Kelantan Tutup Semua Gerai Penjaja Tepi Jalan Mulai Esok


Pada hari-hari terakhir Ramadan, kerajaan Kelantan mengambil langkah drastik mengarahkan semua gerai atau penjaja tepi jalan, penjaja beredar dan seumpamanya ditutup mulai esok.
Langkah tersebut kata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, dibuat susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri itu.
Dalam kenyataan media hari ini pejabat SUK Kelantan tindakan tersebut diambil selepas mengambil kira aspek kesihatan orang ramai.
“Demi menjaga kelangsungan kesihatan masyarakat dan sebagai salah satu usaha untuk mengekang jangkitan Covid-19, maka dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan akan mengambil langkah menguatkuasakan penutupan gerai atau penjaja tepi jalan, penjaja beredar dan seumpamanya bermula 9 Mei.
“Para peniaga dan masyarakat diminta mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan diambil di bawah peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Kelantan akan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) susulan permohonan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih ketat ditolak kerajaan pusat.
Tinjauan di Kelantan baru-baru ini juga mendapati gerai-gerai tepi jalan yang menyediakan jualan juadah Ramadan didapati meriah sekali gus berlaku pelanggaran SOP ditetapkan.
Sementara itu pejabat SUK Kelantan berkata, keadaan pandemik Covid-19 di Kelantan kini semakin meningkat dengan kes positif harian tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan.


Keadaan penuh risiko
Pada masa sama katanya kemudahan kesihatan juga semakin tidak mencukupi dan kritikal apabila kadar penggunaan katil di hospital Covid-19, hospital hibrid dan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) berisiko rendah menghampiri 100 peratus.
Malah katanya ada yang sudah mencapai lebih 100 peratus.
“Hampir setiap hari wujud kluster baru sama ada kluster komuniti atau kluster tempat kerja sehinggakan Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas terpaksa dikenakan PKP diperketatkan selama 14 hari ekoran penularan Covid-19 yang semakin cepat.
“Kadar kematian akibat Covid-19 di negeri Kelantan juga semakin hari semakin meningkat sehingga pada masa ini sudah melebihi bilangan 50 orang dengan purata kematian lebih kurang empat orang sehari,” katanya.
Kenyataan itu turut menjelaskan, mereka yang dikenakan perintah kuarantin di rumah atau individu di bawah pengawasan (PUI) pula masing-masing melebihi 2,000 orang dan 4,000 orang.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kelantan pula sudah melebihi 16,000 orang.
“Jumlah ini dikhuatiri akan semakin bertambah dari hari ke hari sekiranya langkah-langkah yang lebih drastik tidak diberikan perhatian utama memandangkan kepada tahap kadar kebolehjangkitan di negeri Kelantan masih lagi tinggi pada tahap yang sangat membimbangkan.
“Memandangkan keadaan yang penuh risiko ini, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kelantan terpaksa mencari pendekatan segera untuk mengelakkan perkumpulan orang ramai di satu-satu tempat yang merupakan penyebab utama perebakan virus Covid-19.
“Antara aktiviti yang dikenal pasti menarik perkumpulan sedemikian pada masa ini adalah gerai atau penjaja tepi jalan, penjaja beredar dan seumpamanya yang dilihat tidak mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara,” kata kenyataan itu.
sumber: Malaysiakini
The post Kelantan tutup semua gerai, penjaja tepi jalan mulai esok appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kelantan-tutup-semua-gerai-penjaja-tepi-jalan-mulai-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kelantan Dituduh Dayus Kerana Tidak Berani Umum Sendiri Tutup Gerai

Mb Kelantan Dituduh Dayus Kerana Tidak Berani Umum Sendiri Tutup Gerai

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 294 hits
ARIF BASHARUDINSetelah tular pengumuman tergempar pada Sabtu dari kerajaan Pas Kelantan yang mengharamkan operasi gerai jualan tepi jalan berkuat kuasa hari ini rakyat mengecam MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai dayus kerana tidak berani...
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 368 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Panggilan Telefon Percuma Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

Panggilan Telefon Percuma Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 260 hits
MALAYSIAKINI Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datu...
Kelantan Tutup Sekolah Sehingga Aidilfitri

Kelantan Tutup Sekolah Sehingga Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 294 hits
Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah kementerian pendidikan di negeri ini yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri Sebelum ini media melaporkan penutupan membabitkan 596 buah sekolah di Kelantan adalah sehingga ...
Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 285 hits
BANGI 26 Ramadan 1442H Sabtu Sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan seperti fasa pertama ekoran peningkatan kes harian COVID 19 yang kini mencecah angka lebih 4 000 Selain itu PKP menyeluruh perlu dibuat...
Pelanggan Bersesak Di Gerai Walau Tiada Bazar Ramadan Di Kelantan

Pelanggan Bersesak Di Gerai Walau Tiada Bazar Ramadan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 256 hits
TINJAUAN Masuk hari ke 19 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di Kelantan dan ketiadaan bazar Ramadan nampaknya tidak memberi jaminan bahawa masyarakatnya mengambil tanggungjawab yang tegas dalam usaha mengekang penularan Covid 19 Usaha...
Ayah Kahwin Ibu Dah Kahwin Semua Dah Kahwin Jebat Jayden Suruh Sharnaaz Kahwin

Ayah Kahwin Ibu Dah Kahwin Semua Dah Kahwin Jebat Jayden Suruh Sharnaaz Kahwin

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 319 hits
Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi gelagat anaknya yang masih baru bercakap Menerusi laman sosial Instagram Sharnaaz memuat naik video Jebat Jayden Ahmad 3 sedang bercakap di dalam keretanya sambil di...
Berhenti La Siasat Semua Harta Hasil 16 Tahun Berniaga Isteri Abang Burger

Berhenti La Siasat Semua Harta Hasil 16 Tahun Berniaga Isteri Abang Burger

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 331 hits
Peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir meminta orang ramai berhenti menyiasat hal peribadinya selepas tular beberapa posting di media sosial mengenai dirinya yang didakwa menjalani kehidupan mewah Menerusi laporan Sinar Harian isterinya N...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran