Antara bakal ibu bapa yang menyertai Kelas Mega Antenatal HIAZ
Banyak Ilmu Dikongsikan Barisan Pakar Berkredibiliti
Para peserta khusyuk mendengar perkongsian dari pakar terlibat
Manfaat khatan ketika bayi turut dikongsikan oleh Mr Mohamad Salleh Abdul Aziz (Pakar Bedah Am). Bakal ibu dan ayah turut didedahkan dengan kepentingnya susu ibu dan kaedah penjagaan bayi serta senaman & kaedah pernafasan untuk ibu bersalin. Penceramah selebriti, Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa juga hadir bagi berkongsi ilmu Debaran Saat Kelahiran.
Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa merupakan salah seorang panel yang berkongsi ilmu
Meriah Slot Games bersama Team Pa&Ma
Kesemua peserta terhibur dengan games yang dianjurkan team Pa&Ma
Selain itu, turut diadakan game Siapa Cepat, Dia Dapat apabila para peserta berebut-rebut menyediakan barang yang diminta oleh team Pa&Ma. Lebih menyeronokkan apabila tiga pasangan bakal ibu bapa mengambil bahagian dalam game Kenal Pasangan Tak? Mereka ditanyakan soalan berkaitan pasangan masing-masing dan pemenang dipilih berdasarkan jawapan betul terbanyak.
Peserta bertuah yang memenangi breast pump
Akhir sekali, sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai dan meraikan pasangan yang mendaftar untuk komuniti Mom-To-Be, antara hadiah menarik yang diberikan adalah breast pump serta pregnancy pillow.
Antara booth yang ada ketika Kelas Mega Antenatal HIAZ
Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Dali mengucapkan tahniah kepada semua bakal ibu ayah yang hadir dan berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada ibu ayah dalam menyambut kelahiran anak-anak yang soleh dan solehah. Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital pertama ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang telah meraikan ulangtahun yang ke-25 baru-baru ini.
Aktiviti senaman khas ibu hamil ketika sesi bersama ahli fisioterapi
Hospital yang didokong dengan “Hospital Mesra Ibadah” ini menawarkan harga berpatutan untuk khidmat kesihatan hospital swasta. Pakej Rahmah bagi Kelahiran Normal baru sahaja dilancarkan bermula RM2626 untuk tempoh promosi dari 15 Mac 2023 hingga 30 April 2023.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |