Kekal Atau Keluar Dari Kerajaan Mesyuarat Mkt Esok Saksikan Pertembungan Dua Kem


 



April 24, 2021 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli-ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT menyebelahi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, pertembungan dua kem itu dijangka tidak dapat dielakkan kerana UMNO kini sedang berhadapan persimpangan dilema dalam menentukan hala tuju dan nasib parti itu bagi mengharungi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, kem Ismail Sabri yang disokong ahli-ahli MKT cenderung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pemimpin UMNO ‘kluster menteri’ serta kem Ahmad Zahid didukung pemimpin ‘kluster mahkamah’ dan berkecuali dijangka akan memberi pendirian masing-masing berhubung dua persoalan utama.
“Persoalan pertama adalah mengenai keperluan UMNO menarik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN dengan kem Ismail Sabri dijangka akan lebih rasional membicarakan perkara itu.
“Persoalan kedua pula mengenai kewajaran pemilihan UMNO diadakan mengikut jadual. Dalam menentukan perkara itu, saya menjangkakan kem pro-Presiden UMNO akan berusaha memastikan proses diwajibkan Perlembagaan UMNO itu akan ditangguhkan semaksimum 18 bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan pada 25 April ini bakal membuat keputusan sama ada pemilihan UMNO akan diadakan mengikut jadual atau ditangguhkan.
Sekiranya mengikut Perlembagaan UMNO, proses pemilihan perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dengan tempoh penggal kepimpinan parti sedia ada berakhir pada bulan Jun.
Bagaimanapun, perlembagaan juga menyebut pemilihan UMNO boleh ditangguhkan kepada 18 bulan, dengan syarat alasan penangguhannya diterima Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Selain itu, mesyuarat MKT tersebut juga bakal menjadi penentu hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung bulan lepas sebulat suara memberikan mandat kepada badan tertinggi UMNO itu untuk menentukan tempoh kepada parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Dalam pada itu, Syed Agil berkata, di sebalik apa jua isu-isu bakal diperdebatkan dua kem berkenaan dalam mesyuarat MKT UMNO kelak, beliau berharap ahli-ahli MKT tidak mengambil satu sikap terburu-buru, sentiasa bersikap rasional dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti.
Jelas beliau, MKT UMNO harus mengambil kira cabaran kerajaan sedia ada dalam mendepani kemungkinan gelombang keempat Covid-19 sebelum membuat keputusan yang membelakangkan kepentingan rakyat.
“Selain itu, mesyuarat MKT kali ini juga adalah merupakan satu platform untuk semua parti di luar sana merancang strategi politik terkini sama ada mereka boleh membentuk jajaran kerjasama politik baharu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau tidak.
“Sebagai contoh, adakah UMNO dan BN akhirnya akan mula mempertimbangkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP? Atau mereka akhirnya pertimbang untuk kembali bersama Perikatan Nasional (PN).
“Persoalan-persoalan itu pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT itu kelak bersama tuntutan penjelasan daripada Ahmad Zahid mengenai insiden rakaman perbualan telefon tular suara mirip beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua ini perlu diperjelaskan dalam mesyuarat itu demi mengukuhkan kembali kepimpinan parti,” katanya. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kekal-atau-keluar-dari-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Dua Generasi Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju

Pinjaman Dua Generasi Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Cadangan supaya institusi kewangan menawarkan pinjaman perumahan dua generasi dilihat hanya sebagai gimik untuk membantu pemaju menjual rumah berbanding usaha untuk membantu pembeli Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Unive...
Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 243 hits
Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan o...
Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 375 hits
Setiap kelahiran anak pasti ditunggu tunggu oleh ibu Dalam masa sama perasaan berdebar takut dan risau sentiasa bermain dalam fikiran Bukan hanya memikirkan saat kelahiran sahaja tetapi juga bayi dalam kandungan Selama 9 bulan dalam kandung...
Mesyuarat Mkt Penentu Hidup Mati Umno

Mesyuarat Mkt Penentu Hidup Mati Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 223 hits
Sekiranya usul menarik balik sokongan daripada kerajaan PN dimuktamadkan hayat kerajaan PN secara automatiknya bakal terbubar kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen UMNO dan BN yang masih memberikan sokongan adalah berjumlah 38 orang Selai...
Kerajaan Baharu Perlu Untuk Bawa Negara Keluar Daripada Kemelut Kata Zaid

Kerajaan Baharu Perlu Untuk Bawa Negara Keluar Daripada Kemelut Kata Zaid

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 216 hits
April 19 2021 Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata masalah utama yang dihadapi negara kini ialah kepimpinan yang lemah di Putrajaya PETALING JAYA Bekas menteri pusat Zaid Ibrahim menggesa supaya pilihan raya umum diadakan pada p...
Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 296 hits
Sesiapa sahaja boleh membuat ulasan atau memberi pendapat mengenai politik negara termasuk apa yang berlaku dalam UMNO Namun ulasan atau pendapat itu tidak semestinya memberi gambaran sebenar Sebab itu penting kita membuat penilaian sendiri...
Nampak Ada Teloq Sikit 4 Kali Mesyuarat Tak Ada Keputusan Esok Kali Ke 5 Sayang Sungguh Kat Yiddin

Nampak Ada Teloq Sikit 4 Kali Mesyuarat Tak Ada Keputusan Esok Kali Ke 5 Sayang Sungguh Kat Yiddin

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 166 hits
SHAHBUDIN HUSINWalau sepatutnya tindakan ini sudah lama diambil apa pun belum terlewat untuk Zahid Hamidi melakukan pembersihan dalam UMNO bagi memudahkannya melaksanakan mandat akar umbi yang tidak mahu Bersatu diberi ruang lagi berkuasa d...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024