Editor Sarawak Report Fitnah Sultanah Terengganu Tidak Hormat Institusi Diraja Mahkamah




KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menyifatkan tindakan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose sebagai tidak menghormati institusi diraja di negara ini.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri berkata perbuatan Rewcastle-Brown telah memberi persepsi yang tidak baik kepada Sultanah Terengganu serta menjejaskan nama baik dan reputasi baginda.
"Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata tohmahan terhadap Sultanah Terengganu adalah berunsur fitnah yang boleh menyebabkan nama baik dan reputasi Sultanah Terengganu tercemar dengan tohmahan tersebut.
"Perkataan tohmahan tersebut secara langsung telah mengaitkan penglibatan Sultanah Terengganu dengan seorang individu iaitu Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho) yang disyaki terlibat dengan skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan secara tidak langsung mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu dalam skandal terbesar negara ini," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata institusi diraja secara amnya mempunyai kedudukan istimewa dan tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia serta amat dipandang tinggi terutama oleh rakyat jelata khususnya di negeri yang terkesan akan tohmahan tersebut.
Nik Mohd Tarmizie berkata kegagalan tertuduh menghormati sistem perundangan negara ini dan memilih mengetepikan haknya untuk hadir semasa perbicaraan turut dipertimbang oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.
Beliau berkata mahkamah berpuas hati dengan segala usaha membawa Rewcastle-Brown ke muka pengadilan dan juga tindakan oleh tertuduh sendiri dalam kes ini membolehkan perbicaraan dijalankan secara in absentia.
Hakim itu juga berkata reaksi tertuduh yang melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan setelah berkomunikasi dengan pegawai penyiasat dan hanya mewakilkan kepada peguam melalui lantikan secara jauh bagi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menunjukkan tindakan terkemudian beliau dalam kes ini. 
"Tertuduh juga berani mengeluarkan kenyataan melalui laporan sebuah portal berita yang menunjukkan beliau mempunyai pengetahuan penuh terhadap kes yang dihadapi.
“Memandangkan perbicaraan dijalankan secara in absentia di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah tiada pilihan lain dan dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta dihukum penjara dua tahun dari tarikh sabitan (7 Feb)," katanya.
Rewcastle-Brown telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan 6 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Mengikut pertuduhan, Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose yang mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 pagi 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Sebelum ini, Rewcastle-Brown didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 23 Sept 2021 dan membuat pemohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur K. Muniandy pada 21 Jun 2023 menolak permohonan itu dan kes kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2024/06/editor-sarawak-report-fitnah-sultanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heret Institusi Diraja Dalam Dakwaan Serangan Tidak Wajar Kata Pemangku Sultan Johor

Heret Institusi Diraja Dalam Dakwaan Serangan Tidak Wajar Kata Pemangku Sultan Johor

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 254 hits
PEMANGKU Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam cubaan mengaitkan institusi diraja itu dengan dakwaan serangan ke atas pemandu e hailing Isnin lepas Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang undan...
Saya Dianiaya Ini Semua Fitnah Bapa Zayn Rayyan Bersuara Mahkamah Kecoh

Saya Dianiaya Ini Semua Fitnah Bapa Zayn Rayyan Bersuara Mahkamah Kecoh

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 214 hits
Hari ini media tertumpu prosiding kes kontroversi iaitu pembunuhan kanak kanak autisme Zayn Rayyan apabila kedua ibu bapa mangsa hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk prosiding sambungan atau penamatan reman Suasana mahkamah kecoh ...
Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 345 hits
Akibat cerita rekaan mak adik beradik jadi tak hormat saya Depan anak anak dan isteri saya adik angkat dan Iambung saya ke tanah Tapi mak datang peIuk anak kesayangan dia Itulah kali terakhir saya balik rumah 2 tahun lepas Kisah yang dikong...
Kerajaan Terengganu Tutup Kelemahan Sendiri Tiada Hasil Tambahan

Kerajaan Terengganu Tutup Kelemahan Sendiri Tiada Hasil Tambahan

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 205 hits
Tindakan Kerajaan Negeri Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 pada pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru baru ini dilihat hanya cuba mengalihkan kegagalan pimpinan Pas mentadbir negeri itu Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda K...
Terengganu Anjur Parti Liar Pihak Berkuasa Terengganu Panggil Pemilik Resort

Terengganu Anjur Parti Liar Pihak Berkuasa Terengganu Panggil Pemilik Resort

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 232 hits
FMT ReportersExco negeri Razali Idris berkata pertemuan itu turut membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Poster dan gambar tular sejak semalam menunjukkan wanita berpakaian seksi dalam parti lia...
Wild Party At Resort In Terengganu Owner Issued Rm25 000 Compound

Wild Party At Resort In Terengganu Owner Issued Rm25 000 Compound

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 357 hits
No permit was obtained from the local authority or the police to hold the event An owner of a resort on Pulau Lang Tengah in Kuala Nerus has been issued a compound of RM25 000 for organising a wild party at the premises Terengganu Tourism C...
Terengganu Tiga Penjawat Awam Ditahan Berhubung Skandal Permohonan Tanah

Terengganu Tiga Penjawat Awam Ditahan Berhubung Skandal Permohonan Tanah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 329 hits
Rosli Ilhambhnews bh com myKetiga tiga suspek dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapatkan perintah reman bagi bantu siasatan kes rasuah dalam permohonan tanah Foto NSTP Rosli IlhamCHUKAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu ...
Boys Dorm Of Terengganu School Catches Fire Again

Boys Dorm Of Terengganu School Catches Fire Again

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 137 hits
The boys dormitory of Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu caught fire again early this morning following a previous fire on a different floor on May 12 Kuala Berang Fire and Rescue station chief Zulhisham Mohamad Yusof said they received...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Apa Itu Isteri Provider

Having A Strong Company Culture