Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Master tak makan kek yang pelik-pelik sebegini apatah lagi kek berasaskan pisang! Tapi kek yang Mommy buat ni memang wonderful lah. Tak manis sangat rasa coklatnya tu, kemudian ada rasa pahit-pahit sikit, rasa pisang pun tak kuat sangat, kalau kuat sedikit mungkin Master tak jamah dah kek ni. Kemudian ada tekstur daripada benda apa tak tahu ditambah dengan badam. Kek ni tak berat sangat, sesuatu yang Master tak suka pasal kek. Tapi tidaklah ringan sangat. Akhirnya Master dah faham apa yang juri-juri duk ulas dalam pertandingan masakan. # Monday, 11 May 2020, 19:20 # IMG20200511192028.jpg # 20200511 # OPPO Reno2 #Kek Keju Terbakar (Burnt Cheesecake)Dimasak 7-8 hari selepas Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan sebelum ni. Master cari dalam peti sejuk tengok-tengok dah tinggal 4 ketul. Hahaha. Siapalah yang habiskan kek ni ya?
Burnt Cheesecake (Kek Keju Terbakar). Saja je Tedi bagi nama terbakar dan bukannya dibakar untuk menunjukkan keju pada Kek Keju Terbakar ini hampir nak hangus tetapi tidaklah hangus, nampak keraknya saja yang macam terbakar. Sedap kek ni walaupun lebih ringan dan kurang tekstur berbanding Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan sebelum ini. Tak payah pergi restoran kek Jepun yang Tedi tak ingat namanya tu untuk makan kek keju yang rasanya macam ni. # Tuesday, 19 May 2020, 19:09 # 20200519 # MG20200519190910.jpg # OPPO Reno 2 #
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |