Kek Coklat Milo Kukus Moist Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina Kesukaan Budak Budak


As Salam,Mudahnya Buat Kek Coklat Ikut Resepi Kek Coklat Milo Moist Sukatan Cawan Azlina Ina-Mesti korang pernah buat atau pernah tahu pasal kek milo yang viral atau kek coklat moist lembap kat mana-mana media sosial kan?Haa, kali ini saya nak kongsikan mudahnya nak buat kek coklat plus milo resepi kak Azlina Ina yang katanya dah jadi Jutawan kek sekarang:) 
Kek Coklat Milo Kukus Moist By Blogger Cik Matahariku:)
yang ini pula kek coklat milo moist kak Azlina Ina-Amacam? menjadi tak kek coklat milo kukus saya kat atas tu.kikih

Bagi saya, kek ini lebih kepada taste budak-budak.Depa suka milo dan manis.Tambah dengan topping yang melimpah, apa lagi yang mengembirakan budak-budak ni kann

Saya buat kek ni pun sebab nak lepaskan gian membaking.haha.Sejak sebelum puasa dah plan nak buat kek coklat sendiri.Tapi tulah kan.Plan kemain.Sudahnya ko order je kek dari kengkawan.kihkih

Kali ini saya sengaja ingin mencuba resepi lain bagi kek coklat selain resepi kek coklat sedap yang saya pernah kongsikan di sini : Kek Coklat Moist Yang Sedap- Saya memang kureng sikit kalau buat kek milo semata, jadi saya nak mencuba resepi kek coklat milo iaitu gabungan serbuk koko dan milo.Mehlah kita berjemaah cuba resepi kek coklat milo kukus kak Azlina Ini ni

Kek coklat milo ni sebelum saya curahkan toppingnya rasanya tidaklah terlalu manis, jadi bila kita curah topping, barulah terasa manisnya dan ia jadi lebih enak

Buat Kek Coklat Milo Kukus Dengan Anak LelakiKorang bayangkanlah, saya buat kek ni hujung minggu, anak-anak pula tengah busy siapkan homework, sambil kita sibuk nak mix telur bagai, masa tulah dok tanya macam mana nak buat ayat dalam karangan.Ko rasa?Masa mama nak membaking, masa tulah korang pakat buat rajin kan.Sabo jek.pheww

sudahnya budak kemetot ni offer nak tolong.Mama rasa nak huge u kuat-kuat tau.ahaks
Satu lagi sebab yang menguatkan semangat nak buat kek coklat kukus ni ialah saya nak cuba pengukus baru yang Encik Suami belikan kat Tesco sejak beberapa bulan nan lalu.Entah bulan entah tahun lepas.kiki.Rasa bersalah je sebab pahala pemberian suami tak mengalir lagi.heh


Dia punya kilat memang tak boleh tahan kan.Nampak sangat kebaharuannya kan.Saiz food steamer ni memang besar.Dua tingkat lagi ko.Harganya sangatlah murah time Encik Husband beli.Tengah promosi rasanya masa tu.Tak silap hanya RM29.90 sahaja

 Ni pula ruang dalam pengukus.Besar kan? Memang puas hati kalau korang buat bisnes jenis kuih atau makanan yang dikukus

Resepi Kek Coklat Milo Sukatan Cawan
Sumber resepi : Instagram Azlina Ina
Berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan:
5 biji telur
1cawan gula halus
1sudu besar ovalate
1sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
Sedikit garam halus
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air panas
1 cawan milo

Mudahnya Buat Kek Coklat Ikut Resepi Kek Coklat Milo Moist Sukatan Cawan Azlina Ina


 Akhirnya, berguna jugak food steamer pemberian Encik Suamiku yang tersayang ni.Semoga pahalanya mengalir sehingga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini.aamin

Banyak cara nak kukus kek ni.Ko buatlah macam mana gayapun, asalkan wap air pengukus tu tak jatuh atas kek ko yang gebus tu nanti

taraa.kek coklat milo kukus yang moist dah siap.Masa ni saya kukus ngam-ngam 60 minit, tu pun saya tinggal je sebab tengah bersiap nak hantar anak balik hostel. Lepas tu terus potong separuh sebab si kakak nak bawak balik hostel.Masa ni memang tak sempat nak buat topping bagai

Orait, ni rupa kek yang dah siap topping.Bagi saya secara personal, kalau makan kek coklat milo ni tanpa topping memang biasa-biasa je rasanya.tapi bila dah curah topping, barulah ngam kat tekak saya rasanya. 
Dah macam-macam aksi kek coklat milo kukus ni saya kerjakan.haha.Korang cubalah buat sendiri.Bagi budak-budak dalam rumah saya atau semua budak lain pun saya rasa depa memang akan kata kek coklat milo ni sedap. 
Cara Menyediakan Kek Coklat Milo Resepi Azlina Ina
Mix bahan-bahan seperti telur, gula halus, ovalette dan esen vanila sehingga kembang elok.Masukkan 3/4 cawan susu pekat(milo dah manis jadi susu pekat cikgu kurangkan)dan masuk kan 1 cawan minyak masak.Slowkan mixer.Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang diayak seperti tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.Boleh kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.Masukkn 1 cawan milo dalam 3/4 cawan air panas nak bancuh dalam jug atau mug pun boleh asalkan sukatan secawan.pastikan guna air panas dan bancuh milo dan air panas tadi.Kacau supaya larut dan masukkan dalam adunan tadi dan kacau rataPanaskan kukusan dan kukus api besar 10 minit kalau pengukus jenis berkaca kalau pengukus biasa 20 minit.Masukkan adunan kek tadi ke dalam pengukus apabila air sudah mendidih.Jangan lupa tutup pengukus dengan kain atau plastik supaya kek tak terkena wap air.Kukus dalam tempoh 45-60 minit, boleh cuba dulu dengan lidi atau tooth pick nak pastikan kek sudah masak atau belum.Ganache ( topping kek coklat ) Azlina Ina
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
1 cawan whipping cream
3 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair
biar kan sehingga 2 jam kemudian baru curah atas kek.

Untuk kek coklat milo kukus moist saya, saya gunakan topping seperti di bawah.Saya tak ikut resepi Azlina Ina sebab kat fridge takde whipping cream n coklat compound.Den guna mana yang sonang tapi sodap.

Topping Kek Coklat Milo Kukus Cik Matahariku
4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar butter/ minyak
2 sudu besar susu cair

Orait, selamat mencuba kepada penggemar kek milo, tapi yang ini versi kek coklat plus milo. Kalau korang dah cuba n berjaya, kongsilah kat ruang komen ya.Readers lain yang belum mencuba nak tahu jugak review korang tentang resepi ni.

Sampai jumpa lagi:)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/07/kek-coklat-milo-kukus-moist-sukatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Kukus Coklat Mudah Guna Sukatan Cawan Dan Blender

Kek Kukus Coklat Mudah Guna Sukatan Cawan Dan Blender

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 873 hits
Assalamualaikum Siapa nak resipi kek kukus coklat yang senang dan paling mudah Tak sampai 2 jam dan boleh makan Tak perlu ketuhar tak perlu mixer Bahan A3 biji telur1 cawan minyak masak1 cawan gula1 sk esen vanila Bahan B1 cawan tepung gand...
Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut Moist Dan Gebu Sukatan Cawan

Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut Moist Dan Gebu Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 885 hits
Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut Moist Dan Gebu Sukatan Cawan Salam semua nak penghujung syawal dah sekejap jer masa dah masuk bulan 7 dah Tak lama nak raya haji pulak ni Nampak di masjid pun orang dah mula ada buat sembahy...
Resepi Biskut Raya Simple Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina

Resepi Biskut Raya Simple Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 1498 hits
assalamualaikum Jumaat menjelma penghulu segala hari jgn lupa baca surah Yassin al Kahfi di masa terluang ye jgn pula korbankan kerja hakiki karang bos berbunyi plak terutama surah al Kahfi 110 ayat boleh la dibaca sedikit sedikit menjelang...
Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi

Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 2638 hits
Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi Tart Nenas satu jenis kuih raya moden yang masih laku keras hingga sekarang Tart Nenas Gulung antara kuih raya feveret MF tau Pergi mana mana rumah beraya cari kuih ni dulu kalau ada memang s...
Resepi Agar Agar Milo

Resepi Agar Agar Milo

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 572 hits
As salam Hari ini saya teringin nak memasak agar agar yang sudah lama saya beli Agar agar itu berwarna merah dan kononnya mudah bila dimasak nanti tak payah pakai perwarna Dalam hati teringin jugak campurkan milo dalam agar agar tersebut su...
Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 938 hits
Puding Roti Marble SedapSukanya rasa puding roti sedap dan mengenyangkan Yelah sebab menggunakan roti kan Makan sepotong dua pun dah kenyang Kalau roti buku di rumah tak dapat perhatian susah nak dihabiskan buat saja puding roti marble Cara...
Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik

Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 1525 hits
Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik Ada yang nak resepi kek pandan kukus cheese leleh Atau anda hanya suka beli dan terus makan serupa saya its okay mudah dan terus leleh di mulut Ya dak Tapi mana tahu hujung minggu nanti anda terlebih ra...
Kek Marble Moist

Kek Marble Moist

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 661 hits
Asalamualaikum dan salam jumaat lepas majlis bacaan surah Al Kahfi meh la menghadap dapo maya ni kek yang kak rose buat masa makan2 raya kat rumah ni tak sempat nak posing2 sbb tuan rumah kebizian menyediakan hidangan menu yang lain selain ...
Resepi Kek Marble Dgn Periuk Noxxa

Resepi Kek Marble Dgn Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1647 hits
5 biji telur gred b 1 2 cawan gula kastor 1 sb ovalete 1 cawan minyak 1 cawan susu pekat 1 sk esen vanilla 2 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 2 sb serbuk koko ganti dengan pewarna pilihan cara cara 1 Mix gula telur susu pekat dan oval...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened