Kelawar Di Gua Laos Membawa Virus Yang Mempunyai Ciri Ciri Utama Covid 19
Saintis menemui spesies kelawar di gua batu kapur di Laos membawa virus yang mempunyai ciri-ciri utama Covid-19. klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Penemuan ini menyokong teori bahawa pandemik itu bermula dari pembawaan virus haiwan. Kelawar yang tinggal di gua batu kapur di utara Laos didapati membawa virus corona yang mempunyai ciri-ciri utama dengan SARS-CoV-2, sekali gus memastikan saintis semakin menghampiri punca yang mencetuskan Covid-19.
Penyelidik Institut Pasteur Perancis (PIP) dan Universiti Laos mencari virus yang serupa dengan penyebab Covid-19 di antara ratusan kelawar tapal kuda. Mereka menemui tiga domain ikatan reseptor yang hampir sama – bahagian protein lonjakan virus corona untuk menjangkiti ACE-2 manusia.
Penemuan itu, yang dilaporkan dalam sebuah makalah yang dikeluarkan pada Jumaat lalu sedang dipertimbangkan untuk diterbitkan oleh jurnal Nature, menunjukkan bahawa virus yang berkait rapat dengan SARS-CoV-2 ada di alam semula jadi, termasuk dalam beberapa spesies Rhinolophus, atau kelawar tapal kuda.
Penyelidikan itu menyokong hipotesis bahawa pandemik Covid-19 bermula daripada tumpahan virus bawaan. Kira-kira 1,000 jangkitan seperti itu berlaku setiap hari di selatan China dan Asia Tenggara – kawasan dengan populasi padat kelawar daripada jenis Rhinolophus.
Ketiga-tiga virus yang terdapat di Laos, dijuluki BANAL-52; BANAL-103; dan BANAL-236, adalah ‘nenek moyang terdekat SARS-CoV-2 yang diketahui hingga kini’, kata Marc Eloit, ketua patogen PIP.
“Virus-virus ini mungkin telah menyumbang kepada asal usul SARS-CoV-2 dan sebahagiannya dapat mencetuskan risiko penularan langsung kepada manusia,” katanya.
Domain pengikat reseptor daripada tiga virus di Laos didapati lebih hampir dengan SARS-CoV-2 daripada virus RaTG13 yang dikenal pasti dalam kelawar Rhinopholus dari lombong Mojiang di wilayah Yunnan, yang dianggap hampir dengan strain pandemik. Virus BANAL-236 mempunyai domain pengikat reseptor yang hampir sama dengan virus pandemik, menurut makalah tersebut.
“Domain pengikat reseptor SARS-CoV-2 kelihatan luar biasa ketika pertama kali ditemui kerana terdapat begitu sedikit virus untuk membandingkannya.
“Sekarang kita mengambil lebih banyak sampel dari alam semula jadi, kita mulai menemui sekumpulan gen yang berkait rapat. Akhirnya, dengan lebih banyak sampel, keturunan semula jadi seluruh genom SARS-CoV-2 akan terungkap,” kata Edward Holmes, ahli biologi evolusi di Universiti Sydney, yang tidak terlibat dalam penyelidikan.
“Persampelan berterusan adalah satu-satunya cara untuk memahami asal-usul virus ini dan penting untuk dilakukan lebih banyak persampelan di seluruh China kerana ini tetap merupakan tempat asal virus ini,” katanya.
Menurut laporan itu, individu yang kerap berada di dalam gua itu untuk mengumpul baja tahi kelawar lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Kini para saintis sedang mengkaji adakah individu terbabit mempunyai antibodi yang kuat hingga melindungi mereka daripada dijangkiti Covid-19.
Mengulas mengenai laporan itu, Ketua Teknikal untuk Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove berkata penemuan itu sesuatu yang menarik dan pihaknya memerlukan lebih banyak data dan penyelidikan sedemikian.
Dalam kajian itu, penyelidik menangkap 645 kelawar daripada 46 spesies di empat lokasi di Vientiane danOudomxay antara Julai 2020 hingga Januari 2021. – Agensi
SOURCE: Agenda Daily
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kelawar-di-gua-laos-membawa-virus-yang.html