Kejatuhan Faizal Tanpa Perancangan


LAPORAN LEWAT 

Faizal Azumu
ditumbangkan dengan
undi percaya.SEBELUM Maghrib tadi saya bercakap dengan Adun Tebing Tinggi yang juga merupakan Ketua Pembangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Dr Abd. Aziz Bari menerusi telefon untuk mendapat sedikit maklumat dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam Dun Perak semalam khususnya mengenai peristiwa menyebabkan Ahmad Faizal Azumu jatuh "berdebak" dari kerusi MB apabila usul undi percaya terhadap kalah dengan nisbah 10 sokong dan 48 menentang. Geli dan lucu dengar penjelasan Aziz Bari mengenai kemelut politik di negeri Yeop itu kerana katanya apa yang berlaku di DUN Perak sesuatu yang tidak dirancang secara kolektif dan tidak ada pelan sedemikian rupanya. Pihak pembangkang tidak mengetahui terlebih dahulu mengenai usul tersebut sehingga boleh menyebabkan Faizal jatuh.
Usul itu dirancang atau diatur sendiri oleh pihak kerajaan khususnya Umno yang sebelum ini menyokong Faizal jadi MB, jadi pihak pembangkang tidak tahu menatu.
"Tidak ada perancangan apa-apa syeikh, kami hanya ingat ia main-main sahaja," kata Aziz sambil ketawa lucu dan menambah, "tiba-tiba jadi betul, Peja tumbang," ujarnya yang memanggil Faizal sebagai Peja.  
"Menurutnya lagi sebelum ini walaupun ada kedengaran ada usaha untuk jatuhkan Peja tetapi pihak pembangkang tidak terfikir ia berlaku seteruk seperti apa yang berlaku semalam," jelasnya lagi sambil ketawa kegelian.
Abd Aziz Bari menafikan peristiwa semalam ada kena mengena dengan pembangkang khasnya DAP. "Ada orang kata DAP sebagai dalang di sebalik kejatuhan Peja itu, itu tidak benar," tegas Abd. Aziz sambil menganggap tuduhan itu tidak lebih daripada hendak burukkan DAP.
Menurut Abd Aziz bagaimanapun apa yang berlaku di DUN Perak itu sesuatu yang menarik dan mencipta sejarah tersendiri. Peristiwa itu, jatuhnya Peja sebagai MB adalah pengulangan sejarah sebelum ini yang sudah berlaku di negara ini. 
Kali pertama katanya berlaku terhadap Datuk Harun Idris di Selangor sekitar tahun 1975 dan kali kedua menimpa Datuk Mohamad Nasir di Kelantan tahun 1978. 
"Cuma apa yang berbeza usul berkenaan yang membawa kejatuhan kepada ketiga-tiga MB itu. Kalau di Selangor dan Kelantan usul yang dibawa ke atas Datuk Harun dan Mohamad Nasir adalah usul undi tidak percaya kepada kepimpinan mereka sebagai MB, manakala usul terhadap Peja usul yang menyokong kepimpinannya sebagai MB. Itu bezanya," kata Aziz. 
Bagaimana kata pakar perlembagaan itu, implikasi dari ketiga-tiga usul itu tetap sama, ia boleh mengekal dan menjatuhkan seseorang menteri besar dan mengikut peraturan yang sah. Semisalnya kalau usul percaya terhadap Peja itu mendapat majoriti maka beliau kekal menjadi MB, sebaliknya kalau kurang (seperti apa dialami semalam) dia terpaksa berundur.
Sebagai rekod hari ini Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai MB kepada Sultan Perak, Raja Nazrin Shah berikutan apa yang berlaku di DUN Perak semalam.
Bila diperhatikan kepada peristiwa melanda Perak itu ada kelucuan lain juga menurut Abd Aziz. Yang paling lucu ialah Adun yang mengemukakan usul menyokong Peja sebagai MB dan menyokong usul berkenaan tidak mengundi pun menyokong Peja sebagai MB. Ini yang melucukan", kata Aziz.
"Sepatunya mengikut logik kerana mereka membawa usul menyokong, sokong Peja bukannya menolak," katanya lagi seperti tidak faham dengan apa yang dilakukan oleh dua wakil Umno itu. Beliau mengandaikan demikian kerana kalau semua wakil Umno menyokong Faizal, MB itu dapat diselamatkan. 
Sekiranya semua Adun Umno menyokong Faizal sebagai MB tentu beliau akan mendapat lebih daripada 10 undi menyokong. Di dalam Dun Perak BN (Umno) mempunyai 15 orang Adun. Sekiranya semua Adun Umno menyokong, Faizal akan memperolehi 30 suara dan mengekalkan kedudukannya. 
Malangnya yang menyokong Faizal hanya seorang sahaja dari Umno. Menurut undian seramai 10 yang menyokong Faizal dikekalkan sebagai MB, mereka terdiri daripada lima (5) daripada Bersatu, tiga (3) Pas dan masing-masing dua (2) bebas. Sementara dipercayai seorang sahaja daripada Umno yang menyokong Adun Kenariang itu mungkin yang dilantik sebagai Setiausaha Politiknya, sementara satu berkecuali. 
Sesuatu kepelikan lain juga dengan apa yang berlaku di Perak itu menurut Abdul Aziz ialah usul undi percaya itu diletakkan awal dalam urusan mesyuarat dan peraturan ini telah menimbulkan masalah apabila Faizal ditolak.
Katanya sepatutnya usul berkenaan diletakan diakhir urusan mesyuarat setelah semua urusan kerajaan lain termasuk Bajet dibentangkan baru ia dikemukakan untuk mendapat undian Dewan. Gara-gara itu menyebabkan timbul masalah. 
"Apakah peraturan ini sengaja dilakukan oleh Sepaker atau pun kerana apa?" tanya Aziz. Mungkin ada tujuan tertentu juga kenapa Speaker bertindak demikian. Boleh jadi ia ingin memberi tahu dan menyekolahkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dalam menguruskan mesyuarat parlimen supaya meletakkan keutamaan dan perkara penting seperti usul undi tidak percaya yang hendak dilakukan kepada perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk mengetahui keabsahan sokongan terhadapnya di parlimen. 
Seperti umum tahu di Parlimen juga ada usul tidak percaya dan percaya kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, tetapi Speaker Dewan Razak semacam tidak pedulikan sahaja dan sengaja melengah-lengahkan atau buat tidak peduli langsung kepada usul berkenaan. 
Usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pernah dimasukkan dalam urusan mesyuarat tetapi ia diletakkan "ngusuk" (terbawah) menyebabkan usul itu tidak sempat dibahaskan kerana kesuntukan masa dan dengan ketiadaan usul itu Muhyiddin masih boleh "begedik tah..tah." 
Apabila Speaker Perak itu meletakkan usul undi percaya terhadap MB itu diawal mesyuarat apakah beliau bermaksud untuk menyindir atau mengeyolahkan Speaker Dewan Rakyat itu supaya berlaku adil dan menjalankan mesyuarat dengan professional dan tidak dijadikan aling-aling untuk melindungi Muhyiddin.
Mengulas lanjut berhubung apa yang berlaku di Perak dalam waktu suntuk itu mengenai siapa MB selepas ini, Abdul Aziz tidak dapat meramal apa yang berlaku selepas ini. Yang pastinya Sultan Perak sudah menitah agar semua parti mencari formula terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu demi rakyat. 
Sudah pasti hasrat Sultan itu akan cuba dipenuhi sebagai mungkin. 

Persoalanya apakah formula yang disebut itu bermakna Umno boleh bermuafakat dengan sesiapa sahaja bagi membentuk kerajaanya? Umno seperti ada sedikit ralat untuk membentuk kerajaan apabila Pas membuat kenyataan segera tidak akan bersama kerajaan baru Perak nanti. Pas nampak marah dan menyalahkan Umno dengan kejatuhan Faizal itu. Malahan bekas Exco Pas menyifatkan apa yang dilakukan itu satu pengkhianatan.
Ini menyulitkan kerana kerajaan Perak nanti sudah pasti akan diketuai oleh Umno memandangkan parti itu yang mempunyai banyak kerusi berbanding dengan Pas, 3 dan Bersatu 5 dan lagi pun usul  berkenaan sehingga menyebabkan jatuhnya Faizal MB yang disokong dan didukung Pas disebabkan Umno.
Apakah sekiranya Bersatu dan Pas bersikeras untuk tidak bersama sehingga menyulitkan Umno bentuk kerajaan Umno akan mencari ikhtiar lain. Apakah sebagai jalan penyelesaiannya Umno akan mengajak semua sama parti-parti lain termasuk parti-parti dalam gabungan PH untuk membentuk kerajaan? Atau pun kerajaan itu nanti terbentuk dengan adanya sama parti Faizal, Bersatu dan juga Pas? 
Pas walaupun sudah menyatakan sikapnya tidak mahu kepada Umno tetapi parti itu sudah diketahui akan membuat u-turn asalkan sahaja mereka mendapat manfaatnya. Soal prinsip dan integriti usah dibicarakan dengan Pas. Sebelum ini sudah 1001 kali Pas memungkiri kata-kata dan janjinya. Cis. 
Esok khabarnya Presiden Umno Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Perak Raja Nazrin selepas ketua-ketua parti lain sudah berbuat demikian hari ini. Apakah Zahid akan mengemukakan formula tertentu sebagai memenuhi dan menjunjung tinggi harapan Raja Nazrin agar parti-parti politik mencari formula terbaik. Atau macam mana?  [wm.kl. 9:34 pm 05/12/2020]

Glossori:
Bergedik tahtah = mengerakkan kaki seperti mengikut irama bunyi seperti gendang atau muzik.
Ngusuk = terakhir, atau terkebelakang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/12/kejatuhan-faizal-tidak-ada-perancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Faizal Bersatu Still With Perikatan After Confidence Vote Likely Change In Mb S Post Only

Ahmad Faizal Bersatu Still With Perikatan After Confidence Vote Likely Change In Mb S Post Only

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 247 hits
After losing a confidence vote at the State Assembly today Perak Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu said he believes there will not be a transition in government but rather a change of mentri besar only Ahmad Faizal who is also the ...
Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 215 hits
Najib Razak mendedahkan penjualan ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri kepada syarikat Singapura antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadap Ahmad Faizal Azumu Bekas perdana menteri berkata bekas ADUN Slim Mohd Khusairi Abdul Tal...
Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 244 hits
727 total views 727 views today IPOH 4 Dis Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan U...
Kerajaan Perak Pimpinan Ahmad Faizal Azumu Tumbang Mb Tewas Undi Percaya

Kerajaan Perak Pimpinan Ahmad Faizal Azumu Tumbang Mb Tewas Undi Percaya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 321 hits
December 4 2020 Ahmad Faizal Azumu IPOH Pentadbiran Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tumbang apabila gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri apabila usul percaya terhadapnya undi secara belah bahagi pa...
Faizal To Meet Perak Sultan Says Surprised By Timing Of Motion

Faizal To Meet Perak Sultan Says Surprised By Timing Of Motion

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 242 hits
Outgoing Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu will be meeting Sultan Nazrin Shah this evening after he lost a vote of confidence in the state assembly Faizal confirmed with Astro Awani that he has been granted an audience with Sultan Nazrin Sou...
Gerakan Singkir Ahmad Faizal Bermula Dua Bulan Lalu

Gerakan Singkir Ahmad Faizal Bermula Dua Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 208 hits
Usaha mengetepikan Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan menteri besar Perak bermula kira kira dua bulan lalu kata seorang ahli parlimen Umno Bercakap kepada Malaysiakini Nazri Aziz berkata ia dimulakan selepas Ahmad Faizal melantik Adun Peng...
Ahmad Faizal Serah Surat Letak Jawatan Mb Seluruh Exco

Ahmad Faizal Serah Surat Letak Jawatan Mb Seluruh Exco

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 6 36 pmAdun Chenderiang Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini Kata Ahmad Faizal ia diserahkan semasa ...
Terbukti Faizal Azumu Tidak Ada Sokongan Majoriti

Terbukti Faizal Azumu Tidak Ada Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 216 hits
Penyingkiran Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak menunjukkan Timbalan Presiden Bersatu itu tidak mempunyai sokongan majoriti dalam kerajaan negeri Perak Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubara...
Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 279 hits
PETALING JAYA The ousting of Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu as Perak Mentri Besar may be the result of a few matters in the past that upset Umno claims Datuk Seri Najib Razak The former prime minister said two transgressions that stood out t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025