Kelebihan 10 Hari Pertama Zul Hijjah


 Terdapat nas-nas yang sahih berkaitan dengan kelebihan 10 hari pertama Zul Hijjah. Antaranya:
1.    Allah bersumpah dengannya. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, itu menunjukkan kelebihan dan kemuliaannya di sisi Allah. Allah berfirman: “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);” (Al-Fajr 89:1-2). Majoriti ahli tafsir berpendapat bahawa maksud  “malam yang sepuluh” dalam ayat itu ialah 10 pertama Zul Hijjah. Ibn Kathir menyebut beberapa pendapat yang berbeza. Namun beliau menyimpulkan bahawa inilah, iaitu 10 awal Zul Hijjah yang sahih.
2.    Hari-hari maklumat yang disyariatkan supaya membanyakkan zikir, mengingat dan menyebut-nyabut Nama Allah. Allah SWT berfirman maksudnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada HARI-HARI YANG TERTENTU,..” (Al-Hajj 22:28) Hari-hari tertentu (Ayyam Maklumat) dalam ayat ini, menurut majoriti ulamak termasuk Ibn Umar dan Ibn Abbas adalah 10 pertama Zul Hijjah.
3.    Persaksian Rasul sendiri bahawa 10 hari ini merupakan hari paling afdhal di dunia. Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Hari-hari di dunia yang paling afdhal ialah 10 hari pertama Zul Hijjah…” Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban. Al-Albani berkata statusnya adalah sahih.
4.    Padanya terdapat Hari Arafah. Hari Arafah adalah hari haji akbar, hari maghfirah daripada dosa-dosa, hari pembebasan dari api neraka. Andainya tidak ada kelebihan lain dalam 10 hari ini selain hari Arafah, itu sudah mencukupi.
5.    Padanya terdapat Hari Nahar. Hari Nahar adalah hari paling afdhal dalam satu tahun menurut sebahagian ulamak berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud: “Hari paling agung di sisi Allah ialah hari Nahar, kemudian hari Qarr (hari tasyriq yang pertama, iaitu 11 Zul Hijjah)” Riwayat Abu Daud dan al-Nasae. Al-Albani berkata statusnya adalah sahih.
6.    Berhimpun padanya pelbagai ibadah utama yang disebut sebagai Ummahat al-ibadah. Rasulullah صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda maksudnya:
“Amal soleh yang paling Allah sukai dilakukan oleh hamba-Nya ialah amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (10 pertama Zul-Hijjah)”, mereka bertanya: “Ya Rasulullah, adakah Allah lebih suka daripada berjihad fi sabilillah?” Baginda menjawab (maksudnya): “Ya, tidak dapat mengatasi jihad fi sabillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid)” Sunan Ibn Majah.
APAKAH PERSEDIAAN KITA UNTUK MENYAMBUTNYA?
Kedatangan tetamu yang hebat, pastinya disambut dengan persediaan yang sepadan dengannya. 
Pertama, tanamkan azam dengan sungguh-sungguh, niat yang benar untuk memanfaatkan hari-hari terbaik ini dengan amalan-amalan yang terbaik demi meraih redha Allah SWT.
Kedua, betaubat dari segala dosa kerana orang yang bertaubat dijanjikan Allah akan memeperoleh kejayaan sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “… dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nuur 24:31)
Ketiga, jauhi maksiat yang lahir dan yang tersembunyi kerana maksiat adalah sebab utama yang menjauhkan seseorang hamba dari Rabbnya. 
AMALAN-AMALAN YANG DISARANKAN
Dengan rahmatNya Allah anugerahkan kita hari-hari yang Dia paling suka kita beramal untuk mendekatkan diri kepadaNya. Maka berusahalah untuk mengisi hari-hari tersebut dengan pelbagai amal sama ada yang wajib atau sunat seperti:
1.    Menyempurnakan manasik haji dan umrah. Ini khusus bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah.
2.    Puasa. Boleh dilakukan mulai 1 hingga 9 hari bulan. Sekiranya tidak dapat dilakukan daripada awal, usahakan supaya dapat ditunaikan pada hari ke 9, iaitu hari Arafah. Kelebihannya dinyatakan dalam hadis yang bermaksud: “Berpuasa pada hari ‘Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lalu” Riwayat Muslim.
3.    Solat. Tidak diragukan lagi kelebihan solat yang merupakan rukun Islam yang pertama selepas syahadah. Selain solat fardhu banyak solat-solat sunat yang digalakkan sama ada siang atau malam.
4.    Banyakkan zikir seperti takbir, tahmid, tahlil dan sebagainya. Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah selain daripada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah, dan tidak ada amalan yang paling Dia suka dilakukan selain daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah. Maka hendaklah kamu membanyakkan TAHLIL, TAKBIR dan TAHMID pada hari-hari tersebut.” Musnad Ahmad
5.    Sedekah. Sedekah adalah tanda syukur atas ni’mat yang dianugerahkan Allah kepada kita di samping mengharapkan keampunan serta dijauhkan dari api neraka. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta sedikitpun” Riwayat Muslim.
6.    Korban. Disunatkan pada hari ke 10, 11, 12 dan 13. 
“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hati mu”. Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi
7.    Banyak lagi amalan-amalan yang baik yang boleh diusahakan seperti menuntut ilmu dan mengajarkannya, menguhubungkan silatul rahim, menyebarkan salam, menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan, mendamaikan dua pihak yang bermusuhan, menyantuni ahli keluarga, jiran tetangga dan lain-lain.
8.    Setiap orang ada medannya dan ada kewajipan yang khusus baginya yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Justeru, sempena hari-hari terbaik ini berusahalah sedaya mampu untuk melaksanakan kewajipan dengan penuh amanah, ikhlas, selari dengan tuntutan syariah. Ingatlah bahawa sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain. Daripada Ibn Umar RA, seorang lelaki bertemu Rasul Allah dan bertanya: “Ya Rasul Allah, siapakah manusia yang paling dikasihi Allah?” Baginda menjawab: “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah yang paling bermanfaat kepada manusia. Dan amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hulurkan kepada seorang muslim. Engkau ringankan bebanan kesusahannya, atau lunaskan hutangnya, atau hilangkan kelaparannya. Sesungguhnya seandainya aku berjalan bersama seorang saudara untuk memenuhi satu keperluannya lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid ini, iaitu masjid Madinah selama sebulan.” Riwayat al-Tabrani.
IKredit artikel: Ustazah Maznah Daud


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sedapnya-makan.com/2022/06/kelebihan-10-hari-pertama-zul-hijjah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 195 hits
Pada jam 6 12 petang kami mula menghampiri Plaza Tol Kuala Terengganu Berlaku sedikit kesesakan di sini sehingga kami beratur di lorong kiri tetapi apabila Master beralih ke lorong kanan jalan sebenarnya lengang tiada kenderaan Mungkin semu...
Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 294 hits
Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah Sekejapnya waktu berlalu Sebelum ini sibuk dengan persiapan raya aidilfitri kini datang pula hari raya korban ataupun dipanggil Hari Raya Haji Pada hari raya haji ramai yang ...
Amalam 10 Hari Pertama Zulhijjah

Amalam 10 Hari Pertama Zulhijjah

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 585 hits
Assalamualaikum wbtPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISAmalan 10 Hari Pertama Zulhijjah Daripada Ibnu Umar RA dari Nabi SAW baginda bersabda Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari har...
Prambanan Jazz 2022 Sewindu Merayakan Rindu Penonton Diajak Nostalgia Di Hari Pertama

Prambanan Jazz 2022 Sewindu Merayakan Rindu Penonton Diajak Nostalgia Di Hari Pertama

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 193 hits
Penampilan Ardhito Pramono Andien hingga Maliq D essential dan ditutup Pamungkas sukses mengobati kerinduan penonton pada pesona Prambanan Jazz yang baru digelar normal sejak pandemi 2 tahun lalu
Mat Kilau Catat Kutipan Rm1 Juta Pada Hari Pertama

Mat Kilau Catat Kutipan Rm1 Juta Pada Hari Pertama

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 260 hits
Filem epik sejarah Mat Kilau berjaya mencipta sejarah untuk filem tempatan pada tahun ini apabila menjadi filem Melayu pertama yang mengutip RM 1 juta pada hari pertama tayangan Berita baik itu disambut gembira oleh pengarahnya Syamsul Yuso...
Video Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah Dari Pelbagai Pandangan

Video Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah Dari Pelbagai Pandangan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 244 hits
AssalamualaikumApabila hampir bulan Zulhijjah kebanyakan agamawan akan membaca hadith hadith yang memberi galakan kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan ibadah Ini kerana Rasulullah SAW sendiri yang mengingatkan kita dalam hadith bagin...
Filem 35mm Syahmi Sazli Pecah Rekod Sebanyak Rm300 000 Hari Pertama

Filem 35mm Syahmi Sazli Pecah Rekod Sebanyak Rm300 000 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 280 hits
Jika filem pertama Youtuber dan pengarah terkenal berjudul Mael Totey The Movie Syahmi Sazli berjaya mendapat sambutan hebat ramai nampaknya filem keduanya juga tidak mengecewakan buat peminat dan penonton filem tempatan Baru sahaja melanca...
3 Bulan 25 Hari Kamu Sudah Berjuang Ibu Sebak Siapkan Jenazah Anak

3 Bulan 25 Hari Kamu Sudah Berjuang Ibu Sebak Siapkan Jenazah Anak

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 191 hits
Hati ibu bapa mana yang tidak pilu melihat cahaya mata mereka mempunyai tubuh sangat kecil dengan wayar berselirat di sekitar wajahnya Namun Puan Olga dan suami akur terhadap dugaan berat yang menimpa mereka Bayi bernama Noverno yang dikhab...
Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa

Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 223 hits
Percayalah tiada perkara yang lebih bermakna kepada bapa anda apabila dia mendengar betapa anda menyayangi dan menghargainya Jadi mungkin Hari Bapa adalah waktu yang sesuai dan peluang terbaik untuk memberitahunya Jadi Ucapan Selamat Hari B...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya