Keladi Viral Kenali Jenis Jenis Keladi Serta Ciri Ciri Ringkasnya
Pokok Keladi yang dahulunya hidup meliar di kawasan hutan dan kampung telah mendapat tempat dihati dan permintaan tinggi selepas kewujudan beberapa keladi hybrid yang cantik dan unik
Harga pokok keladi viral di Malaysia melambung tinggi dan mahal disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ada di antaranya mencecah puluhan ribuan ringgit dan menjadi buruan bagi penggemar pokok keladi hiasan.
Sebagai contoh, jenis keladi mahal di Malaysia adalah seperti keladi topeng firaun, keladi Keladi Guine 916 Gold dan keladi rattana rung reuang. Mereka merupakan keladi yang mencecah harga ribuan ringgit. Walaupun begitu, untuk para penggemar keladi, harga bukanlah satu halangan untuk memiliki keladi-keladi yang unik ini
Apapon jom kita tengok secara ringkas jenis-jenis keladi yang, ciri-siri dan penjagaannya
1. Keladi Kampung
Keladi jenis ini adalah sangat mudah dijaga dan cepat membesar. Ada setengah darinya cepat merimbun dan senang untuk membiak. Kekurangan pada keladi jenis ini adalah corak pada daunnya yang bersahaja dan kurang menarik dari keladi-keladi spesis lain
2. Keladi Bandar (Hybrid)
Berbeza dari jenis keladi kampung, keladi hybrid adalah jenis keladi yang sukar untuk dijaga. Bukan itu sahaja, ianya juga lambat membesar, sukar merimbun dan sukar untuk membiak. Tapi, kelebihan yang ada pada keladi jenis ini adalah corak daunnya yang sangat cantik
Tanaman keladi hybrid ini memerlukan 70% pengcahayaan dan kekerapan penyiraman air pula cukup sekadar melembabkan tanah
3. Alocasia
Keladi jenis Alocasia ni adalah agak sukar dijaga, namum begitu ianya adalah dari spesis yang cepat untuk membesar (bergantung size pasu). Corak daunnya mempunyai urat yang tegas dan tegang, lebih kearah menegak daripada merimbun, selagi akarnya tidak penuh pasu selagi itu lah dia tidak akan beranak.
Tanaman Alocasia ini memerlukan kadar kekerapan penyiraman air sekadar melembabkan tanah sahaja.
4. Colocasia
Berbeza dengan jenis Alocasia, keladi dari spesis Colocasia adalah paling senang dijaga, dan mudah membiak. Colocasia kebiasaannya mempunyai ciri-ciri daunnya besar-besar kalau akarnya sudah menjalar dimerata tempat
Tanaman spesis ini memerlukan air banyak / air bertakung. Dari segi pencahayaan pula, ada sesetengah darinya perlu pada panas terik dan sesetengah pula hanya perlu panas 50% sahaja
5. Monstera
Monstera merupakan pokok dari jenis Indoor Plant. Ini bermaksud, ianya adalah pokok yang hidup dengan suasana sentiasa teduh, namun begitu ia juga perlukan sedikit penerimaan cahaya matahari juga
Ciri-ciri Monstera adalah kebiasaannya memiliki daun yang hijau, daunnya suka terkoyak dengan semula jadi, dan jenih menjalar. Untuk penjagaannya pula, hanya perlu siram air sekadar melembabkan tanah
6. Begonia Kampung
Spesis Begonia Kampung adalah jenis senang dijaga, suka pada tempat yang teduh dan perlu siram air 2 kali sehari pagi dan petang.
Ciri-ciri daunnya tidak sebesar seperti keladi-keladi lain, corak daunnya kurang cantik jika berbanding dengan begonia bandar. Spesis ini oleh dibiakkan melalui daun yang matang
7. Begonia Bandar
Spesis Begonia Bandar adalah jenis yang sukar untuk dijaga. Spesis ini tidak boleh terlalu banyak air, terlebih air automatik K.O
Ciri-ciri Begonia bandar adalah mempunyai daun yang sangat cantik, daunnya tidak sebesar pokok keladi yang lain. Ia juga boleh dibiakkan melalui daun yang matang.
8. Sygonium Kampung
Prokok Syngonium kampung ni sangat mudah untuk korang jumpa di kampung. Berbanding dengan Syngonium bandar, ciri daun spesis ini kurang cantik. Syngonium kampung adalah jenis pokok menjalar
Tanaman ini perlu disiram air sebanyak 2 kali sehari pagi dan petang. Untuk membiakkannya, adalah dengan cara potongan batangn yang mempunyai akar dan tanam dalam pasu atau terus ke tanah
9. Sygonium Bandar
Syngonium Bandar adalah jenis tumbuhan menjalar yang agar suka untuk ditemui. Oleh sebab yang demikian, harga pokok jenis ini sangatlah mahal
Cara pembiakan Syngonium Bandar adalah dengan cara potong bahagian batang yang mempunyai akar dan tanam di pasu atau direct tanah
10. Anthurium / Telinga Gajah
Pokok yang agak exclusive dan diketogorikan sebagai indoor plan (100% nak teduh). Ciri daun pokok spesis ini seakan sama, namun saiz atau lebar daunnya yang membezakan mereka, daunnya mempunyai line putih yang berbentuk telinga gajah dan daunnya kehijauan tua yang sangat cantik.
Anthurium hanya perlu penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja. Cara pembiakkannya adalah dengan memotong ubinya dan tanam dalam pasu. Lakukan kaedah pengewapan untuk cepat keluar tunas baru
11. Calathea
Spesis ini juga adalah indoor plan (100% nak teduh). Ianya merupakan tumbuhan dari jenis yang suka duduk berdekatan dengan pokok-pokok lain (jenis nak berkawan), lebar daunnya bergantung size pasu, senang beranak
Cara penjagaannya adalah dengan menyiraman 2 kali sehari pagi dan petang.
12. Aglonema
Aglonema merupakan spesis pokok indoor plan (100% nak teduh). Pokok dari spesis ini mempunyai ciri batang menegak dan daun yang pelbagai corak yang menawan
Cara jaga pokok ini adalah dengan menyiram air sekadar melembabkan tanah sahaja. Cara pembiakan kena potong ubinya dan lakukan kaedah pengewapan. Tapi, spesis ini adalah susah membiak /beranak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2022/01/jenis-keladi-viral.html