10 Resepi Kek Marble Azlina Ina Yang Cantik Sudah Semestinya Sedap Dan Lazat


Kek marble adalah kek yang paling senang nak di buat. Rupa pun cantik dan menyerlah. Sekarang kek marble telah di transformasi dengan pelbagai rupa dan perisa yang memukau. Kek marble yang telah di transformasi yang paling terhangat adalah kek marble Azlina Ina. Bukan hanya 1 atau 2 jenis. Banyak jenis kek marble telah di ubahsuai ke pelbagai rupa dan perisa oleh beliau.


10 Resepi Kek Marble Azlina Ina Yang Cantik, Sudah Semestinya Sedap Dan Lazat
Terpana para pembuat kek dan penggemar kek dengan transformasi kek marble Azlina Ina. Yang lebih mengujakan Puan Azlina Ina ini tidak kedekut resepi. Maka bertebaranlah rersepi kek marble Azlina Ina ini di layar maya. Ramai yang teleh kongsi resepi kek marble Azlina Ina ini. Aku poun nak kongsi juga resepi kek Marble Azlina ini di blog. Nanti mudah aku nak mencari resepinya di blog sendiri sahaja. 


Jom kita sama-sama check resepi kek marble Azlina  ina yang cantik, sudah semestinya sedap dan lazat ini.  Selepas ini bolehlah terus membuatnya. Bukan hanya 1 resepi, ada 10 resepi kek marble ini tau. Sungguh mengujakan, gittew!


10 Resepi Kek Marble Azlina Ina Yang Cantik, Sudah Semestinya Sedap Dan Lazat
- 1 - Kek Marble Paddle Pop

Bahan-bahan kek marble paddle pop:
6 biji telur gred b 1 cawan gula castor 170-180g 1sudubesar ovalate 2 sudukecil esen vanila 5sudubesar yogurt asli tak kisah jenama apa.
Jangan lupa : - Tambah tepung self rising 2 cawan(200g) dalam tu dan 5 sudu besar susu pekat.. Dalam resepi ni tak menggunakan susu segar dalam adunan sebab dah di ganti dengan yogurt.
- Mana-mana yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sikit tepung 170g plus 30g susu tepung. Putar 3 minit,slow speed

- Kemudian naikkan hight speed sampai gebu (angkat kepala mixer adunan tak jatuh kebawah, maka adunan kamu perfect).
- Butter atau majerin tu cairkan awal-awal. Dah cair baru sukat 160g dalam 1 cawan lebih sikit je dan kalau majerin atau butter tu suam lagi bagus, Kek lagi moist. Guna loyang 9x9.
- Adunan dituang bertindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis,hentakkan sikit Permukaan die just lorek-lorek biasa je.
- Suhu oven set dulu 170 darjah,panaskan 5 minit. Turunkan 150 darjah,set masa 45 hingga 50 minit. Masukkan loyang tadi dan letak tingkat rak bawah sekali dan tunggu sampai masak.
- Kalau lepas 40 minit jangan bukak oven, Goyangkan pintu oven je tengok tengah-tengah adunan kek tu kalau masih bergoyang teruskan membakar. Jangan korang cocok tengah-tengah kek tu awal-awal mendap tengah kek korang nanti.
- Dah masak terbalikkan atas redai dan tunggu 2 hingga 3 jam untuk corak atas dia. Siap!
- 2 - Kek Marble Diva Gebus Tak Hengat

Bahan-bahan kek marble diva:
6 biji telur( nak cantik naik elok senang kembang guna telur omega atau nutriplus tak caya try) 1cawan gula(170g) 1 sb ovalate 3sb susu pekat 1 sk esen vanila 1/4 cawan susu segar 3 sb tepung susu 2 cawan tepung self rising(200g) Masuk semua sekali dalam mixer,  mix sampai gebu putih.

- Sementara tu cairkan butter dan sukat 1 cawan atau 150g (nak moist,suam-suam ya.) Masuk dalam bahan mix tadi dan kacau rata. Bahagikan ikut la warna ape nak ye.
- Lapik baking paper dalam loyang 9x9 kalau 8x8 melimpah dan panaskan oven sekejap je. Setkan rak bawah sekali dalam oven dan suhu 150 darjah jangan lebih,masa 45 hingga 50 minit bergantung oven masing-masing tau.
- Ok sekarang ting masak. Sisip tepi kek dan tebalikkan atas redai petak-petak dan biar 3 hingga 4 jam.Masa panas, permukaan kek keras jadi bentuk redai,takkan tak terbentuk.Tunggu die sejuk baru cantik coraknya. Siapp!
- 3 - Kek Marble Pandan Santan Moist

Bahan-bahan kek marble pandan santan moist:
6 biji telur gred B 1 cawan gula halus 1sb ovalate 30g serbuk santan 1/4 cawan susu segar 2 cawan tepung self rising Mix sebati sampai gebu
Lepas tu masukkan 1 cawan /170g majerin dicairkan. Kacau rata

Bahagikan 2 bahagian: - Satu bahagian ori,satu bahagian letak 1 sudubesar emolco pandan coconut dan 1 sudubesar pewarna hijau aple.
- Kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper. Letak satu-satu senduk adunan sampai abis. Panaskan oven 5 minit. Masukkan kek dan set suhu 160-170 darjah,masa 45 hingga 55 minit api atas bawah, rak no 1 dari bawah.
- Siap boleh tebalikkan kat redai biarkan 1 jam dan tebalikkan semula boleh potong dengan pisau potong kek.
- 4 - Kek Marble Pure Butter Harimau Malaya

Bahan-bahan kek marble pure butter harimau malaya:
250g pure butter 1 1/4 cawan gula halus tak tau cawan,180g telur 6 bijik gred B( takyah tanya gred lain korang cari je gred B kat uganda sampai jumpa ) 2 cawan tepung self rising/200g tepung self rising 4sudubesar susu segar( tak kisah depan die gambar apa) 1sudukecil emolco oren dan lemon
2sudubesar serbuk koko
Ok buah ikut sesuai dengan tema.Korang rasa tak jumpe limau mandarin,korang pakai je la lemon. Saiz loyang boleh gune saiz 9x9 nipis sket kalau 8x8 agak tebal sikit.
Cara-cara:
- Butter dengan gula serta esen oren di mix sampai kembang dulu. Sementara butter kembang, korang ayak tepung. Dah kembang butter masukkan sebijik telur dulu. Mix slow bagi sebati,baru masukkan telur kedua dan seterusnya.
- Matikan mixer,masuk 2 senduk tepung tadi, Kacau berselang dengan susu pulak, kacau. Dah abis semua tepung dengan susu, kacaukan semua sekali.Korang parutkan kulit limau sikit. Korang sagat kulit die yang oren-oren tu je bagi wangi. Ok kacau lagi.
- Ambik sebahagian adunan untuk bahagian marble coklatnya.Masukkan serbuk koko dan kacau.Tambah 2 sudu besar susu segar,kacau sebati. Satu bahagian letak emolco lemon,pewarne oren sikit dan kacau jugak.
- Lapik baking paper dulu ye.Buat 4 tompok,baru letak adunan kat tengah-tengah.Isi adunan sampai abis. Ok lorek-lorekkan.Buah limau potong nipis, susun cantik-cantik atas kek

- Api atas bawah suhu 180 darjah masa 45 hingga 50 minit. Dah masak tebalikkan kat redai. Tebalikkan semula kat board dan boleh potong.aummmmmmm makan panas-panas la best weh. Memang best sangat kek ni gebu dan sedap sangat.
- 5 - Kek Marble Lawa Jelitas

Bahan-bahan kek marbel lawa jelitas:
Asingkan: 5 biji telur putih dan kuning ok so kite bahagikan 3 bahagian: telur putih 5 50g gula castor kalau nak blend bagi lagi halus pun boleh
B 5 biji kuning telur 250g majerin pelangi 200g gula castor 1sb esen vanila 200g tepung self rising kalau takde tepung gandum plus 1sk baking powder ye,ayak. 50ml susu segar
Langkah 1 : Putih telur dan gula 50g satukan Mix sampai bertanduk
Bowl kene bersih dan mix kene hight speed Bila dah cantik betanduk ketepikan kejap.
Gula Majerin Telur kuning esen vanila Satukan dan mix sampai gebu Kat sini nak add on ovalate 1 sudu besar pon boleh.
- Dah kembang elok, masukkan adunan tepung tadi beselang dengan susu segar. Last, matikan mixer. Cedukkan sesenduk putih telur masuk dalam adunan. Kacau rata. Buat sampai putih telur habis.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Gunakan colour ameri atau colour serbuk lagi cantik.Tapi ni mak guna colour cecair biasa je repack kat bakery takde jenama pun. Ambil sesenduk adunan,masukkan ke dalam loyang 8. 
- Seterusnya,ambil sesenduk adunan yang kedua letak atas adunan yang pertama.Ulang langkah sama untuk adunan seterusnya. Last nak corak die mak pun bukan pandai corak2,belasah je.
- Penting: Suhu oven panaskan 180 darjah. Nak masukkan kek,turunkan suhu ke 150-160 je. Masukkan kek letak pada rak bawah sekali. Set masa 50 minit hingga 1 jam. 
- Memang lambat sikit masa sebab kite gune suhu rendah kalau kuat sikit nanti merekah. Kalau jenis oven atas die rendah atau oven kecik. Usaha cari aluminium foil masa nak dekat masa 35 minit dah berlalu macam tu ambik aluminium foil tutupkan atas loyang.
- Teruskan sampai abis masa maka permukaan kek akan cantik. Siapp!
- 6 - Kek Marble Bantal Susu Gebu

Bahan-bahan kek marble bantal susu gebu:
Cairkan majerin pelangi sukat 1 cawan 5 biji telur 1 sb ovalate 1/4 cawan susu tepung(50g) 1/2 cawan susu pekat (100g) 3/4 cawan gula halus(180g) 5 sb susu segar(30g) 220g /2 cawan tepung self rising add on 1 sk serbuk vanila(wajib serbuk vanila)
- Campurkan semua bahan mix slow speed 2 minit up pada hight speed sampai gebu. Slowkan volume mixer 2-3 saat masukkan majerin ynag dicairkan tadi dan kacau sebati. Bahagikan beberapa bahagian dan letakkan pewarna ceria-ceria. 
- Susun sesenduk2 sampai habis last corakkan ikut kreativiti korang. Panaskan oven.Guna tingkat bawah sekali letak loyang suhu 150-160 masa 1jam.Kalau oven kecil kadang cepat masak kene pandai tengok api oven tu ya..
- Bile masak sisipkan tepi-tepi kek dan tebalikkan atas redai 2-3 minit je bukak loyang dan keluarkan atas redai biar 2-3 jam,baru dapat corak atas kek tu kalau nak jual sebijik.Kalau nak potong-potong takyah tunggu lama. Selamat mencuba anak2 mak.
- 7 - Kek Marble Loaf Tiramisu

Bahan-bahan kek marble loaf tiramisu:
Majerin cairkan dulu,sukat 170g
Seterusnye, 6 biji telur gree B 1 cawan gula halus(170-180g) 1sb ovalate 1/4 cawan whipping dairy 1 +3/4 cawan tepung selfrising(170g )
1sk esen vanila 1sk emolco coklat 30g milo+20gserbuk koko
Bancuh awal dengan air panas sikit: 1sudubesar nescafe 1/2 sachet old town white coffee
Cara-cara:
- Masukkan ke dalam mixer, telur, gula, whipping, ovalate, esen vanila, serbuk milo dan koko, tepung self rising,mix sampai gebu(angkat kepala mixer,adunan melekat dan tak jatuh). Matikan mixer.
- Masukkan majerin atau butter cair tadi 170g ke dalam adunan tadi, kacau guna spatula je. Bahagikan adunan kepada dua bahagian,satu bahagian letak campuran nescafe dengan oldtown tadi.
- Dapat 2 bahagian perisa dan colour. Sediakan loyang 8x8 sendukkan bancuhan berselang sampai habis,hentak-hentak sikit. Buat lorek belasah je corak ape pun.
- Panaskan oven api atas bawah sekejap. Set suhu 150 darjah masa 50 minit hingga 1 jam. Masukkan adunan rak no 1 dari bawah.
- Lepas 40 minit baru boleh goyang sikit pintu oven,tengok kek dah masak ke belom.Kalau dah confirm tak bergoyang tengah-tengah kek,baru tarik sikit dari oven dan cucuk tengah-tengah permukaan.
- Kalau lidi licin boleh tambah sikit je masa bagi garingkan kek sikit. Bila dah siap tebalikkan atas redai.Biar 2 hingga 3 jam di situ. Lepas tu boleh hiaskan ikut suka korang nak tiru pun boleh lah. Siap!
- 8 - Kek Marble Minyak Oren Gebu

Bahan-bahan kek marble minyak oren gebu:
5 biji telur gred B 1 cawan gula halus 1sudubesar ovalate 1sudubesar pati oren sunquick 1sudukecil oren oil kat bakery ade jual ( ni yang bau die naik sedap ) 3 sudu besar parutan kulit limau sunkist 1/4 cawan santan kara 2 cawan tepung self rising (mix sebati sampai gebu). Last masukkan 1 cawan minyak jagung,kacau rata.
Bahagikan 2 bahagian :
- Satu bahagian tambah pewarna oren dan satu bahagian letak 2sudu besar serbuk koko dan 1 sudukecil emolco coklat.
- Kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper. Panaskan oven 5 minit. Masukkan kek dan set suhu 160 hingga 170 darjah,masa 45 hingga 55 minit,api atas bawah,rak no 1 dari bawah.
- Alhamdulillah bila dah masak keluarkan dan tebalikkan atas redai. Biar sejam dan boleh letak atas board. Siapp!
- 9 - Kek Marble Gebu 5 Bahan

Bahan-bahan kek marble gebu 5 bahan:
Majerin 300g Gula perang 200g Telur 6 biji Tepung self rising 200g Serbuk koko 20g
Cara-cara:
- Majerin dan gule perang satukan. Mix kalau takde mix, pakai whisk je sampai sebati dan kembang. Masuk telur satu-satu. Slowkan mixer,masuk tepung.
- Last, matikan mixer kacau rata. Satu bahagian adunan,letak serbuk koko dan kacau. Bawah loyang lapik baking paper. Boleh tuang selang seli dalam loyang 8x8.
- Siap dah,jangan lupa lepas selang-selikan adunan tadi kene hentak-hentak sikit bagi die rata. Bakar suhu 170 darjah,api atas bawah masa 50 hingga 55 minit bergantung oven masing-masing ya. 
- Dah siap,terbalikkan kat redai.Baru ambik board tebalikkan semula.Potong pakai pisau yang begerigi. Siap dah boleh hidang.
- 10 - Kek Marble Butter Moist Cakes

Bahan-bahan kek marble butter moist cakes:
400g butter 1 1/2 cawan gula halus 1 sudukecil essen vanila mix sampai kembang berkrim (adunan jadi warna putih cream)
Sementara tu ayakkan: 1 cawan tepung self rising bluekey kotak pink 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung susu
- Masukkan sikit dalam adunan butter tadi bahan dibawah:  1/4 cawan susu pekat mix sekejap.  5 biji telor(masuk sebijik-sebijik dengan kiraan 1 2 3). Matikan mixer dan masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau rata..kacau gune spatula je..
- Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian ori.1 bahagian lagi letak 1sudukecil emolco coklat dan 2 sudu besar serbuk koko.. Oleskan loyang 9x9,panaskan oven dan tuang adunan berselang atas loyang yang dilapik baking paper.
- Bakar suhu 180 masa 45 hingga 50 minit bergantung oven masing-masing. Dah masak keluarkan kek dari oven, Sisip tepi-tepi kek.Atas kek lapik tisu dapur dan tebalikkan kek 2 minit ambik board dan tebalikkan semula. Siapp!

Selesai belek 10 resepi kek marble Azlina Ina  yang cantik, sudah semestinya sedap dan lazat ini. Aku salin terus resepi tanpa edit . Jadi agak berterabur sikit gaya Puan Azlina Ina ini bagi resepi. Tapi senang faham , kan? Begitulah gaya tersendiri dia letak resepi di wall FB dia. Sesedap rasa dengan gaya percakapan yang terus dan bersahaja.... huhu!
Nak dapatkan resepi-resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Berkobar-kobar semangat nak membakar kek marble resepi Azlina Ini ni nanti, berperisa macam-macam nampaknya.... 
#kredit group FB loyang & acuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/12/10-resepi-kek-marble-azlina-ina-yang-cantik-sudah-semestinya-sedap-dan-lazat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral Warna Cantik Teksturnya Lebih Lembut Lembab

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral Warna Cantik Teksturnya Lebih Lembut Lembab

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 425 hits
Kek marble antara kek pilihan yang menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut Berbanding kek moden yang pelbagai jenis kek ini tak cepat muak berbanding dengan kek aising yang pelbagai corak Bagi memberi pilihan untuk anda Resipi...
Kek Nestum Azlina Ina

Kek Nestum Azlina Ina

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 427 hits
Bahan bahan 200 gram marjerin 1 cawan 150 gram gula perang 1 cawan lebih sedikit Sedikit esen vanila 50 gram nestum original 2 peket saiz kecil 3 sudu besar susu pekat 160 gram tepung naik sendiri 1 cawan 5 biji telur Cara Membuatnya 1 Puta...
Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik Sedap Membuka Selera Makan Sejuk Sejuk Lagi Terangkat

Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik Sedap Membuka Selera Makan Sejuk Sejuk Lagi Terangkat

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 489 hits
Sekali pandang memang cantik kek warna merah jambu ini Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini Sedap manis Kalau nak cuba buat di rumah ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya Memang wajib dicuba KEK Y...
11 Resepi Kuey Teow Berkuah Mudah Simple Sedap Paling Menarik

11 Resepi Kuey Teow Berkuah Mudah Simple Sedap Paling Menarik

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 389 hits
11 Resepi Kuey Teow Berkuah Mudah Simple Sedap Paling Menarik Hi semua dah lama rasanya tak masak dan makan kuey teow asyik makan mee saja pun boring juga Terdapat pelbagai aneka jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow ...
Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi

Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 549 hits
Cara Masak Resepi Rendang Ayam Mudah Sedap Step By Step Buat Sampai Jadi Selalunya resepi rendang ayam akan disediakan untuk makan di pagi raya hakikatnya nak sediakan pada hari biasa juga boleh Asal rasa nak makan rendang ayam tak payah tu...
Kek Cheese Leleh Gebus Dan Sedap

Kek Cheese Leleh Gebus Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 265 hits
Siapa peminat Kek cheese leleh Kita geng K fiezz memang minat dengan kek cheese Kalau nampak yang ber cheese cheeese ni mesti suka Cuma cheese ni memang sedap tapi tak boleh makan banyak banyak Nanti muak Haritu k fiezz ada nampak salah seo...
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 267 hits
RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI Ini bukan kali pertama Sha masak Ikan Siakap 3 rasa tapi kali ini lain sedikit kerana menggunakan serbuk limau nipis Knorr Sebelum ini Sha biasa masak resepi ikan 3 rasa biasa tapi bila sudah mencuba al...
Resepi Sambal Hijau Ikan Tenggiri Harum Bau Sedap Rasanya

Resepi Sambal Hijau Ikan Tenggiri Harum Bau Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 866 hits
Ikan Tenggiri atau nama saintifiknya Baracuda memang antara menu kayangan yang di sukai orang kaya raya Ikan ini jarang dapat dinikmati golongan B40 kerana harganya yang mahal berbanding ikan Tongkol atau ikan kembung Isi ikan tenggiri nie ...
Buat Kek Red Velvet Super Sedap Ikut Step By Step Pasti Jadi

Buat Kek Red Velvet Super Sedap Ikut Step By Step Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 268 hits
Orang kata buat kek ni kalau tak betul betul master baik tak usah buat Tapi tak salah mencubakan dari selamanya dok membeli saja Malas sembang panjang jom kita start Sabar dan ikut step by step yang dikongsi gerenti berhasil nanti Bahan bah...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam