Kek Cheese Leleh Gebus Dan Sedap
Siapa peminat Kek cheese leleh. Kita geng. K.fiezz memang minat dengan kek cheese. Kalau nampak yang ber cheese-cheeese ni, mesti suka. Cuma cheese ni memang sedap tapi tak boleh makan banyak-banyak. Nanti muak. Haritu k.fiezz ada nampak salah seorang kawan blogger merangkap seller yang jual kek cheese leleh ni. Kalau tak silap k.fiezz, selain kek cheese leleh ni, ada juga dia jual kek coklat. Selalu lah nampak dia post kek cheese leleh ni di facebook. Eh, tergoda pula kita. Tapi dia selalu open order area Shah Alam & kadang-kadang je dia open order di area lain. Nak ke Shah Alam jauh la plak, weiii.. Jadi bertabah je lah tunggu bila dia nak open order untuk area KL. K.fiezz memang ada komen di post dia kalau buka area KL, beritahu lah. Nak menyelit order
Open Order Kek Cheese / Kek Coklat Area KLPucuk dicita ulam mendatang, haritu dia pm tepi k.fiezz sebab dia tengah open order untuk area KL/PJ dan sekitar. Apa lagi.. Harus lah selit order. K.fiezz pilih kek cheese leleh ni.. Selain kek cheese leleh ni ada juga kek coklat. Ikut lah citarasa masing-masing. Bawah ni saiz kek & harga kek cheese leleh dan kek coklat yang dia jual.
P/S - banner ni masa dia promote open order untuk KL/PJ & kawasan sekitar.
3 jenis kek di NA KitchenKek Choc.Moist / Cheese Leleh / Tornado
Kek Cheese Leleh Jadi Pilihan K.fiezz
Macam yang k.fiezz inform atas ni, pilihan k.fiezz harus lah kek cheese leleh. Walaupun k.fiezz peminat tegar kek coklat. Hehe. Sesekali tukar selera. Kebetulan masa k.fiezz order ni, k.fiezz & mr hubby baru ambil stok kek coklat & kek cheese pelbagai perasa dari kedai kakak mr hubby. Banyak pula nak makan coklat. Manis sepanjang minggu makan kek coklat hari-hari. hehe.
Saiz kek cheese leleh yang jadi pilihan k.fiezz - RM25.00
Komen k.fiezz - Kek cheese lembut, gebu. cheese meriah, penuh sampai ke bawah. Cuma macam k.fiezz beritahu di atas tadi, cheese ni tak boleh makan banyak-banyak, dia jadi muak. Lepas tu kalau boleh habiskan dalam masa 2-3 hari. Macam haritu k.fiezz masuk peties & makan sikit-sikit sebab makan berdua je. Ambil masa 1 minggu juga nak habiskan. Masa hari ke-7 tu, dah rasa masam-masam sikit. Nasib dah tinggal sepotong je lagi kek cheese leleh ni.
Kalau korang di sekitar Shah Alam & nak cuba kek cheese leleh ni, boleh roger no. yang tertera dalam gambar di atas. Untuk yang di kawasan lain, sila follow instagram NA Kitchen. So boleh nampak update bila dia open order area luar Shah Alam.
Bukti tau sis beli kek cheese leleh dengan NA Kitchen ni..hehe.
kredit gambar >> Dramafmr
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/12/Kek-Cheese-Leleh-Gebus-Dan-Sedap.html