Kek Pisang Mentega Istimewa



Selalunya MY buat kek pisang guna minyak jagung aje. 
Tapi memandangkan MY terbeli banyak mentega untuk buat kuih raya masa bulan puasa hari tu, maka, berusahalah MY buat kek guna resipi yang ada mentega ni.  Mana-mana yang boleh habiskan, kita habiskan lah. Buatlah apa-apa yang patut sebelum tiba tarikh luputnya.Resipi kek pisang mentega ni MY jumpa dalam majalah Wanita. Sekarang majalah Wanita pun dah takde lagi. Mama Yan pun dah buang majalahnya. Cuma bahagian resipi tu MY ambil helaiannya dan simpan dalam fail. Bila bosan-bosan,selak-selak fail resipi,buat cari ilham  


RESIPI KEK PISANG MENTEGA
Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
3/4 cawan gula kaster
4 biji telur
3-4 biji pisang masak ranum
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar
Cara membuatnya:
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
2. Masukkan pisang yang sudah dikisar halus bersama vanila ke dalam adunan di atas dan pukul lagi hingga rata
3. Kemudian masukkan tepung, baking powder dan susu. Sebelum tu, ayak dulu tepung, baking powder dan susu.Kaup balik adunan hingga sebati
4. Bakar adunan kek dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah Celcius selama 1 jam.Tapi ikut mood oven masing masing juga membakar kek ni.
Lepas masuk tepung tu,kita gaul sehingga sebati satu arah dengan cara kaub balikkan aje.

Guna tin pembakar pakai buang ni senang.Boleh bagi bagi orang tanpa risau bekas tak kembali..hahahTapi sebaiknya bakar lah pakai tin pembakar.Kurangkan penghasilan sampah demi kelestarian alam sekitar.MY buat dua adunan.Hasilnya MY dapat 5 tin kek pisang.Bawa balik kampung dan bahagi bahagi pada sedara mara.Bau pisang + esen vanila tu memang sedap lagi harum semerbak bila dibakar.
cuba baca yang ni, kelakar : Oh Anakku!
Pisangnya MY kisar sampai halus mulus.Takde urat urat pisang.Takde ketulan pisang.Memang gebu tak macam kek pisang.Anak anak tak suka kalau yang terlalu lembab dan masih nampak pisang pisangnya.Memang tak dimakan nanti.Asalkan dioarang nak makan dah syukur dah.Anak anak memang memilih sikit bab makan ni.
ada orang buat kek pisang,memang nak rasa tekstur pisangnya.so pisangnya dilecek-lecek aje.yang tu terpulang pada tekak dan selera masing-masing.MY guna pisang berangan sebab suami MY tanam banyak pokok pisang berangan.hari tu buahnya banyak sangat..tu yang asyik buat kek pisang tu.
Siapa nak kek pisang homemade by MY? Angkat kening...hahaha 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/10/kek-pisang-mentega-istimewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cekodok Pisang

Cekodok Pisang

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Tajuk cekodok pisang tapi nieyl bukan nak share resepi tau saja nak share breakfast pagi ni Mak nieyl bekalkan cekodok pisang Cekodok pisang ni nieyl makan breakfast dan juga minum pagi kalau air biasanya nieyl akan minum ai...
Jantung Pisang

Jantung Pisang

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 222 hits
AssalamualaikumSelamat petang semua Apa aktiviti kalian petang ni Alhamdulillah walau sejak pagi cuaca mendung selepas jam 2 petang mula panas dan cerah cuaca di sini Elok la untuk beriadah dan bersenam Nak berkebun pun sesuai Bila meronda ...
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 284 hits
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan Anak anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadi...
Nasi Ayam Hainan Menu Istimewa Hujung Minggu Mudah Disediakan Sedap

Nasi Ayam Hainan Menu Istimewa Hujung Minggu Mudah Disediakan Sedap

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 412 hits
Nasi Ayam Hainan Menu Istimewa Hujung Minggu Mudah Disediakan Sedap Bila hujung minggu selain waktu kita anak beranak dapat berkumpul dan bersantai bersama tidak dinafikan pada hari tersebut kebiasaannya ibu akan teruja untuk menyediakan me...
Lepat Pisang

Lepat Pisang

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum selamat petang Indah sungguh cuaca petang Rabu ni Cerah dah ceria Nampaknya ada can la dak Aish nak main basikal lepas habis mengaji ni Disebabkan cuaca pun cerah mood pun ceria LM buat lepat pisang sikit tadi Kebetulan pakj...
Kaesang Ngopi Bareng Relawan Jokowi Tapi Pisang Gorengnya Bukan Punya Saya Pak

Kaesang Ngopi Bareng Relawan Jokowi Tapi Pisang Gorengnya Bukan Punya Saya Pak

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 217 hits
Tak hanya itu Kaesang juga sempat diberikan sebuah jaket berwarna putih dari ABJ
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat

Rossa Tegar Chord

Virgoun Orang Yang Sama Chord

Smugglers Using Drones As Lookouts Says Mmea

Family Of Jogger Struck By Drunk Driver Fulfils Her Organ Donation Wish