Kelantan Tarik Balik Arahan Buat Ujian Saringan Untuk Masuk Negeri


N Faizal Ghazali
Kerajaan Kelantan menarik balik arahan wajib menjalani ujian saringan Covid-19, pemakaian gelang merah jambu serta kuarantin terhadap individu yang masuk ke negeri itu.
Exco Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin, berkata ini kerana hampir semua negeri kini berada dalam zon merah termasuk Kelantan sendiri.
Selain itu, dia juga berkata ada kekangan kewangan kepada individu yang mahu masuk ke Kelantan kerana kos ujian saringan agak tinggi terutama di hospital swasta.
"Kita tarik balik arahan berkenaan kerana berlaku kesukaran. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di mana-mana lokasi tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk buat ujian saringan dan hospital serta klinik kerajaan juga tidak akan buat ujian bagi mereka yang tidak bergejala.
"Untuk ke hospital swasta sudah tentu mahal dan disebabkan itu kita tarik balik arahan berkenaan. Justeru, perantau yang masuk ke Kelantan tidak perlu buat ujian swab, pakai gelang merah jambu dan kuarantin.
"Tetapi kita memohon kepada semua penduduk Kelantan atau mereka yang pulang ke kampung untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) supaya kita dapat bendung pandemik Covid-19," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas Covid-19, di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Pada 12 Jan lalu, kerajaan Kelantan menetapkan individu dari luar yang mempunyai keperluan untuk masuk ke Kelantan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan mengemukakan keputusannya.
Ia sebagai pendekatan bagi mengekang penularan Covid-19 di negeri itu yang semakin meningkat sejak akhir bulan lalu.
Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP akan turut dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan, bermula 22 Jan.
Ini bermakna PKP kali kedua ini akan dikuatkuasakan di seluruh negeri, kecuali Sarawak.
Mngulas lanjut, Adun Kijang itu berkata kepulangan perantau ke Kelantan pada cuti sempena perayaan Krismas Disember lalu antara faktor utama kes Covid-19 di negeri itu meningkat secara mendadak.
Katanya, jumlah kes sepanjang sembilan bulan pada tahun lalu hanya lebih 800 kes berbanding dua minggu tahun ini yang sudah merekodkan 1,032 kes.
"Saya merayu kepada individu di negeri ini yang mempunyai masalah selesema, demam atau batuk supaya tidak keluar bekerja serta berjumpa dengan individu lain bagi mengelak kes Covid-19 ini semakin merebak.
"Kita tidak tahu sama ada gejala yang dialami itu hanya demam biasa atau pun disebabkan Covid-19. Pada masa ini kontak dengan individu yang positif sangat tinggi," katanya.
Dr Izani juga menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kepatuhan penduduk Kelantan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang menurutnya masih berada di tahap lemah.
Ujarnya, situasi itu boleh dilihat terutama di pasaraya dan pasar basah dan itu menggambarkan masyarakat negeri itu seperti tidak risau dengan peningkatan kes Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kelantan-tarik-balik-arahan-buat-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Satu Keluarga Bebas Covid 19 Datuk Siti Nurhaliza Buat Ujian Saringan Swab Test Di Rumah

Hiburan Satu Keluarga Bebas Covid 19 Datuk Siti Nurhaliza Buat Ujian Saringan Swab Test Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 444 hits
Ingin memastikan diri dan ahli keluarga bebas daripada penyakit COVID 19 penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah membuat ujian calitan virus tersebut di kediamannya Sumber Instagram Siti Nurhaliza Siti yang lebih...
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz Pula Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap Pm

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz Pula Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 419 hits
2 670 total views 2 670 views today KUALA LUMPUR 12 Jan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz secara rasminya menarik semula sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Nazri menerusi satu sidang medi...
Covid 19 Kerajaan Perlu Campur Tangan Kawal Selia Kos Ujian Saringan

Covid 19 Kerajaan Perlu Campur Tangan Kawal Selia Kos Ujian Saringan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 286 hits
Harits Asyraf HasnanSatu mekanisme penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut dilihat sebagai satu keperluan pada ketika ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Kerajaan diminta campur tangan untuk mengawal selia kos ujian swab COVID 19 yan...
Hiburan Kontak Rapat Dengan Pesakit Covid 19 Haqiem Rusli Negatif Setelah Jalani Ujian Saringan

Hiburan Kontak Rapat Dengan Pesakit Covid 19 Haqiem Rusli Negatif Setelah Jalani Ujian Saringan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 308 hits
Penyanyi dan juga komposer lagu Haqiem Rusli memberitahu bahawa dia telah disahkan negatif wabak COVID 19 setelah menjalani ujian saringan pada pagi kelmarin Sumber Google Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli 23 juga telah berko...
Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 469 hits
PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021 Selepas beberapa hari pengumuman PKPB dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk negeri Kelantan Dalam beberapa hari itu peningkatan kes Covid semakin membi...
Harimau Menangis Ibu Neelofa Tarik Balik Permohonan

Harimau Menangis Ibu Neelofa Tarik Balik Permohonan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 356 hits
101 total views 101 views today Ibu pengacara dan pelakon popular Neelofa Datin Noor Kartini nekad menarik balik permohonan penjenaman Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia Noor Kartini berkata dia memohon maaf dan sed...
Lebih 500 Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Saringan Covid 19 Di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura

Lebih 500 Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Saringan Covid 19 Di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 360 hits
BernamaICA telah menjalin kerjasama erat bagi memastikan mereka dapat menjalankan operasi ujian saringan itu di Tambak Johor dengan gangguan minimum fotoBERNAMA SINGAPURA Lebih 500 pemandu lori kargo menjalani ujian saringan COVID 19 di ked...
Rakyat Kelantan Bina Jambatan Guna Batang Kayu Duit Kerajaan Negeri Beli Mercedes Benz

Rakyat Kelantan Bina Jambatan Guna Batang Kayu Duit Kerajaan Negeri Beli Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 383 hits
FAZLI RADZIPenduduk Kampung Temalir di Kuala Krai terpaksa membina jambatan menggunakan batang kayu selepas aduan kepada pihak kerajaan negeri tidak menampakkan hasil yang sepatutnya Walau bagaimanapun jambatan yang dibina oleh jurutera kam...
Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 314 hits
January 23 2021 James Jemut Masing berkata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg antara mereka yang terbabit dalam perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu KUCHING Anggota Kabinet Sarawak bercadang merayu Yang di Pertuan Agong Sult...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal