Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih


Catatan hari Ahad, 7 Julai 2024.
Sebelum berakhirnya tahun 2024, InsyaAllah saya akan cuba hasilkan entri tempat-tempat yang saya kunjungi sepanjang beberapa bulan lalu. Akibat kurang rajin berblog, itu yang banyak catatan tertunda 😅. Tapi saya perlu catatkan di blog sebagai sebahagian memori sepanjang setahun pertama saya menetap di Perlis dan juga sebagai rujukan akan datang

Saya mulakan dengan entri berkenaan kunjungan ke Bukit Jernih yang terletak kira-kira 8 km dari rumah. Tak jauh, tapi biasalah kalau tempat yang dekat dengan rumah kita memang bertangguh nak pergi 😄
Geotapak Bukit Jernih atau lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Bukit Jernih
Info | Taman Rekreasi Bukit Jernih telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Geotapak di Malaysia kerana mempunyai pelbagai struktur geologi penting iaitu batu kapur Formasi Chuping yang berusia 240 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis fosil dan geotrail. (Sumber : perlis.gov.my)Saya dan Encik Suami tiba di sini kira-kira pukul 9.30 pagi. Tak ramai pengunjung, cuma terdapat beberapa kumpulan kecil sedang berkelah di tepi sungai. Kereta kami parkir di kawasan ini

Merujuk pelan ini, barulah saya tahu ada gua yang boleh diterokai di sini. Wah…menarik

Bukit batu kapur yang tersergam dengan keunikannya tersendiri. Mungkin inilah Bukit Jernih

Dari tempat pelan lokasi tadi, terdapat dua cabang jalan. Kami berjalan menuju ke sebelah kanan jalan, sehingga tiba di sebuah jambatan yang merentangi Sungai Jernih.
Sebenarnya saya agak terkejut melihat warna air di sini. Saya sangka tempat ini menawarkan pemandangan aliran sungai dengan air yang jernih, tetapi nampaknya sangkaan saya meleset. Tetapi ia bukanlah warna air yang nampak kotor, cuma tidak jernih

Di bahagian lain - di kawasan berbatu dengan aliran air sungai berwarna agak kelabu, kelihatan sekumpulan pengunjung sedang bermandi-manda. Saya tak pasti sama ada memang begini warna air sungai di sini disebabkan faktor kawasan batu kapur atau ada sebab lain

Tiba di penghujung jalan, terdapat hamparan sawah padi milik penduduk

Kami kemudiannya berpatah balik ke simpang jalan dan menuju ke sebelah kiri pula - ke arah gua. Laluan yang sama menuju ke sebuah pusat pengajian Islam - madrasah Dar al Quran Wal Hadeeth

Kami tiba di trailhead untuk aktiviti eksplorasi gua. Bila baca papan tanda tu, baru tahu boleh buat aktiviti pendakian juga di sini. Tentunya pendakian menuju ke puncak Bukit Jernih

Dah ada papan tanda ‘DILARANG MASUK’, jadinya saya cuma merakam foto pintu gua dari jauh walaupun hati melonjak teringin nak masuk menjenguk di pintu gua

Info berkenaan aktiviti eksplorasi gua Bukit Jernih. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas

Saya tak dapat nak bertanya lanjut memandangkan tiada sesiapa pun di pondok kaunter pendaftaran. Perlu menghubungi nombor tertera pada foto untuk info lanjut. InsyaAllah ada kesempatan teringin juga saya mencuba aktiviti eksplorasi gua dan mendaki bukit di sini. 
Walaupun aliran air sungai di sini agak kurang menarik, tetapi Geotapak Bukit Jernih a.k.a. Taman Rekreasi Bukit Jernih ini sememangnya menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga - berjoging, berkelah, berkhemah, ekplorasi gua dan mendaki bukit.
Setakat kunjungan saya pada bulan Julai lalu, tiada bayaran dikenakan untuk masuk dan parkir kenderaan. Kemudahan tandas ada disediakan, tapi tak pasti berkenan bayaran sebab saya tak ke tandas

Kalau nak ke sini, boleh buat carian di Google Maps - Sungai Bukit Jernih









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/12/geotapak-bukit-jernih-taman-rekreasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 229 hits
Catatan hari Ahad 14 Julai 2024 Taman Rekreasi Tasik Melati terletak kira kira 13 km dari rumah saya dan kira kira 9 km jika datang dari bandar Kangar Setahu saya terdapat dua pintu masuk ke tempat ini Saya dan Encik Suami ikut saja panduan...
Nik Nazmi Perlombongan Bauksit Di Bukit Goh Tiada Kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar

Nik Nazmi Perlombongan Bauksit Di Bukit Goh Tiada Kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan bahawa aktiviti perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan belum menerima kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar Semasa Waktu Pertanyaan Menteri di...
Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 161 hits
Dear warga Pasir Gudang Feeling a bit sluggish lately Maybe your energy levels are dipping or you re just not feeling your best Well guess what You re in luck This Saturday 28th December Farmasi Al Qanaah in Taman Air Biru is throwing a Hea...
Rm6mil Payout For Encroachment In Taman Desa

Rm6mil Payout For Encroachment In Taman Desa

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 197 hits
Lim and other property owners showing the extent of the public road that actually belonged to them at Jalan Bukit Desa FilepicOWNERS of 14 terrace houses affected by the long standing encroachment at Jalan Bukit Desa in Taman Desa Kuala Lum...
Comment On Hutan Rekreasi Sungai Tekala Apa Yang Menarik By Fauziah

Comment On Hutan Rekreasi Sungai Tekala Apa Yang Menarik By Fauziah

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 172 hits
Terima kasih atas maklumat Bagaimana dengan tempat tidor Ada di situ atau kawasan sekitar atau perlu tidur di pekan semenyih
Makan Nasi Arab Di Taman Perling

Makan Nasi Arab Di Taman Perling

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 212 hits
takde nak upload gambar makanan cukuplah gambar kenangan sebagai bukti pernah makan kat sini Lama sangat tempoh menunggu makanan dekat sejam makanya bila makanan sampai lupa terus nak ambil gambar makanan sementara menunggu makanan tu ada d...
Ulat Parkir Haram Di Bukit Bintang Ditahan

Ulat Parkir Haram Di Bukit Bintang Ditahan

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 125 hits
AZMI NORDINAntara warga asing yang ditahan menerusi Op Parkir Haram di sekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur semalam KUALA LUMPUR Kegiatan tujuh warga asing mengoperasikan sindiket parkir haram di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini terbongkar...
Hockey Body Raises Concern Over 26 Concerts At Bukit Jalil Stadium

Hockey Body Raises Concern Over 26 Concerts At Bukit Jalil Stadium

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 161 hits
Youth and sports minister Hannah Yeoh told the Dewan Rakyat last month the Bukit Jalil National Hockey Stadium has received 26 concert bookings for 2025 PUTRAJAYA The Malaysian Hockey Confederation has expressed concern over plans to host 2...
Heavy Rain Wreaks Havoc In Singapore Flash Floods In Bukit Timah Following Afternoon Deluge

Heavy Rain Wreaks Havoc In Singapore Flash Floods In Bukit Timah Following Afternoon Deluge

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 212 hits
The heaviest rainfall in Sunday s deluge was 134 6mm recorded in central Singapore from 3 15pm to 5 25pm PHOTO LIANHE ZAOBAOSINGAPORE Flash floods occurred in Bukit Timah after heavy rain across the island on the afternoon and evening of Su...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis