Kelangsungan Makanan Laksana Stok Penimbal Dan Gabung Kementerian


 Dari RAFIZI RAMLI 


25 Jun 2022


KELANGSUNGAN MAKANAN: 
LAKSANA STOK PENIMBAL (“STOCKPILE”) DAN GABUNG KEMENTERIAN


Kebimbangan mengenai kelangsungan makanan (“food security”) bukanlah perkara baru. Dunia pernah melalui krisis inflasi dan kekurangan bekalan makanan yang mendadak akibat peperangan dan konflik geopolitik dekad 1970an dahulu.


Ketika itu, harga minyak mentah naik mendadak akibat sekatan bekalan oleh OPEC (kumpulan negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia) sebagai reaksi kepada Perang Arab-Israel yang tercetus. Konflik ini bertembung pula dengan kekurangan bekalan bijirin yang mendadak sehingga menyebabkan krisis kebuluran di banyak negara di Asia dan Afrika.


Krisis bekalan makanan dan kenaikan kos mendadak yang dialami sekarang tidaklah banyak berbeza dengan yang pernah dilalui dalam dekad 1970an. Negara-negara yang lebih bersedia (dari segi dasar kelangsungan makanan, keupayaan kerajaan menyelaraskan kembali bekalan makanan dan kekukuhan kewangan negara) berjaya menangani gangguan sebegini tanpa menyebabkan kesengsaraan rakyat, sedangkan negara-negara yang lemah tadbir urusnya akan menyeksa rakyat (seperti yang berlaku di Sri Lanka sekarang).


Sebab itu, pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO-BERSATU-PAS (saya selalu memanggil pakatan ini sebagai “Kerajaan Keluarga 69”) tidak boleh menyalahkan konflik antarabangsa untuk menutup kegagalan mereka.


Kegagalan itu ditonjolkan sekali lagi semalam selepas Mesyuarat MKT UMNO. Apa yang dihebohkan sebagai pengumuman besar yang akan membantu rakyat berakhir dengan satu pengumuman jenaka:


Idea UMNO untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Kebangsaan. Selepas ini apabila harga kambing pula naik, UMNO akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan. 


Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos-bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain.


Semalam, saya memulakan kempen digital dengan siaran mingguan yang menyentuh isu-isu utama rakyat yang memerlukan idea radikal sebagai jalan penyelesaian. Dalam siaran digital itu, kebetulan saya membincangkan krisis kelangsungan makanan dan kos sara hidup yang naik mendadak.


Berikut ialah ringkasan kepada kupasan-kupasan saya:


 Masalah kelangsungan makanan (dari segi bekalan dan harga yang perlu dibayar rakyat) perlu ditangani di peringkat bekalan (“supply side”).


 Ada langkah-langkah yang perlu dilaksanakan segera dan ada yang akan mengambil masa yang lebih panjang.


 Memperbetulkan rantaian bekalan makanan adalah satu projek yang akan mengambil masa lebih panjang kerana tanah-tanah perlu dikhususkan dan industri pertanian tempatan perlu masa untuk menggantikan import makanan.


 Sementara projek-projek yang memakan masa ini dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan boleh mengambil langkah radikal yang boleh mempengaruhi rantaian bekalan makanan dalam tempoh masa pendek dan sederhana.


 Lebih penting lagi, setiap dasar yang pernah diumumkan sebelum ini gagal kerana pelaksanaan yang penuh keciciran akibat rasuah, penyelewengan dan ketidakcekapan urusan.


 Oleh itu, selagi struktur pentadbiran kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang bertanggungjawab tidak diselaraskan dan dijajarkan semula, semua perancangan yang gah akan berakhir dengan kegagalan.


Oleh itu, sebagai jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan, saya telah mencadangkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan memulakan langkah untuk melaksanakan dua dasar penting seperti berikut:


Pelaksanaan Dasar Stok Penimpal “Stockpile”
Konsep stok penimbal adalah konsep ekonomi yang telah teruji dan digunakan sejak krisis makanan dan kos sara hidup dekat 1970an. Ia masih beroperasi dan menjadi sebahagian dasar penting bagi negara-negara yang mengambil berat mengenai kelangsungan makanan dan kos sara hidup.


Dasar stok penimbal memberi kuasa dan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan peruntukan untuk membeli dan menyimpan secara pukal bekalan makanan dan keperluan utama rakyat (termasuk petrol dan diesel). Simpanan pukal stok penimbal ini akan digunakan dengan disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak.


Adanya stok penimbal yang boleh mengurangkan kesan kekurangan bekalan mendadak (yang berlaku kebelakangan ini) akan membolehkan kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga barang-barang makanan dan keperluan asas.


Ada pelbagai cara dan instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk membina stok penimbal negara, termasuklah menggunakan “hedging” atau kontrak pembelian masa depan (“future contracts”) dan lain-lain. 


Oleh itu, saya menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Bekalan dan Kelangsungan Kebangsaan, seperti fungsi National Commission on Supplies and Shortages di Amerika Syarikat ditubuhkan sebagai badan bebas yang bertanggungjawab membina stok penimbal bagi tujuan mengurangkan risiko kekurangan bekalan makanan dan kenaikan mendadak harga makanan.


Suruhanjaya ini perlulah bertanggungjawab kepada Parlimen dan dipantau sekeras-kerasnya untuk mengelakkan peruntukan membina stok penimbal disalahgunakan oleh unsur-unsur rasuah.


Pelarasan dan penggabungan kementerian-kementerian dan agensi-agensi
Untuk mengelakkan karenah birokrasi dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar berhubung kelangsungan makanan dan kos sara hidup, keseluruhan struktur kementerian dan agensi yang bertanggungjawab perlu dirombak.


Sepatutnya, kuasa dan tanggungjawab yang menggubal, melaksana, menyelia dan menguatkuasa dasar dan undang-undang yang melibatkan keseluruhan rantaian bekalan makanan (dari huluan yang menghasilkan bekalan makanan kepada hiliran yang mengedar dan menetapkan harga makanan) dipusatkan di sebuah kementerian sahaja.


Ini membolehkan perancangan menyeluruh bagi seluruh rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila pertindihan-pertindihan kuasa (seperti yang berlaku sekarang) dihapuskan.


Di bawah Kerajaan Keluarga 69 sekarang, kuasa dan tanggungjawab bersabit keseluruhan rantaian makanan dibahagikan kepada beberapa kementerian (dan agensi-agensi di bawah setiap kementerian) iaitu:


1. Kementerian Industri Asas Tani – bagi penghasilan sumber makanan
2. Kementerian Perusahaan Utama – bagi guna tanah untuk tujuan industri pertanian dan perladangan 
3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – bagi kawalan harga pengguna dan bekalan hiliran
4. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa – bagi tujuan pelesenan perkilangan bahan-bahan makanan


Ini belum lagi dikira berpuluh-puluh agensi yang ada di bawah kementerian-kementerian ini. 


Sebab itulah sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan mengambil masa yang panjang tanpa seorang menteri pun yang perlu bertanggungjawab. Urusan mentadbir negara akhirnya dihabiskan dengan mesyuarat demi mesyuarat yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya kerana ada ramai menteri yang perlu membuat keputusan. Oleh kerana menteri-menteri lebih sibuk berpolitik (atau membuka parti baru), keputusan-keputusan penting ini akhirnya tidak diambil.


Saya akan menunggu maklum balas Kerajaan Persekutuan kepada idea-idea ini yang sepatutnya telah difikirkan dan dilaksanakan lebih awal.


Jika keputusan sebegini telah diambil lebih awal, kita tidaklah menjadi bahan tertawa dunia apabila keseluruhan Jemaah Menteri tidak boleh menyelesaikan isu bekalan dan harga ayam yang bertukar-tukar keputusannya.


Sementara itu, saya akan terus mengupas isu-isu bersabit kelangsungan makanan dan kenaikan kos sara hidup dalam siri digital yang disiarkan setiap beberapa hari. Kupasan saya yang seterusnya ialah untuk melonjakkan industri pertanian negara dan menghapuskan pergantungan kepada import makanan.


 
RAFIZI RAMLI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kelangsungan-makanan-laksana-stok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T17k19 Pesta Makanan Thailand Malaysia Di Kip Mall Kota Warisan

T17k19 Pesta Makanan Thailand Malaysia Di Kip Mall Kota Warisan

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 196 hits
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana ...
Nuklear Malaysia Sedang Jalankan R Amp Amp D Biak Baka Mutasi Rumput Bagi Tangani Isu Sekuriti Makanan

Nuklear Malaysia Sedang Jalankan R Amp Amp D Biak Baka Mutasi Rumput Bagi Tangani Isu Sekuriti Makanan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 190 hits
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan memaklumkan pihak mereka bersama sama dengan agensi agensi di bawahnya kini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu menangani isu sekuriti makanan
Video Penghantar Makanan Gigih Cari Rezeki Walaupun Hujan Lebat

Video Penghantar Makanan Gigih Cari Rezeki Walaupun Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 177 hits
Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan lebat Melalui perkongsian oleh CaramelOreoChip di Tiktok rakaman klip video berdurasi 18 saat itu telah mendapat per...
Kedai Makanan Korea Yang Sedap Di Kok Lanas Kelantan Seodak Kok Lanas

Kedai Makanan Korea Yang Sedap Di Kok Lanas Kelantan Seodak Kok Lanas

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 545 hits
Kedai Makanan Korea Yang Sedap Di Kelantan Seodak Kok Lanas Anyeonghasayo guys Untuk entry kali ini aku nak share pasal kedai makanan korea yang terletak di Kok Lanas Kelantan Tak sangka pulak dekat Kok Lanas pun ada kedai makanan korea yan...
Cari Jasa Desain Label Stiker Produk Makanan Di Fastwork Aja

Cari Jasa Desain Label Stiker Produk Makanan Di Fastwork Aja

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 221 hits
Fastwork adalah Situs Web Freelance Terpercaya 1 di Indonesia Ribuan freelancer atau pekerja kreatif bergabung di sini termasuk desainer grafis logo label makanan atau stiker Jika Anda ingin membuat label atau stiker produk dan makanan Anda...
Konsentrat Ayam Makanan Tinggi Protein Dan Nutrisi Seimbang

Konsentrat Ayam Makanan Tinggi Protein Dan Nutrisi Seimbang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 273 hits
Dalam silsilah ayam aduan dikenal adanya istilah ayam raja berdasarkan kepercayaan yang beredar ayam ini dulunya hanya dimiliki oleh raja dan keturunannya The post first appeared on
Bantuan Makanan Ke Sudan Selatan Ditangguhkan Kerana Kurang Dana

Bantuan Makanan Ke Sudan Selatan Ditangguhkan Kerana Kurang Dana

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 125 hits
Bantuan makanan ke Sudan Selatan ditangguhkan kerana kurang dana Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2022 7
Kerap Sangat Anak Sembelit Banyakkan Bagi Makanan Jenis Ini Lagi Selamat

Kerap Sangat Anak Sembelit Banyakkan Bagi Makanan Jenis Ini Lagi Selamat

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 177 hits
Sembelit dalam kanak kanak antara masalah yang biasa terjadi Puncanya boleh jadi daripada faktor pemakanan dan kurang minum ai Sembelit ini berlaku kerana pergerakan usus yang tidak kerap atau najis yang keras kering Bagi memastikan ibu bap...
Najia S Pakistani Tawa Grill Solaris Mont Kiara Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan

Najia S Pakistani Tawa Grill Solaris Mont Kiara Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 181 hits
Najia s Pakistani Tawa Grill Solaris Mont Kiara Menghidangkan Makanan Asli Dari PakistanNajia s Pakistani Tawa Grill Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Terasa teringin makan makanan dari Pakist...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba