Kelantan Pun Buat Program Basmi Kemiskinan Tak Bercanggah Dengan Fitrah
HarapandailyAugust 5, 2025Kerajaan negeri Kelantan pun pernah mengadakan program pembasmian kemiskinan tegar walaupun seorang pemimpin Pas dari negeri itu mendakwa tindakan tersebut sebagai “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.
Pensyarah Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu pada 22 Jun 2022 telah menganjurkan Majlis Menandatangani Aku Janji Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.“2025; MP Pas Pasir Puteh tegaskan penoktahan kemiskinan adalah langgar fitrah dicipta Allah SWT.
“Lawan hanya sebab beza parti?” tempelak pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.
Sehubungan itu, ahli akademik itu berharap agar terdapat mana-mana institusi atau jabatan berkaitan Islam “melawan ucapan pelik lagi silap” daripada wakil rakyat Pas tersebut.
“Allah juga sediakan neraka untuk orang jahat. Jadi, tak boleh lawan kejahatan dan kemungkaran?! Kefahaman agama yang dangkal!” tegas Dr Abu Hafiz lagi menerusi platform X hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa iltizam kerajaan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar sebagai “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.
Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, usaha Kerajaan Persekutuan itu tidak lebih sekadar sembang kosong kerana di mana-mana negara pasti ada kemiskinan.
“Saya rasa kadang-kadang agak terkejut apabila perkataan menokhtahkan kemiskinan. Istilah sebegini sebenarnya dia jadi sembang kosong.
“Dia bercanggah dengan naluri dan fitrah sebenar yang Allah cipta manusia. Mana-mana negara mesti ada kemiskinan.
“Kalau tidak ada faktor kemiskinan, faktor orang yang susah, nak bina Parlimen ini takkan terbina. Kerana buruh kasar mesti bekerja.
“Bangsawan dia mesti ada peranan dia,” hujah Nik Zawawi lagi sekaligus mengundang kecaman banyak pihak itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/kelantan-pun-buat-program-basmi.html