain setiap hari, anda boleh membantu merangsang perkembangan otak bayi dan membina asas yang kukuh untuk kemahiran yang lebih kompleks di masa hadapan.
Dengan meluangkan masa dengannya, bayi bukan sahaja dapat melatih rangsangan minda serta kemahiran sosial, malah dapat memupuk kasih sayang dan rasa prihatin. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bermain ‘cak’ dengan bayi anda dan nikmati detik-detik berharga ini bersama mereka!
Baca artikel lain juga: Cara Dukung Bayi Bukan Setakat Tenangkan Bayi Tapi Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi
Ibu Hamil Minumlah Susu, Bagus Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan, Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
The post Kelebihan Bermain ‘Cak’ Dengan Bayi, Rangsang Anak Jadi Bijak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kelebihan-bermain-cak-dengan-bayi-rangsang-anak-jadi-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Walker Hanya Satu Pembaziran Tak Bantu Anak Berjalan Bahaya Untuk Bayi

Baby Walker Hanya Satu Pembaziran Tak Bantu Anak Berjalan Bahaya Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 55 hits
Baby walker hanya satu pembaziran tak bantu anak berjalan bahaya untuk Baby walker atau alat bantu jalan sering kali menjadi pilihan ibu bapa yang ingin mempercepatkan proses anak mereka untuk mula berjalan Baby Walker Hanya Satu Pembaziran...
Dai Syed Tidur Jam 7 Pagi Jaga Anak Kongsi Momen Tanam Uri Bayi

Dai Syed Tidur Jam 7 Pagi Jaga Anak Kongsi Momen Tanam Uri Bayi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 83 hits
Pendakwah selebriti Dai Syed tidur jam 7 pagi jaga anaknya yang baru sahaja lahir pada 14 Ogos 2024 tempoh hari Dai Syed tidur jam 7 pagi jaga anak punya pasal Dalam perkongsian tersebut isterinya Hana Ismail telah memuat naik gambar Dai Sy...
Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir Objek Warna Merah Putih Paling Sesuai

Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir Objek Warna Merah Putih Paling Sesuai

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 68 hits
Rangsang penglihatan bayi baru lahir objek warna merah dan putih paling sesuai Dia seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir Objek Warna Merah Putih Paling Sesuai B...
Cak Imin Bangun Gedung Pusat Kaderisasi Pkb Bisa Dimanfaatkan Anak Muda Di Indonesia

Cak Imin Bangun Gedung Pusat Kaderisasi Pkb Bisa Dimanfaatkan Anak Muda Di Indonesia

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 63 hits
Dengan lahan yang luas itu disebutnya bisa menampung banyak peserta pelatihan nantinya
Hiburan Selama Ni Bertahan Sebab Anak Masih Bayi Ditendangnya Influencer Tunjuk Bukti Suami Kaki Pukul

Hiburan Selama Ni Bertahan Sebab Anak Masih Bayi Ditendangnya Influencer Tunjuk Bukti Suami Kaki Pukul

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 77 hits
Baru baru ini seorang pempengaruh mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh suami Armor Toreador Suami kaki pukul Kata Intan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga suaminya sering kali melaku...
Foto Aksi Prabowo Main Bola Bersama Anak Anak Nelayan Muara Angke Saat Tinjau 200 Rumah Apung Gratis

Foto Aksi Prabowo Main Bola Bersama Anak Anak Nelayan Muara Angke Saat Tinjau 200 Rumah Apung Gratis

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 70 hits
Prabowo tinjau 200 uniit rumah apung gratis untuk warga nelayan yang kerap terdampak bencana banjir rob dan abrasi
Cerita Dua Anak Bakul Pindang Di Pekalongan Jadi Anggota Dewan Suasana Pelantikan Penuh Haru

Cerita Dua Anak Bakul Pindang Di Pekalongan Jadi Anggota Dewan Suasana Pelantikan Penuh Haru

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 66 hits
Ahmad Ridhowi dan Umi Farida resmi dilantik menjadi anggota DPRD Kabupaten Pekalongan periode 2024 2029 Selasa
Irine Nadia Selamat Bersalin Anak Kelima Syukur Doa Bersalin Tanpa Koyak Jahit Termakbul

Irine Nadia Selamat Bersalin Anak Kelima Syukur Doa Bersalin Tanpa Koyak Jahit Termakbul

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 59 hits
Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan Irine Nadia yang telah selamat melahirkan anak kelimanya semalam Perkhabaran gembira itu dikongsikan Irine menerusi Instagramnya dengan memuat naik beberapa keeping momen berharga ketika kelah...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar