Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak Anak
Hari yang paling dinantikan oleh
anak-anak setiap tahun tak lain tak bukan ialah Hari Sukan Sekolah atau nama
lain Kejohanan Olahraga. Penglibatan anak-anak semestinya bermula dari
pertengahan tahun lagi.
Semalam, Sabtu (14 Oktober) kami
dari awal pagi dah ada di sekolah. Ikhwan terlibat dengan perbarisan manakala
Raudah terlibat dengan Sukantara.
Kena hadir di sekolah lebih awal
dari murid lain sebab nak kena bersiap pakai costume untuk perbarisan rumah
sukan.
Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak
Alhamdulillah cuaca cerah dan berangin tapi panas ya ampun. Hari Sukan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang datang untuk sokong anak masing-masing.
Tahun sebelum ni sekolah telah menjemput atlet Paralimpik Malaysia, saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang bertanding dalam acara lari pecut kategori T36 dan acara lompat jauh.
Mohamad Ridzuan mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, di mana beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.
Tahun 2023, Kejohanan Olahraga dirasmikan oleh YB Tuan TS. Zahir bin Hassan iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju.
Tema Kejohanan Olahraga Hari Sukan
Sekolah
Tahun ni istimewa sebab tema Hari
Sukan Tahun ni sekolah pilih tema coklat untuk mewakili rumah sukan.
Ada tiga buah rumah sukan iaitu
Rumah Biru (Mentos), Rumah Kuning (Ferrero Rocher) dan Rumah Merah (KitKat).
Nampak kesungguhan dan kreativiti
cikgu bila siapkan kostum untuk murid-murid pakai untuk perbarisan rumah sukan.
Kalau zaman sekolah dulu, kami
tiada tema untuk berhias tapi pemilihan nama rumah sukan akan ditukar kepada nama
Tokoh seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau mewakili semangat berjuang.
Tahun ni Rumah Biru berjaya
menjadi Johan. Boleh nampak perbezaan cikgu Rumah Biru lebih proaktif dan
penglibatan pun lebih dari guru-guru rumah lain.
Bila cikgu kongsikan sistem
permarkahan baru tahu yang markah di ambil dari aktiviti seperti Sukantara,
Merentas Desa dan juga Perbarisan.
Kena tambahkan kesemua markah
dari tiga aktiviti utama barulah layak dinobatkan sebagai johan.
Teringat kenangan Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah
Persembahan Pancaragam Kem
Wardieburn Kuala Lumpur
Lebih meriah tahun ini, pihak sekolah
telah menjemput Kumpulan Pancaragam Platun Tambo Serunai Batalion Pertama,
Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.
Jadi, waktu perbarisan lintas
hormat diketuai oleh Drum Major Sarjan Jackiely bin Jonot memang penonton
bersorak girang.
Semua teruja dan automatik
bersemangat. Anak-anak yang masuk perbarisan pun berkawad dan berjalan megah.
Seperti dijangka, Johan
perbarisan jatuh kepada Rumah Kuning (Ferrero Rocher). Kombinasi warna kuning,
gold dan coklat tu sepadan.
Kostum pun cantik. Rajin cikgu
menjahit dan tampal coklat Ferrero Rocher dekat topi dan baju.
Penutup
Walaupun cuaca panas, kena
menunggu lama sehingga Hari Sukan tamat tapi secara keseluruhan anak-anak
gembira.
Tengahari tu balik cari makan.
Alhamdulillah tak demam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/10/kejohanan-olahraga-hari-sukan-sekolah.html