Kelantan Rangka Ruu Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu



Kerajaan Kelantan sedang menyediakan draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
(Berita Harian) – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, draf awal pindaan itu juga sudah dibentangkan di mesyuarat Ahli Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Katanya, mesyuarat berkenaan juga memutuskan untuk ditubuhkan satu Jawatankuasa Kerja yang khusus bagi mengkaji semula penggubalan draf awal cadangan yang dibentangkan itu.
“RUU yang dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU adalah di peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-Undang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
“Di peringkat mahkamah, ia mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi dasar atau perancangan masa depan oleh Kerajaan Persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya pada persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Darulnaim, hari ini.
Beliau menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PAS- Jelawat) mengenai status terkini cadangan pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982.
Mohd Asri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit berkata, penggubalan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah itu untuk menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah sedia ada pasca pembatalan 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 (EKJS).
Katanya, RUU itu bagi membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil.
“Antara aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam penggubalan enakmen ini adalah melalui cadangan peningkatan peringkat mahkamah daripada tiga peringkat kepada empat atau lima peringkat yang kini di peringkat kajian terperinci.
“Peningkatan ini bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Dr Hafidzah Mustakim (PH- Kota Lama) berhubung usaha Kerajaan Negeri menyelaras perkara itu dengan Jawatankuasa Kehakiman Syariah yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan, Mohd Asri berkata, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan dan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini (penggubalan RUU).
Pada 6 Mac lalu, DUN Kelantan Kelantan sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri itu.
Usul yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu itu, dibacakan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua pembangkang.
The post Kelantan rangka RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah baharu appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/04/kelantan-rangka-ruu-pentadbiran-mahkamah-syariah-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kelantan Mahu Lawan Keputusan Mahkamah

Kerajaan Kelantan Mahu Lawan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 292 hits
Che IbrahimAmbo tak nampak kok celah mana Kerajaan Kelantan nak gubal semula 16 Seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 Negeri Kelantan yang telah diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan Sepatutnya Keraj...
Kes Mahkamah Ditunda Bella Astillah Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Kes Mahkamah Ditunda Bella Astillah Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 305 hits
Pelakon Bella Astillah memilih untuk mengunci mulut susulan dakwaan sudah berbaik dengan suaminya Aliff Aziz Menurut laporan HibGlam Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah enggan untuk mengulas lebih terperinci mengen...
Panik Tengok Surat Mahkamah Scammer Pengarah Urusan Rugi Rm520 000

Panik Tengok Surat Mahkamah Scammer Pengarah Urusan Rugi Rm520 000

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 171 hits
Ketua Polis Johor M Kumar berkata mangsa sedar ditipu susulan didesak pindah lagi wang PETALING JAYA Pengarah urusan kerugian RM520 000 diperdaya scammer yang menghantar kepala surat mahkamah menyatakan asetnya akan dibekukan kononnya terli...
Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu Dan Pejabat Israel Karena Kejahatan Perang

Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu Dan Pejabat Israel Karena Kejahatan Perang

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 196 hits
Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu dan Pejabat Israel karena Kejahatan Perang
Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 377 hits
Bernamamohamad shaharudin zakariaHukuman ke atas Mohamad Shaharudin Zakaria 69 diganti mengambil kira faktor usia kata hakim PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang lelaki warga emas dengan pemenjaraan minimu...
Netanyahu Naik Darah Sebut Pengajuan Surat Penangkapannya Oleh Jaksa Mahkamah Internasional Menjijikkan

Netanyahu Naik Darah Sebut Pengajuan Surat Penangkapannya Oleh Jaksa Mahkamah Internasional Menjijikkan

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 185 hits
Jaksa penuntut mengusulkan surat penangkapan tersebut kepada hakim Mahkamah Pidana Internasional pada Senin
Editor Sarawak Report Fitnah Sultanah Terengganu Tidak Hormat Institusi Diraja Mahkamah

Editor Sarawak Report Fitnah Sultanah Terengganu Tidak Hormat Institusi Diraja Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menyifatkan tindakan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam buku The Sarawak Report The Inside Story of 1MDB Expose ...
Video Mahfud Pedas Kritik Putusan Ma Singgung Mahkamah Kakak Menangkan Adik

Video Mahfud Pedas Kritik Putusan Ma Singgung Mahkamah Kakak Menangkan Adik

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 270 hits
Mahfud menilai akibat dari putusan MA tersebut menjadi bahan cemoohan di masyarakat
Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Pinjaman Mikro Di Malaysia Risiko Dan Peluang Untuk Peminjam

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Jetblue Flight Makes Emergency Landing In Tampa After Losing Altitude


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Munajat Perdana Spm 2025 Aprogram Memori Tercipta

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

Melangkah Bersama Cerita Manis Dan Ujian Hidup

Saya Nampak Urat Tangan Syaitan Macam Lava Suara Seperti Petir Kilafairy

Rafizi Kalau Dr M Mungkin Tak Akan Joget Dengan Trump

I Didn T Ask To Go Khaled Nordin Gets Invite To Visit Us Pentagon Awaits Cabinet Approval