Kek Mamasab Combo Jadi Pilihan Dijadikan Kek Harijadi
hai assalammualaikum
Kek Mamasab Combo Jadi Pilihan Dijadikan Kek Harijadi - Kek harijadi untuk tahun ni bagi birthday February, kita beli kek mamasab je..hehehee. Kenapa beli kek mamasab, kenapa tak beli kek harijadi yang cantik-cantik tu?
Haha, sebabnya, pernah beli kek harijadi satu perisa tu, sudahnya tak habis, sebab tak semua dalam rumah ni suka perisa tu. Kek mamasab ada ke perisa campur-campur? Ya Ada, sebab tu terfikir, tahun ni kek harijadi beli kek mamasab combo je..hehehe
Kita support kakak sayang kita Julia Johari, dia agen mamasab. Terus whatsup dia cakap nak kek mamasab, terus dia bagi katalog. Bila dah bagi katalog memang rambang mata la, susah juga nak pilih ni..hahahha
Kek Mamasab Combo Jadi Pilihan Dijadikan Kek HarijadiSebenarnya nad teringin sangat nak makan nutella tart mamasab tu, tapi tangguhkan dulu sebab fikir, dalam rumah ni tak semua suka coklat. Scroll punya scroll nampak kek mamasab combo ni. Hah, terus cakap, baik order kek ni ada 4 jenis perisa. Semua boleh makan
Kek combo mamasab ni ada perisa Kuih Pandan Gula Melaka, Pecan Butterscotch, Kek Coklat Devil Food Tanpa Keju dan Red Velvet Standard. Bentuk segiempat.
Terus cakap dengan kak Julia Johari, nak kek combo mamasab ni, pada tarikh 12hb. Siap suruh letak perkataan Happy Birthday Daddy dan Farhanah..ehhee
Terus kak Julia uruskan, bayar apa semua dan tunggulah 12hb
Hari yang ditiba pun sampai, runner pun sampai petang. Okla, sebab nak sambut pun malam, jadi kita masukkan dalam peti ais dulu. Dibungkus macam dalam gambar tu..ehehe. Siap ade tulisan Happy Birthday
Malam tu buka, wow kotak dia unicorn. Suka la budak-budak, tengok kotak pun dah lawa..hahaa
Alhamdulillah, kek dalam keadaan baik, nampak sedap ye, sama macam dalam gambar
Kasi close up sikit, aummm sedap kan. Cream di atu, cantik je bentuk
Sebelum-sebelum ni takut nak beli, sebab ramai cakap kek mamasab ni tak sedap. Yela, dah keluarkan banyak-banayka jadi kualiti kek tu kurang. Tapi, tu la, tekak orang lain-lain, kene cuba sendiri baru tau sedap ke tak
Bagi nad sedap kek mamasab combo ni. Lembut je kek dia. Macam suami dan anak-anak diaorang suka tiga perisa tu, pandan, butterscoth dan red velvet. Coklat kurang sikit bagi diaorang sebab rasa betul coklat, rasa pekat, ada rasa pahit coklat. Kira okla kek mamasab ni, takdela tak sedap sangat macam orang cakap tu
Sama je macam kain Norwex, nampak mahal, taknak beli, membazir katanya, tapi cuba try dulu, baru tau kenapa dia mahal. Kain bukan sebarang kain, kain tahan lama, tak berkulat, tak amcam kain biasa cepat kotor, berbau tu. Hah!, kalau korang bermiant dengan kain Norwex, boleh whatsup nad https://nrwexnad.wasap.my/ .Eh terpromote pulak..hehehee.
Korang kalau nak cuba kek mamasab ni, boleh je contact kak Julia Johari contact +60 13-632 7333
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/02/kek-mamasab-combo-jadi-pilihan.html