Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


Bagi anda yang telah melakukan permohonan ke Kelas Seliaan Negeri bagi tahun 2025, semakan permohonan akan dibuka bermula Februari ini.  
Pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui bagaimana cara melakukan semakan ini dan bilakah tarikh semakan boleh dilakukan. 
Apa itu Kelas Seliaan Negeri? Kelas Seliaan Negeri atau KSN merupakan sejenis program yang dikhususkan untuk para pelajar yang cemerlang dari aspek  akademik, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum (PAJSK) serta mempunyai rekod disiplin yang baik. 
Ia merupakan satu program yang ditawarkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakkan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada para pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi. 
Untuk pengetahuan anda juga, permohonan bagi program ini hanya boleh dilakukan oleh guru sekolah rendah anak-anak anda sahaja. Hal ini bagi memudahkan proses tapisan pelajar dan dalam masa yang sama dapat memastikan hanya pelajar yang berkelayakan sahaja yang menyertai program ini. 
KSN ini  merangkumi pelbagai jenis kelas yang dirancang termasuk Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Berikut merupakan sedikit penerangan berkenaan kelas-kelas ini.
Jenis Kelas Seliaan Negeri  Kelas Seliaan Negeri (KSN) terdiri daripada beberapa jenis kelas yang dirancang untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang berpotensi tinggi. Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai jenis-jenis kelas yang termasuk dalam KSN:
Kelas Rancangan Khas (KRK): KRK adalah kelas yang ditujukan untuk pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Kelas ini menawarkan kurikulum yang lebih intensif dan mendalam, serta aktiviti pembelajaran yang dirancang untuk mengembangkan potensi pelajar secara maksimum. Kelas Aliran Agama (KAA): Kelas ini direka untuk pelajar yang berminat mendalami ilmu agama sambil mengikuti kurikulum akademik yang standard. Dalam KAA, pelajar akan mempelajari subjek-subjek agama seperti Al-Qur’an, Fiqh, dan Tasawuf, di samping subjek-subjek lain yang diperlukan dalam pendidikan formal. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): SABK adalah sekolah yang menyediakan pendidikan agama dan akademik secara seimbang. Sekolah-sekolah ini menerima bantuan daripada kerajaan dan menawarkan kurikulum yang mengintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan umum. Kolej Sarawak: Kolej Sarawak merupakan satu-satunya kelas di bawah KSN yang berlainan dari kelas-kelas yang lain. Hal ini demikian kerana kelas ini hanya terdapat di negeri Sarawak sahaja. Kolej ini menyediakan pelbagai kursus dan program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang. Cara Memohon Seperti yang dimaklumkan di bahagian sebelum ini, permohonan ke KSN atau Kelas Seliaan Negeri ini hanya boleh dilakukan oleh para guru sahaja. Permohonan ini boleh dilakukan melalui aplikasi APDM.
Bagi para guru yang bakal melakukan permohonan, anda boleh rujuk dalam slide yang disediakan KPM di bawah:
Baca juga: Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2025
Tarikh Semakan Keputusan Bagi pelajar yang telah dicalonkan oleh para guru mereka anda boleh mula melakukan semakan keputusan KSN ini bermula 31 Januari 2025 ini bagi kemasukan ke Kolej Sarawak, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama.
Manakala, bagi pelajar yang memohon ke Kelas Rancangan Khas, anda boleh melakukan semakan keputusan tawaran kemasukan ini bermula 4 Februari 2025.
Cara Semakan Keputusan KSN (Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA) Bagi pelajar yang telah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan keputusan KSN dengan cara berikut:
Pergi laman web https://bit.ly/semakanKSN2025 Sila pilih semakan tawaran yang hendak dilakukan. Masukkan No Kad Pengenalan dengan betul dan tekan butang “Enter”. Sila tangkap layar (screenshot) paparan keputusan sebagai rujukan. *NOTA : Jika anda mendapat jawapan yang tidak memberansangkan anda boleh melakukan permohonan semula, dengan mengisi borang rayuan permohonan semula.
Borang tersebut boleh diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah anda bermula 3 Februari 2025.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kelas-seliaan-negeri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kelas-seliaan-negeri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Yuran Kanak Kanak Autisme 2025 Semakan Permohonan

Subsidi Yuran Kanak Kanak Autisme 2025 Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 145 hits
PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN KANAK KANAK AUTISME TELAH DI BUKA Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama khususnya ibu bapa yang mempunyai anak anak yang didiagnos dengan spektrum autisme Pengenalan Subsidi Yuran Kana...
Kpm Info Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah K

Kpm Info Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah K

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 106 hits
INFO KPM Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Khusus 2025 Hai semua Kami gembira untuk mengumumkan bahawa semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus untuk murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM akan dibuka pada 31 Januari 2025 Jangan l...
Mysrbn Login Daftar Pelan Bayaran Semakan Coverage

Mysrbn Login Daftar Pelan Bayaran Semakan Coverage

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 111 hits
Sarawak Rural Broadband atau lebih mudah disebut sebagai MySRBN merupakan satu projek telekomunikasi yang dibangunkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan ekonomi rakyat tempatan negeri Sarawak Bagi penduduk di negeri Sarawak yang bermina...
Str Fasa 1 Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah

Str Fasa 1 Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 103 hits
PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 DIKREDITKAN MULAI 22 JANUARI 2025 Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 22 Januari 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sar...
Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 153 hits
Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 mulai esok 22 Januari 2025 secara berperingkat Melalui Belanjawan 2025 Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 3 bilion kepada 8 3 juta penerima yang layak Bagi penerima Sumbangan ...
Program Penerangan

Program Penerangan

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 153 hits
PROGRAM PENERANGAN INI AKAN DI ADAKAN SELURUH MALAYSIA DAN BERUNTUNG MEREKA YANG DAFTAR AWAL KERANA AKAN DILETAKAN RANGKAIAN DI BAWA ANDAASSALAMUALAIKUM WBT SEMUA SAHABAT Berita gembira untuk semua SATU PROGRAM PENERANGAN PERKONGSIAN AL ULU...
Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 251 hits
Untuk pengetahuan anda semua bermula 31 Januari 2025 ini kita telah pun memasuki bulan Syaaban dan pastinya puasa sunat Syaaban merupakan antara perkara perkara yang sering disebutkan dalam bulan ini Bagi mengetahui lebih lagi tentang keleb...
Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 261 hits
Mengetahui tarikh bayaran gaji adalah penting bagi penjawat awam kerana beberapa sebab utama Perancangan KewanganDengan mengetahui tarikh gaji penjawat awam boleh merancang perbelanjaan bulanan mereka seperti bil ansuran pinjaman atau keper...
Kerajaan Pahang Telah Kemukakan Permohonan Peruntukan Baharu Lampu Jalan Di Lebuhraya Kl Karak

Kerajaan Pahang Telah Kemukakan Permohonan Peruntukan Baharu Lampu Jalan Di Lebuhraya Kl Karak

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 107 hits
LIPIS Kerajaan Pahang telah mengemukakan permohonan peruntukan baharu bagi memasang lampu jalan ekoran isu gelap di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak bermula daripada Genting Sempah di Bentong Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas