Sudut pandang dari kawasan parkir. Gerbang taman rekreasi yang menonjolkan seni bina Cina
Tasik di sini merupakan tasik buatan. Suatu ketika dahulu, ia menjadi sumber takungan air bagi aktiviti pertanian
Terpukau mata saya memandang keindahan alam dan lanskap di sini 😍
Terdapat laluan untuk pengunjung menikmati keindahan alam di tengah tasik
Water reflection yang cantik! Nampaknya Tasik Melati sangat sesuai bagi penggemar fotografi lanskap
MasyaAllah cantik sungguh bunga teratai disimbah cahaya matahari pagi
Sejenis lagi tumbuhan air yang terdapat di sini. Cantik bunga kecil berwarna putih, entah apa namanya
Teratai menjadi penyeri tasik dan lanskap seni bina Cina mencipta keunikan Tasik Melati
Malangnya, bukan semua orang tahu menghargai kemudahan rekreasi yang disediakan secara percuma
Pemandangan di sudut lain - kelihatan beberapa spesis burung berkaki panjang sedang mencari makan di sini
Tasik Melati - taman rekreasi dengan keindahan alam dan keunikan lanskap yang cukup menarik. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga. Ia juga tempat yang menarik bagi penggemar fotografi alam dan lanskap
InsyaAllah lain kali kami datang buat brisk walk keliling taman, kali ni cuma berjalan santai menikmati alam dan sibuk memotret itu ini 😄. Kalau nak beriadah kena datang awal pagi sebelum matahari memancar|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |