Pembongkaran Strategi Sulit Parti Pas Melalui Pasleaks Memang Banyak Membantu Parti Lawan Mengatur Langkah Tq Pas
SUSAH PAS NAK NAFIKAN DOKUMEN PASLEAKS KALAU DALAM MASA SAMA TERPAKSA MENGAKU BAHAWA MEMANG WUJUD SEMUA PERTEMUAN YG DISENARAIKAN...
Ada 2 perkara sebenarnya yg boleh kita lihat berhubung isu Pasleaks ini, terutama apabila ianya disanggah sebagai dokumen sampah oleh Dr. Shamsuri, dan kemudian disambut oleh Presiden PAS dgn menyatakan ianya sebagai satu bentuk surat layang...
1. Yang dimaksudkan sebagai dokumen SAMPAH oleh MB Terengganu ini memang ada benarnya, cuma perlu kita faham, apakah yg beliau maksudkan dengan SAMPAH itu? Untuk jadikan dokumen catatan itu sebagai bahan bukti rasmi untuk sabitkan apa2 kesalahan dengan mana2 individu dalam sebarang pendakwaan di mahkamah, memang perkara ini tak boleh dilakukan... ini kerana apa yg didedahkan ini hanyalah sekadar catatan biasa pemiliknya, sepertimana nota biasa, yg ditulis supaya tidak terlupa sebarang perkara2 penting walaupun kecil, supaya lebih mudah faham dan jelas berkenaan kronologinya dan supaya mudah jika perlu nak dibentangkan kepada sesiapa yang ada kepentingan... ia bukan dokumen rasmi yg valid dan kuat untuk digunakan dalam mahkamah sebagai bahan bukti, sepertimana dokumen minit mesyuarat yang telah disahkan oleh ahli2 mesyuaratnya, atau seperti surat2 rasmi yang ada letter head dan ditandatangani di bawahnya... dan sebab itu kenapa ia dianggap sebagai sampah oleh pemimpin PAS...
《《《KLIK SINI》》》Kita pun sebenarnya tidak ada masalah jika pimpinan PAS mahu menganggap dokumen yg bocor ini sebagai sampah, kerana kita pun tidak bercadang nak mendakwa sesiapa menggunakan dokumen sampah ini... kalau ikut kpd kenyataan Dr. Shamsuri, beliau pun sebenarnya sudah mengaku bahawa semua pertemuan sepertimana yg tersenarai dalam dokumen itu, memang benar2 berlaku, bukan rekaan... tinggal lagi, yg menimbulkan tanda tanya adalah samada perkara2 yg dibincangkan oleh nama2 yg disebut dalam dokumen itu hasil daripada pertemuan yg sudah diakui mmg benar2 berlaku itu, sama seperti yg telah didedahkan dalam dokumen PASleaks itu atau rekaan pihak tak bertanggungjawab semata-mata... itu je...
2. Untuk apa laporan polis dibuat? Seperti yang kita sedia maklum juga, beberapa pihak telah membuat laporan polis, termasuklah laporan polis oleh DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri ekoran nama beliau turut disebut dalam dokumen sampah itu... siapa pun yang berada di tempat DS Zahid tentu akan berasa bimbang dan akan ambil apa juga tindakan yg difikirkan wajar, kerana nama beliau bukan disebut sekadar suka2 sahaja, tetapi wujud perancangan jahat untuk menjadikan DS Zahid sebagai mangsa...
Jika nama2 yg ada dalam dokumen sampah itu yg dilihat sebagai antara perancang utamanya, terdiri daripada orang2 biasa, kaki kedai kopi yg tidak memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan tidak memegang kuasa penting, aku yakin, tentu DS Zahid pun tidak akan bercadang nak memanjangkannya hingga membuat laporan polis... tetapi isunya, perancangan yg disebut dalam dokumen itu sesuatu yang boleh dilakukan, nama2 yg terkait mempunyai kuasa untuk merealisasikannya, dan ada motif yg cukup kuat untuk mereka benar2 melaksanakannya... ia tidak hanya surat layang dan khabar angin di mana ia mustahil untuk berlaku dan nama2 yg disebut tidak mempunyai motif atau sebab yg menguntungkan jika ia terlaksana...
Maka, timbul persoalan, jika ia merupakan dokumen sampah yang tidak boleh digunakan untuk proses pendakwaan, kenapa DS Zahid masih mahu membuat laporan polis jika dari awal sudah dapat menjangkakan bahawa laporan ini tak mungkin dapat dipanjangkan menjadi satu kes pendakwaan di mahkamah?
《《《KLIK SINI》》》Bagi mereka yang tidak pernah memahami selok belok kerajaan, tentang kuasa, mereka mungkin akan melihat bahawa tindakan DS Zahid ini adalah satu yang sia2... sebenarnya, jawapannya adalah TIDAK... bagi mereka yang pernah berada dalam kjaan untuk tempoh masa yg lama, sudah berpengalaman, pernah menyandang jawatan2 yg penting, pernah mengepalai agensi2 penguatkuasaan undang2 yg penting, seperti polis melalui jawatan yg disandangnya dahulu sebagai Menteri KDN, bagi seorang Perdana Menteri sperti DS Ismail Sabri, peluang membuat laporan polis, atau SPRM, samada oleh diri sendiri atau ada pihak luar yang membuat laporan, ini yg sangat2 diperlukan oleh mereka...
Membuat laporan polis atau SPRM tidak bermakna mereka mahu ia mesti disusuli dgn pendakwaan mahkamah atau akan ada pihak yg akan dihukum... tidak... bukan ini tujuan utama mereka...
-------------------------------------------------------------
《《《IKLAN》》》
Dapatkan Pakej Set Barangan Runcit/ Pakej Bakul Makanan dari kami. Terdapat pelbagai variasi pilihan set2 yg boleh dipilih sesuai mengikut kehendak anda pada harga yang berpatutan...
Layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut...
https://embuzz.my
--------------------------------------------------------------
Apabila sesatu laporan polis dibuat, bermakna satu fail siasatan akan mula dibuka ekoran laporan yang dibuat... apabila fail dibuka, bermakna, apa juga perkara yg berlaku, siapa yg terlibat, modus operandi, motif, kebarangkalian akan disiasat secara terperinci oleh pihak polis... pihak polis berhak menyiasat berdasarkan apa juga perspektif... dan, pihak yg disiasat mesti memberi sepenuhnya kerjasama kpd pihak penyiasat bgi mengelakkan tuduhan menghalang proses siasatan dikenakan ke atas mereka yg terlibat... polis berhak untuk syak sesuatu jika ada usaha2 ke arah nak menghalang proses siasatan, apatah lagi jika pihak yg patut disiasat tiba2 menghilangkan diri dan gagal dikesan seperti yg berlaku terhadap Jho Low, Nik Faizal dalam kes SRC dan 1MDB...
Sepanjang proses siasatan berlaku, pihak polis pada masa yg sama juga akan menyediakan laporan terperinci hasil perjalanan siasatan... selagi pihak polis tidak angkat laporan akhir kertas siasatan yg telah siap ke pejabat Peguam Negara, maka selama itulah proses siasatan akan berjalan...
Bagi seorang Perdana Menteri, atau menteri yang mengepalai KDN yang merangkumi pasukan polis, bagaimana mereka nak tahu jika ada sebarang maklumat2 yg sulit, strategi2 yg jahat, agenda2 tersembunyi pihak musuh, kemungkinan2 perkara yg akan berlaku dan seumpamanya? Caranya adalah dgn mengikuti rapat perjalanan proses siasatan dan dapatkn laporan terkini drpd pegawai2 polis yg terlibat...
Sebab itu, jika proses siasatan tidak berakhir dgn pendakwaan pun tidak mengapa, kerana yg lebih penting, pihak yg memegang kuasa, biasanya seorang Perdana Menteri boleh mengetahui perkara2 yg sangat sulit tersembunyi, agenda jahat musuh, boleh memantau dan kemudian merancang strategi susulan bagi menghadapi musuh... walaupun hari ini, menteri KDN bukan dari UMNO, tapi percayalah, dengan kuasa dan pengaruh yg ada pada DS Ismail Sabri sebagai PM, beliau juga ada kawalan tertentu dalam pasukan polis, tidaklah sepenuhnya dikuasai oleh Hamzah Zainuddin walaupun tempohari kecoh dgn isu campurtangannya dalam bab nak melantik Ketua Polis Negara yang baru...
Cumanya, aku tetap nak ucap terima kasih banyak2 kpd pihak yg menyediakan dokumen yg dianggap sampah oleh PAS itu... susah nak jumpa ada orang yg boleh senaraikan strategi sulit parti secara bertulis dalam 1 dokumen mcm tu... siap guna format minit mesyuarat lagi... siap detail lagi...
Memang 'cerdik' berdo'oh rupanya lebai2 PAS ni... apapun tq PAS...
#NoNegoGoSolo
#UMNOSebuahPerjuangan
#UMNOBangkit
#KeluargaMalaysia
https://www.suaramelayubaru.xyz/feeds/posts/default
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2022/04/pembongkaran-strategi-sulit-parti-pas.html